Entry kali ini saya ingin berkongsi
kan serba sedikit mngenai jodoh, selalunya apabila pasangan lelaki dan
perempuan bercinta, pasti mengharapkan hubungan yang dibina akan kekal
dan sampai ke jinjang pelamin. Namun, bagaimana pula seandainya hubungan
yang dibina tidak berkekalan, usah bersedih, yakinlah dengan jodoh yang
telah Allah tetapkan.
Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita. Percaya atau tidak, sebenarnya jodoh yang anda cari berada bedekatan dengan anda. Anda mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tau satu hari nanti anda akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan anda. Bahkan anda akan jatuh cinta dengan seseorang yang anda kenal suatu masa dahulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh-jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita.
Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh anda adalah daripada kenalan anda suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara anda yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk anda tetap juga sampai nanti.
Sebenarnya jika kita perhatikan
betul-betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk
kita dalam soal jodoh ini. Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan
suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati
tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang
dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila
seseorang itu suah ditakdirkan untuk menjadi pasangan anda, ia tetap
menjadi milik kita. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang
boleh mengubah kuasa Allah.
Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi, Baiklah, sekarang adalah situasi dimana anda sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Anda sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama-sama. Tidak dinafikan pasti wujud konflik di saat ini kan? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang akan datang untuk menguji cinta anda kan? Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula timbul dan mengeruhkan hubungan anda. Di sinilah sebenarnya anda kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat berputus asa.
Okay, jika anda berdua berjaya mengaharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk anda. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran seolah-olah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Anda pula dah mula rasa kecewa, pasrah da redha atas apa saja yang bakal trjadi. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan anda berdua kembali seperti dulu lagi. Malah, mungkin semakin memahami dan bahagia.
Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan anda rasa putus asa, Allah akan tunjukkn kita jalan untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh anda kuat bersama si dia. InsyaAllah, banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jangan sesekali mudah mengalah. Apa-apa pun ia bergantung pada sikap kita sendiri. Jika anda jenis yang cepat putus asa dan mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?
Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita, ia pasti milik kita..! Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah lama berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin..! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik kita, maka ia milik kita. Mungkin Allah mahu anda berpisah untuk memperbaiki diri masing-masing dang menguji rasa cinta antara anda. Hakikat ayat ini, "Kalau dah jodoh, ia tetap jodoh" sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh anda bukan bersama seseorang yang anda cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.
Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk anda. Tidak mudah, anda perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh anda, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan anda. Tetapi, jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik anda. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah, Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba-Nya.
Mintalah kepadaNya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah Solat Istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu anda dalam membuat keputusan. Jika anda dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk anda, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang anda rasa sekarang adalah bayaran untuk kita di masa akan datang nanti, insyaAllah.
Jangan serahkan pada takdir semata-mata. Soal jodoh memang milik Allah, tetapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata, jodoh tidak perlu dicari, tetapi ia akan datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki atau perempuan, asalkan kita tahu batas-batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan.
Jangan kurung diri kita daripada cinta kerana beranggapan jodoh kita sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan kita tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil anda akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamal sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin anda adalah seorang lelaki yang meminati seorang gadis dalam diam. Anda mahu memperisterikan dia. jadi apa yang anda perlu lakukan.
Duduk diam? Salah tu. Sekurang-kurangnya anda harus mencuba. Belum cuba, bekum tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersamanya selama-lamanya!
Jadi, jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini. insyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal-awal dah putus asa.
Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta itu, jagalah elok-elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga anda.
Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk anda. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi anda dah dapat, kenapa kena sia-siakan? Jaga hubungan elok-elok. Hargai apa yang ada sekarang. Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir memanglah takdir, tapi usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyanyangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua. InsyaAllah.. :)
*Sebab itulah kita jangan mudah berputus asa dlam percintaan. Kekecewaan dan kesedihan adalah lumrah dalam kehidupan. Jangan sesekali menyeksa diri sendiri kerana gagal dalam percintaan, jadilah seorang manusia yang ada pegangan, ingat, JODOH ITU RAHSIA ALLAH, kita sebagai manusia hanya perlu berusaha..*

Tiada ulasan:
Catat Ulasan