Jumaat, 27 Jun 2014

FILEM MALAYSIA SYAITAN DAN IBLIS.



Synopsis

Forced into a marriage by her parents, Dalila, is restless and despondent. When her husband, Muslim, slips into a coma after a bad accident he awakes to his wife’s gentle care, but is haunted by the visions of the future that have plagued him during his comatose state…. What do the visions foretell? What dark secret lies behind his new wife’s smile? Witness this terrifying film that will scare the fearless and chill the spine of your bravest soul
.

Starring : Rosyam Nor, Lisdawati, Que Haidar, Zul Huzaimy, Liyana Jasmay, Nurkhiriah, Azri Iskandar dan isteri

Director : Bade Hj Azmi

Brape banyak 'sangap' daaa tengok citer ni. 'Sangap' bagi orang kampung saya ialah menguap. Berair-air mata menguap. Makanya bagi mengurangkan ngantok terpaksa la mek silih gantikan muka Rosyam dengan muka Rain hahahaha Citer Bade kali ni benar-benar menguapkan sebab pergerakan dalan citer tersangat perlahan pada 40 minit pertama

Saya bagi anda 2 options bagi sapa yang nak menonton citer ni di umah.

Option pertama, pastikan anda ada keje nak buat sewaktu nak menonton citer ni. Contoh keje yang anda boleh buat seperti melipat baju dengan kuantiti yang banyak. Kalau umah anda tak de baju nak lipat, tolong lipat baju jiran sebelah menyebelah. Kalau tak de baju nak lipat boleh la gosok baju ke. Kalau tak pon anda buat la pape senaman skipping ke, wat sit up ke atau buat kuih ke. Buat kuih depan tv ye. Kalau anak ada kutu, boleh la cari kutu anak sambil menonton Syaitan atau mencabot uban hahaha

Option kedua, kalau anda ada penyakit susah nak tido malam. Pasang vcd citer ni gerenti lena

Tajuk Syaitan merujuk pada nafsu jahat yang didalangi oleh Syaitan untuk melakukan kejahatan. Syaitan dan kuncu-kuncunya yang direjam yang telah bersumpah dihadapan Allah akan menghasut anak Adam supaya melakukan kejahatan dan kemungkaran sampai hari Kiamat (Surah Al-A'raaf ayat 16 dan 17). Bayangkan telah ada berapa ekor Syaitan yang hidup dari zaman Nabi Adam sampai sekarang tak mati-mati . Bayangkan berapa ekor Syaitan yang ada di sebelah menyebelah kita. Tiap sorang tah berapa ekor Syaitan hinggap kita. Macam mana gaknya rupa syaitan-syaitan ni kan hehe Bayangkan pula godaan demi godaan yg melanda. Kadang tertewas jua hehe

Citer utama mengisahkan Rosyam berkahwin dengan Lisdawati. Sebelum berkahwin Lisdawati ada chentar abadi iaitu Que Haidar. Que Haidar yang dipotraykan berkopiah, berjanggut dan juga bercelak tidak dapat menerima kenyataan bahawa jodoh di tangan Tuhan. Que tidak dapat terima kenyataan yang dia dan Lisdawati tiada jodoh. Macam atas muka bumi ni dah tak de pompuan lain. Ataupun seolah-olah kalau tak kawin dengan Lisdawati, Que Haidar akan muflis atau tak boleh masuk syurga. Misalannya la. Bila Que ada sifat menentang ketentuan Allah maka Syaitan pon masuk kan la jarum nya dengan melaksanakan tugas menghasut supaya Que merampas apa yg sepatutnya bukan milik nya lagi dengan melakukan kemungkaran.

Bagaimanakah cara Syaitan bertopengkan Saad (Que Haidar) menghasut Saad? Saksikan la citer ini.

Bunyik elemen saspen, pergerakan kemra juga tajuk citer gempak tatapi keseluruhan citer jatuh pada kategori....

A Lembab
B Boring
C Tak best
D Mengantok
E Lepas ni amek la orang lain plak selain Rosyam ;P

Pilih salah satu jawapan di atas.

'Aku ceraikan kau dengan talak 3' kata suami pada si isteri

'Encik perlukan apa-apa bantuan?' kata drebar lori lepas melanggar Rosyam.

Antara dialog-dialog yang terdapat dalam citer ni

Moral of the story, redha setiap apa yg berlaku ke atas diri kita. Setiap yang berlaku sudah tertulis perjalanan jalan ceritanya. Semakin kita menentang dan tidak puas hati, semakin suka Syaitan. Maka akan wujud la sifat iri hati, dengki, khianat dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin