Sekitar April 2007,peminat sejarah negeri Kedah telah
dikejutkan dengan kewujudan blog,sejarahnagarakedah.blogspot dan
menariknya,penulis blog yang dikenali sebagai Anai-anai telah mendakwa
berasal dari keturunan pemerintah Kerajaan Ayutthaya,sebuah kerajaan
Siam Purba yang pernah mendominasi Indochina pada masa lampau.Dakwaan
beliau lebih menarik apabila selepas itu muncul pula beberapa orang
yang mendakwa menyembunyikan identiti mereka dengan masing-masing
memiliki nama 'kerabat diraja' dengan pangkai nama 'Nai'.Malahan
keturunan dari 'Nai' ini pernah membuat majlis perhimpunan keluarga dan
sumber utamanya merangkap waris maharaja,Nai Long Kassim Nai Long
Ahmad pernah menyertai satu forum bersama persatuan sejarah.
Saya (Srikandi) akan mengulas dakwaan Anai-anai secara
kritis dan seimbang.Saya akan menyorot dari segi sejarah Benua Siam dan
cuba untuk mengaitkan semua dakwaan ini dengan sejarah realiti tidak
kira sejarah yang cuba digelapkan ataupun secara kronologi logik.Saya
juga akan mengambilkira kemusykilan semua pihak terutama pihak yang
menentang usaha Anai-anai.
Anai-anai,atau nama sebenarnya Mazlan Abdul Majid telah
membentangkan satu kajian yang agak luarbiasa dari sejarah yang kita
baca di buku-buku teks sekolah.Beliau mendakwa Kerajaan Ayutthaya
adalah sebuah kerajaan Siam yang beragama Islam dan raja-raja mereka
berasal dari Kedah.Siam dan Thai juga adalah dua kaum yang
berbeza.Beliau juga mendedahkan bahawa kejatuhan Ayutthaya adalah
disebabkan pakatan antara Burma dan Thai sekian lama,kemudian sejarah
Ayutthaya telah ditutup dan diubah serta keturunan raja-raja Ayutthaya
juga diburu dan dibunuh.
The Tombs of Ayutthayan Kings
Hanyut tanah tak bertuan
Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di Segara Masin
Raja gelar..."
(Silkhannaz -Merong Mahawangsa)
Kerajaan Ayutthaya
adalah sebuah kerajaan purba yang dikesan kewujudannya sekitar tahun
1351 hingga kejatuhannya pada tahun 1767 Masehi.Kerajaan ini berpusat di
sebuah kawasan seperti pulau di Sungai Chao Phraya.Nama 'Ayutthaya'
dikatakan diberi oleh pengasas kerajaan ini,U Thong yang bermaksud 'Kota
Raja-raja'.
Sejarah Thailand tidak lengkap jika tidak menyebutkan
tentang kewujudan Kerajaan Ayutthaya ini,ini kerana ketika zaman
keemasannya,ia menjadi kota paling makmur dengan urusan perdagangan
dalam dan luar negara.Kerajaan-kerajaan seperti China,Parsi,Belanda
sehingga Perancis pernah menghantar duta dan rombongan perdagangan ke
kota Ayutthaya.Kota ini menjadi antara kota terkaya di dunia dengan
kepadatan penduduk dan kemewahan yang didapati hasil
perdagangan.Hubungan diplomatik antara negara luar semakin rancak
terutamanya dalam pemerintahan Raja Narai yang menyaksikan utusan
dihantar ke istana raja Perancis.Ayutthaya juga adalah kerajaan yang
kuat dan pernah menakluk Angkor,ibukota kerajaan Khmer,yang semakin
lemah di mana sebelum itu pernah menjadi satu empayar yang besar dan
menakluk sebahagian besar Indochina.Satu-satu kerajaan yang bersaing
dengan Empayar Khmer adalah Empayar Melayu Srivijaya ketika
itu.Ayutthaya juga berjaya menjinakkan Sukothai,satu kerajaan di utara
Indochina yang merupakan musuh dan pesaing kepada Ayutthaya.
Di dalam Sejarah Melayu,kerajaan ini dikenali sebagai
Syahrul Nuwi dengan panglimanya dikenali sebagai Awi Dicu (Sihadecho?)
dan raja-rajanya bergelar Paduka Bubunnya.Salah seorang anak raja
Syahrul Nuwi ini bernama Cau Pandan (Chao?),mati akibat ditikam dengan
panah semasa mahu menyerang Melaka.
Dalam sejarah Thailand,kerajaan ini dikatakan jatuh kerana
diserang Burma dibawah pimpinan Alaungpaya.Ketika saat-saat
kejatuhannya juga,kerajaan ini berdepan dengan konflik dengan kemaraan
Dai-Viet (Ngu Yen) dari arah Kemboja yang sebelum itu telah menjinakkan
saki-baki kekuasaan Khmer dan Champa.
Dalam sejarah Thailand juga disebut raja-raja Ayutthaya
adalah berasal dari kaum Tai dan berbahasa Tai.Mereka menganut ajaran
Buddha.Ini adalah sejarah umum yang dibaca dibuku-buku sejarah.
Kekeliruan mula terjadi apabila ahli-ahli sejarah Thai
menemukan jumlah tapak masjid yang begitu banyak di sekitar puing-puing
kota Ayutthaya.Para pengkaji juga menemukan bekas-bekas ukiran yang
dirosakkan atau dibuang dari dinding-dinding runtuhan kota.Seorang
pakar sejarah Thailand juga mencadangkan nama Thailand ditukar semula
ke nama 'Siam'.Kuasa raja Thai yang semakin dikurangkan memungkinkan
kajian yang lebih mendalam dan ahli sejarah Thai semakin berani
mengemukakan hasil kajian.
Mempelajari
misteri dari sejarah Ayutthaya,membolehkan kita mencari kunci yang
hilang di Indochina,sekurang-kurangnya mengetahui sampai manakah
wilayah-wilayah orang Melayu di Indochina.
Dalam blogsejarahnagarakedah,saudara Anai-anai telah
mendedahkan secara terperinci salasilah raja-raja Ayutthaya.Mula-mula
kita mesti tahu dahulu apa yang menyebabkan kajian Anai-anai ini
berbeza langsung dari sejarah kontemporari.Antara ciri-ciri dakwaan
beliau mengenai Ayutthaya ialah:
-Siam adalah nama satu kaum yang berbeza bahasa dan agama
dengan Tai.Siam berasal dari Kedah dan beragama Islam,manakala Tai dari
selatan China.Raja-raja Ayutthaya adalah dari keturunan Siam dan
beragama Islam.
-Siam (Ayutthaya) ialah satu keturunan dengan orang Melayu.
-Siam adalah hasil pencampuran orang Cina Islam dari negara
China pada zaman dahulu dan keturunan orang-orang Melayu di Nusantara.
-Setiap nama raja Ayutthaya mempunyai nama Siam dan nama Islam mereka.
-Kerajaan Ayutthaya adalah kerajaan yang diperintah oleh raja-raja Islam.
-Kerajaan Ayutthaya adalah sebahagian dari Empayar Monggol
(Moghul) Islam berpusat di India.Setidak-tidaknya ada hubungan dengan
Kerajaan Moghul itu kerana ada keturunan mereka menjalinkan tali
perkahwinan dengan raja-raja Siam Ayutthaya.
-Keturunan raja-raja Ayutthaya telah lari ke semenanjung
Tanah Melayu dan diburu oleh kerajaan Thai yang menakluk Ayutthaya
sebelum itu.Mereka memakai gelaran 'Nai'.
-Mereka yang mempunyai talian persaudaraan kerabat Ayutthaya
ini mengenali antara satu sama lain,contohnya bekas Perdana Menteri
Tun Abdullah Ahmad Badawi juga didakwa ada namanya yang lain berpangkal
dengan gelaran 'Nai'.
-Kerajaan
Ayutthaya ini amat besar mengikut dakwaan Anai-anai,sehingga dikatakan
semua raja-raja Melayu di semenanjung ini adalah 'raja daerah' kepada
Empayar Islam Ayutthaya sahaja termasuk Kesultanan Melaka.Melaka itu
pula dikatakan hanyalah salah satu pelabuhan Ayutthaya untuk mengawal
Selat Melaka.
-Raja-raja daerah ini mempunyai peluang untuk menjadi Maharaja Ayutthaya melalui sistem giliran.
-Raja-raja dan tentera Kerajaan Ayutthaya ini punya budaya
berkeris menunjukkan hubungan keturunan mereka dengan alam Melayu
(menariknya ini ada bukti yang jelas,bukan sahaja dari sumber Thai
sendiri,malah sumber Perancis).
-Sejarah Ayutthaya ada kaitan dengan Merong Mahawangsa.
-pengetahuan salasilah keturunan raja-raja Ayutthaya adalah
wasiat yang dijaga turun-temurun oleh kerabat pemerintah Ayutthaya yang
bersembunyi dari buruan tentera Thai terutama sejak tahun 1821 yang
digelar 'Tahun Musuh Bisik'.
Ini adalah antara ciri-ciri di dalam penjelasan blog
sejarahnagarakedah.Penulis blog ini mempunyai satu sumber bertulis yang
amat dipercayai,iaitu kitab Undang-undang Kedah yang manuskrip aslinya
berjaya dikembalikan atas usaha Kerajaan Malaysia dari tangan Kerajaan
Britain sekitar tahun 2003.Bukan itu sahaja,sumber-sumber sejarah lain
seperti Cempakasari Negeri Perak dan Sejarah Melayu juga dilihat
selari dengan Undang-undang Kedah ini.Penulis blog itu juga merujuk
kepada kitab Hikayat Merong Mahawangsa.
Mari kita mengenal raja-raja yang pernah memerintah
Ayutthaya.Raja-raja Ayutthaya dikatakan berjumlah 33 orang
kesemuanya.Kita lihat dahulu senarai umum raja-raja Ayutthaya dari
kacamata Thai dan sejarah umum:
Uthong Dynasty (pemerintahan pertama, 1350-1370)
Ramathibodi I (dahulu dikenali Prince U Thong 1350 - 1369)
Ramesuan (1369 - 1370) (pemerintahan kali pertama,kemudian turun takhta)
Suphannaphum Dynasty (pemerintahan pertama, 1370-1388)
Pha Ngua (Boromma Ratchathirat I 1370 - 1388)
Thong Lan (1388)
Uthong Dynasty (pemerintahan kedua, 1388-1409)
Ramesuan (1388 - 1395) (pemerintahan kali kedua)
Ramracha Thirat (1395 - 1409)
Suphannaphum Dynasty (pemerintahan kedua, 1409-1569)
Intha Racha(Nakharinthara Thirat 1409 - 1424)
Borommaracha Thirat II (Sam Phraya 1424 - 1448)
Boromma Trailokanat (1448 - 1488)
Borommaracha Thirat III (1488 - 1491)
Ramathibodi II (Chettha Thirat 1491 - 1529)
Borommaracha Thirat IV (Nor Phutthangkun 1529 - 1533)
Ratsadathiratcha Kuman (1533); raja kanak-kanak
Chaiya Racha Thirat (1534 - 1546)
Kaeo Fa (Yot Fa) -menyertai tampuk kuasa (1546-1548); raja kanak-kanak & permaisuri Si Sudachan
Voravonsadiraj (1548)
Phra Maha Chakkraphat (memerintah 1548-1568) & permaisuri Suriyothai (d.1548)
Mahinthara Thirat (1568 - 1569)
Sukhothai Dynasty (1569-1629)
Maha Thammaracha Thirat (Sanphet I 1569 - 1590)
Naresuan, the Great (Sanphet II 1590 - 1605)
Ekathotsarot (Sanphet III 1605 - 1610)
Si Saowaphak (Sanphet IV 1610 - 1611)
Drongdharm (Intha Racha 1611 - 1628)
Chejthathraj (1628 - 1629)
Artitthayawongs (1629)
Prasat Thong Dynasty (1630-1688)
Prasat Thong (Sanphet V 1630 - 1655)
Chao Fa Chai (Sanphet VI 1655)
Si Suthammaracha (Sanphet VII 1655)
Narai, the Great (1656 - 1688)
Ban Phlu Luang Dynasty (1688-1767)
Phet Racha (1688 - 1703)
Luang Sorasak or Phrachao Sua ('Raja Harimau') (Sanphet VIII) (1703 - 1709)
Tai Sa (Sanphet IX 1709 - 1733)
Borommakot (Borommaracha Thirat III 1733 - 1758)
Uthumphon (Borommaracha Thirat IV 1758)
Suriyamarin or Ekkathat (Borommaracha Thirat V 1758 - 1767)
Sekarang kita bandingkan senarai di atas dengan salasilah
raja-raja Ayutthaya versi pendedahan oleh Nai Long Kassim Nai Long
Ahmad,yang mendakwa waris dari raja-raja Siam Islam Ayutthaya.
Kerajaan Ayutthaya Siam Islam NagaraKedah Pasai Ma
-SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI TUANKU MUHAMAD SYAH
BERPINDAH KE AYUTHIA (gelaran Siam:RAMA TIBODI I @ U THONG)
-TUANKU NAZREEN IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III ( gelaran Siam:RAMESUAN 1369 – 1395)
-SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH (gelaran Siam:BOROMORACHA I 1370 - 1388)
-TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN @RAMASUAN (gelaran Siam:THONG CHAN 1388 – 1395)
-SULTAN RAHMAN LAKSEMANA (gelaran Siam:RAMARATCHA 1395 - 1409)
-SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD (gelaran Siam:INTHARATCHA I 1409 – 1424)
RAJA TOUNG OO
-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN
@SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA (gelaran Siam:RAMATIBODI II @ Boromoraja II? memerintah 1424 – 1448)
-SULTAN JALIL YAACOB SYAH (gelaran Siam:BOROMOTAILOKANAT 1448 – 1491)
-TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH
RAJA PASAI (gelaran Siam:BOROMORAJA II 1491 – 1533)
-RATSADA (1533 - 1547)
-KAIFA TABIM SHEIKH ALI @ TABIN SHWEHTI (Ayahanda kepada
Puteri Nang Che Yam, Raja Patani,memerintah 1547 – 1548 dengan gelaran
Siam:YOT FA)
-PUTERA JALIL YAACOB SYAH
SYAHBANDAR KOTA SETAR (gelaran Siam:KHUN WARAN WANGSA 1548)
-PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD
RAJA PASAI
ADINDA KEPADA SULTAN JALIL (gelaran Siam:CHAKRAPHAT 1548 – 1569)
-TUANKU NUR AISYAH IBNI TUANKU SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD
JOHAN SYAH III (gelaran Siam:MAHIN INTA TIRAL,gelaran di Toungu
Burma:BA YIN NAUNG,gelaran di India:AISYAH SULTAN BEGUM,memerintah 1498
-1530)
-NAI(SYED)HASSAN, PUTERA SANTUBONG
RAJA BORNEO (gelaran Siam:NARUESAN/NARESUAN 1530 – 1605)
-TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU, PAGOH (gelaran Siam:EKATOTSAROT 1605 – 1610)
-NAI (SYED)HISBU MUADZAM SYAH IBNI SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR SYAH
(gelaran Siam:INTARAJA II @ SONG THAM AYUTHIA 1610 - 1628)
-TEH ABU ADINDA SULTAN MAHMUD,PUTERA KEPADA TUANKU SHAARI RIAYAT SHAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:CHETTHA 1628 - 1629)
-SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:ATTHINAWONG 1629)
-PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI (gelaran Siam:PRASAT THONG 1629 – 1655)
-TUANKU JAAFAR
SULTAN SELANGOR (gelaran Siam:CIAO FA JAI 1655- 1656)
-SULTAN MAHMUD SYAH IBNI NAI(SYED)HISBU MUADZAM SYAH KEKANDA SULONG KEPADA TUN SAABAN DAN PER ABU.
SULTAN MELAKA (gelaran Siam:SRI SUTHAMMARACHA 1656 – 1688)
-TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:NARAI,gelaran di Aceh:ISKANDAR MAHKOTA ALAM memerintah 1656 – 1688)
-PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:PRA PETRARAJA 1656 - 1688)
-SUA @ SULTAN MANSOR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI (gelaran Siam:PIJA TUK NAKPHA 1703 - 1709)
-NANG CHE PUAN,PERMAISURI KEPADA SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI NAL ADILIN II (gelaran Siam:PHUMINTHARAJA 1709 - 1733)
-SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH
(gelaran Siam:BOROMAKOT CHAO PIJA KERSAN ATAU TURUT DIKENALI SEBAGAI SRI SU TAMMARAJA II 1733 – 1758)
-SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL
(gelaran Siam:UTHUMPON 1758 -1765)
-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA,KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH
IBNI SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (gelaran Siam:MAHA TAMMARAJA II dan
gelaran istana Ayutthaya:KAHA EKATAAT Disebut didalam buku
Undang-Undang Kedah sebagai Sharif Yang Di Pertuan 1758-1767-1821)
-Raja Ayutthaya terakhir memerintah sebelum serangan Burma dan Thai.
-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH
TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG (gelaran Siam:Po Chun,menjadi Raja Kemboja tahun 1758,'memerintah' Ayutthaya tahun 1821-1824)
Senarai ini sebenarnya lebih panjang sehingga sampai ke
salasilah NAI LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG HAJI AHMAD yang menjadi
sumber rujukan Anai-anai.Apa pandangan anda apabila melihat kedua-dua
senarai ini?
Mungkin kali pertama kita mendengar pendedahan ini,dakwaan
Anai-anai ini adalah sesuatu yang sukar untuk diterima dan bersifat
khayalan.Namun saya cuba untuk bersikap adil,lebih-lebih lagi dakwaan
ini bukan seperti tin kosong,tetapi Anai-anai mempunyai sumber bertulis
yang sah,iaitu manuskrip Undang-undang Kedah.SEJAK KITA TAHU BAHAWA
INGGERIS TELAH BANYAK MEMUTARBELITKAN SEJARAH KITA,PENDEDAHAN INI PERLU
DIBERI PERHATIAN DARI SEGI AKADEMIK.
Stamford Raffles,R.O Windsted,W.G Shellabear (sekadar
menyebutkan beberapa nama) juga 'anak murid' mereka seperti Munshi
Abdullah dan ramai lagi...ya terlalu ramai,adalah penulis-penulis
sejarah moden kita sebenarnya.Adakah sejarah bertulis kita tiada
sehingga terpaksa bangsa asing menilai semula sejarah kita?TIDAK SAMA SEKALI.MEMANG ADA,TETAPI TELAH DIRAMPAS ATAU DIMUSNAHKAN.Contohnya
Undang-undang Kedah,ini satu contoh.Bagaimana dengan Arkib Istana
Melaka yang hancur musnah terbakar oleh serangan Portugis?Bagaimana
dengan beribu-ribu manuskrip yang dicuri sepanjang era penjajahan?
SEJARAH BERTULIS KITA SEBAHAGIAN BESAR DISIMPAN OLEH PIHAK ISTANA.Ini
kerana umumnya kerabat diraja adalah mereka yang celik huruf dan
terpelajar.Namun peperangan dan penjajahan telah memusnahkan atau
menghilangkan sebahagian besar sumber-sumber ini.Sebab itu peranan
raja-raja Melayu amat penting,UNTUK MEREKODKAN BUDAYA DAN WARISAN MELAYU
TURUN-TEMURUN.
Apa yang tinggal pada kita ialah salinan kitab SEJARAH
MELAYU oleh Tun Seri Lanang yang telah di'moderate' kan oleh ahli-ahli
akademik Inggeris seperti R.O Winsted dan Shellabear.Nasib baik
kerajaan berjaya membawa balik kitab Undang-undang Kedah.NAMUN BERIBU
LAGI KITAB SEJARAH BERADA DI TANGAN BANGSA ASING.
Bagi saya,pendedahan ini ada pro dan kontra.Sebelum
kemunculan blog sejarahnagarakedah lagi saya sudah tahu sejarah Melayu
di Indochina (Benua Siam),cuma butiran terperincinya belum habis
dijejaki.Saya menunggu-nunggu pasti ada pendedahan dari seseorang
kerana saya tahu sejarah kedatangan orang-orang Tai ke Benua Siam.Untuk
mengetahui sejarah orang Tai (Thailand),kita tidak digalakkan untuk
mengambil dari sumber Thai yang dipengaruhi konspirasi raja-raja
Thai.Kita perlu dengar dari mulut orang Mon,Pyu,Khmer,Cham dan aborigine
Benua Siam.Orang Tai adalah sama dengan Dai-Viet ('Dai' adalah han yu
pin yin atau sistem sebutan-tulisan Cina dari kata 'Tai'),mereka kaum
terdesak dari Selatan Cina yang diasak oleh orang Han dan Monggol.Jika
orang Melayu Cham dahulu pernah mempunyai kerajaan di pesisir pantai
Vietnam pada zaman dahulu,masakan tiada orang Melayu/Jawi yang pernah
menguasai wilayah Thailand pada hari ini?
Orang-orang Aceh berasal dari pelarian Champa yang lari dari
kebuasan orang Dai-Viet.Orang Cham adalah penduduk asli Benua
Siam,sama seperti orang Mon,Pyu dan lain-lain.Orang Mon sendiri pernah
berkerajaan di Benua Siam lama sebelum orang Khmer naik memerintah
Angkor selepas kejatuhan Funan (sebuah lagi kerajaan Melayu Kuno) dan
orang Mon itu sebenarnya lah yang mengajarkan ajaran Buddha kepada
raja-raja Khmer.Kerajaan Orang Mon telah dimusnahkan oleh orang
Burma,satu lagi kaum pendatang yang ganas (sehingga ke hari ini
keganasan mereka,lihat sahaja apa yang terjadi di Myanmar) dan orang
Mon pada hari ini tiada bernegara dan menjadi minoriti.Siapa orang
Mon?Merekalah pembina Pagoda Shwe Dagon yang menakjubkan itu.Jika mampu
membina pagoda besar dari emas,bayangkan bagaimana hebatnya kerajaan
orang Mon pada zaman purba.Jika orang Mon dahulunya amat hebat dan
kaya-raya,hari ini menjadi mundur,miskin,minoriti,tertindas dan tidak
bernegara,itulah yang terjadi kepada orang Melayu Cham pada hari ini
dan TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA.
Inilah pentingnya mempelajari sejarah.Kesan dari akibat
tidak mengambil iktibar dari pengajaran sejarah adalah amat sadis dan
kejam WALAUPUN SESUATU BANGSA ITU DARI SEGI ZAHIRNYA KAYA DAN MAJU.Bila
masa musuh-musuh menyerang?KETIKA SESUATU BANGSA ITU MULA LALAI DAN LEKA DENGAN KESELESAAN DAN KEMEWAHAN YANG ADA.
Kra Isthmus adalah wilayah Melayu pada zaman dahulu iaitu
Segenting Kera.Kra bukanlah perkataan Thai,ia adalah perkataan Melayu
'KERA',ya...haiwan yang bernama kera.Dinamakan Segenting Kera kerana
memiliki tanah yang sempit,ia adalah perumpamaan Melayu lama yang
sejenis dengan kata 'sekangkang kera'.Kera digunakan sebagai perumpamaan
sebagai perbandingan ruang yang kecil.Dari sini kita tahu sampai mana
sempadan negeri-negeri yang diduduki orang Melayu.JIka sudah satu
Segenting Kra adalah wilayah Melayu dahulu atau wilayah Patani,adakah
orang-orang Melayu sukar untuk mencapai Ayutthaya?Ayutthaya bukanlah
terletak di tengah-tengah Benua Siam atau jauh ke utara.Ia terletak
berdekatan Teluk Siam (Gulf of Thailand).Lihat nama-nama tempat yang
asalnya dari bahasa Melayu tetapi di'Thai'kan:
Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)
Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)
Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)
Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare : (Penarik)
Yarang : Jarang @ Binjai Lima
Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)
Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)
Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.
(dipetik dari Ibnu Rusydi)
Dari sini kita dapat menyelami betapa luasnya wilayah yang
diduduki orang Melayu pada zaman dahulu.Jadi adakah orang Melayu memang
hanya wujud di semenanjung?Atau di pulau-pulau Indonesia?SUDAH TENTU TIDAK.Orang
Melayu (tidak kira yang Jawanya,Champa atau Pataninya) pernah
menduduki seluruh Benua Siam.Dari mana orang-orang Khmer belajar
menubuhkan kerajaan?Dari orang-orang CHAM DAN JAWA SAILENDRA!
Jadi selepas ini marilah kita menghulurkan simpati dan kasih
sayang kepada saudara-saudara kita di selatan Thai ini.Mereka adalah
Melayu Patani yang pernah mempunyai kerajaan hebat dahulu.Orang Melayu
Patani kerap datang ke Malaysia sebagai peniaga atau meminta derma
untuk sekolah-sekolah agama dan masjid.Pernah tak kita melihat orang
Melayu Patani membawa barangan jualan dengan menjunjung di kepala ke
kampung-kampung?Anak-anak kita menjerit-jerit "orang Siam,orang Siam
datang!" padahal merekalah orang Melayu sama seperti kita (Ya,betul
juga..mereka MELAYU SIAM).Namun jaga-jaga juga orang Siam yang menyamar
meminta derma untuk menipu orang Malaysia yang terkenal amat pemurah.
Berbalik kepada Anai-anai,penulisan beliau yang saya tidak
gemar ialah kadangkala melebih-lebihkan keturunan 'diraja' Siam beliau
sehingga merendah-rendahkan sejarah Kesultanan Melaka.Beliau kerap
mempersoalkan mengapa sejarah Melaka dilebih-lebihkan padahal ia cuma
pelabuhan Ayutthaya (benarkah begitu?).Bila disanggah,beliau kerap
berkata,
"Apa boleh buat,sejarah negeri Kedah memang hebat dan raja-raja kami memerintah seluruh semenanjung dahulu"
Nasihat saya ialah,menceritakan kehebatan sejarah sendiri
jangan sampai merendah-rendahkan sejarah negeri orang lain.Padahal
beliau juga berkata,raja-raja daerah bergilir berpeluang duduk menjadi
Maharaja Ayutthaya sehingga Raja Naresuan dikatakan berasal dari Borneo
(ya,saya setuju inilah sebab ahli sejarah Thai tidak menjumpai
makamnya),jadi taraf raja-raja Melayu (dalam versi sejarah Anai-anai)
adalah sama sahaja,walaupun dikatakan ia dimulakan oleh pengasas dari
Kedah.Tidak perlu mendabik dada kehebatan keturunan anda,walau dari
'bangsa harimau' atau 'berdarah naga' sekalipun.
Bila ada orang mempertikaikan keturunan beliau dan mendakwa
Nai Long Kassim menuntut takhta dari raja-raja Melayu,malangnya saudara
Anai-anai melenting sehingga meleret-leret menyebut-nyebut keburukan
orang Melayu semua sekali dan seolah-olah orang Melayu di Tanah Melayu
ibarat orang hutan yang merampas takhta orang Siam Islam.Emosi
berlebih-lebihan ini mempengaruhi juga satu blog yang menjadi 'sekutu'
rapat Anai-anai,iaitu The Malay Press.Di dalam blog ini terdapat satu
posting dimana sengaja diletakkan gambar-gambar yang menunjukkan
keadaan 'Melayu' pada masa dahulu,mungkin sekitar 1880-an kerana
teknologi kamera secara moden bermula pada tahun 1884 selepas penemuan
sistem filem yang baru menggunakan lapisan kertas dan gelatin.Kemudian
diletakkan ulasan berbentuk persoalan tentang keadaan orang-orang
Melayu yang nampak seperti 'menyedihkan'.Padahal dimana orang-orang
'Siam Islam' ketika itu?Sekurang-kurangnya orang Melayu yang
dikutuk-kutuk 'orang laut,lanun dan nelayan' ini malah menjadi 'mangsa
pergaduhan' Siam Islam dan Thai yang berebut warisan kemelayuan ini
boleh bertahan mempertahankan negara dan masih wujud bernegara sehingga
semua Siam Islam boleh duduk menumpang menjadi ahli
fotografi,pensyarah dan penulis blog di Tanah Melayu yang merdeka
ini.Bayangkan Malaysia ini sebahagian dari Thailand,bukan sahaja nak
kutuk Raja Thai pun tidak boleh,menjeling pun sudah ditangkap tentera
Thai,dipaksa meniarap beramai-ramai dan disumbat dalam trak seperti
ayam yang nak dijual di pasar.Jadi bersyukurlah dapat bersaudara dengan
orang-orang Melayu semenanjung ini.Jangan menghiris perasaan mereka
seperti yang dilakukan oleh Hindraf dan Ultrakiasu,lebih-lebih lagi
Melayu Siam bersaudara dengan Melayu semenanjung dan dikuatkan ikatan
dengan agama yang sama.
Penulis
blog itu juga mendakwa semua raja-raja Melayu adalah Siam Islam ini
termasuk raja-raja Perlis (ada orang Perlis yang tahu salasilah diraja
Perlis merpersoalkan versi Anai-anai ini),Pahang.Perak dan Melaka.Bukan
itu sahaja,Hang Tuah lima bersaudara juga didakwa adalah keturunan
Ayutthaya juga!
Satu lagi ialah berkenaan dengan bahasa,saudara Anai-anai
seolah-olah begitu obses dengan bahasa Siam sehingga semua tempat di
Malaysia didakwa berasal dari perkataan Siam.'Nusantara' dikatakan dari
kata 'no-san-ta-ra' bermaksud 'tunas-muda-menanti-merebak',perkataan
'Beruas' (nama tempat di Perak) dikatakan bermaksud 'Puak-Kaya' dalam
bahasa Siam.Malahan Perak itu adalah sebenarnya 'Phe-Raq' iaitu
'abang-yang dikasihi'.Ini sungguh menghairankan.
'Mengkuang' ialah 'Meang Kuang' dari bahasa Siam juga
(bukankah ia adalah pokok mengkuang?),malah Australia dan Albania juga
didakwa berasal dari perkataan Siam Ayutthaya!Ini ditahap melucukan.
Banyak lagi contoh nama bahasa Melayu malah Inggeris yang
dikatakan berasal dari perkataan Siam,malah bahasa Arab juga! 'Siam'
atau bermaksud 'berpuasa' dalam bahasa Arab pun didakwa menunjukkan
bersempena 'bangsa Siam Islam'.Ini benar-benar obses bahasa sendiri.
Jadi bagi saya penulis blog itu tidak patut 'mencemar'kan
mood pembaca dengan perkara remeh-temeh begitu.Tambahan pula jika saya
sentuh keturunan raja-raja Ayutthaya yang ada ada kaitan dengan haiwan
mitos seperti naga dan garuda seperti kata Anai-anai lagi
membingungkan!SEBENARNYA SAYA FAHAM 'RAHSIA' DARAH NAGA ITU DAN TAHU
CERITANYA TETAPI CARA ANAI-ANAI MENDEDAHKANNYA TIDAK AKADEMIK DAN
KEBUDAK-BUDAKAN.Seperti kisah kartun Ultraman pula.Saya membuat
andaian,saudara Anai-anai tahu sedikit perkara,tetapi 'syok' menulis
sehingga melebih-lebih sampai keluar dari fakta sebenar.Sebab itu saya
nasihatkan jangan sampai terlalu banggakan keturunan sehingga hilang
punca dalam penulisan,kerana bukan sahaja orang Melayu,malah orang Thai
juga akan ketawakan anda.
Kadangkala nada Anai-anai begitu marahkan pengkritiknya
sehingga melalut merendah-rendahkan orang-orang Melayu.Dituduh orang
Melayu hanya berasal dari keturunan pelaut (padahal sebelum itu mengaku
Melayu) dan ini saya perhatikan sama seperti 'bebelan'
pengkritiknya,seorang warga Malaysia keturunan Thai yang membuka satu
blog lain (sejarahnagarakedag) yang juga 'marahkan' orang Melayu dengan
tuduhan yang sama.Selepas itu bila ditegur,beliau menukar nada dengan
mengatakan orang Melayu yang dikecamnya ialah 'Melayu Baru' atau
'Melayu Umno' yang lupakan sejarah dan mengikut sahaja penipuan
Inggeris.Siam Islam dan 'Siam' Kafir bertekak sesama sendiri,yang
menjadi mangsa tidak semena-mena orang Melayu.Padahal masing-masing
duduk dalam negeri orang-orang Melayu.Istilah 'Melayu' beliau juga
berubah-ubah.Sekejap mengaku orang Siam,sekejap mengaku Melayu
Siam,sekejap mengaku orang Yunnan,malah didakwa dahulu orang Melayu
adalah orang 'Fei',baru sekarang bergelar 'Melayu'.Sepatutnya perkara
begini tidak seharusnya berlaku kerana beliau seorang pensyarah dan
terpelajar.Namun saya faham bahawa pengkhususan beliau bukan dalam
bidang sejarah,namun ini tidak bermakna boleh menulis fakta sejarah
seolah-olah mengarang komik anime.
Namun,sebenarnya 70% cerita dari blog itu adalah fakta
sejarah yang tidak harus dipandang sepi.Mengapa saya kata
begitu?Kesampingkan kekhilafan penulis blog itu,kerana sebenarnya apa
yang diceritakan tentang hubungan kerajaan Ayutthaya atau Sharul Nuwi
itu dengan orang Melayu amat rapat kerana ia tercatat dalam UNDANG-UNDANG KEDAH!Keturunan
dan waris dari kerabat Ayutthaya ini juga percaya Raja Thai masih
menyimpan manuskrip-manuskrip Kerajaan Ayutthaya di 'peti kebal' milik
keturunan Raja Thai itu.Kita juga maklum bahawa tokoh ulama Sufi,Hamzah
Fansuri juga belajar agama dari ulama di kota Sharul Nuwi
(Ayutthaya),jadi fikirkan misteri ini.Baca buku Undang-undang Kedah
terbitan DBP dan hayati misteri orang-orang Melayu di Benua Siam di
dalamnya.
Saya berpendapat raja-raja Ayutthaya ini mungkin benar
beragama Islam,dan bukan orang Tai.Namun rakyatnya terdiri dari orang
Tai,Khmer,Melayu (Jawa,Bugis,Kedah,Patani dll),Mon,Cham,Cina,Parsi dan
sebagainya.Para penasihat atau panglima tentera diambil dari pelbagai
kaum.Ini samalah seperti di Malaysia.Apabila kedudukan orang Tai sudah
kuat dalam kerajaan,mereka menjalinkan kerjasama sulit dengan
Burma,yang mengintai peluang dari luar untuk menakluk Ayutthaya.Apabila
Burma datang menyerang,kelompok Thai yang belot ini 'membuka' pintu
kota Ayutthaya untuk penjajah Burma.Apabila raja Ayutthaya
lari,orang-orang Thai menabalkan diri mereka menjadi raja.Cerita
selepas itu adalah kisah bagaimana raja-raja Thai mahu menghapuskan
pengaruh Burma dari 'menyibuk' dalam negeri baru mereka itu.
Ini hasil 'channeling' saya pada awal tahun lepas.
Saya boleh terima istilah 'Melayu Siam' itu atau Siam itu
adalah salah satu keturunan Melayu,sama seperti Jawa,Kelantan,Aceh atau
Sulu.Ini kerana jika anda mahu bercakap dengan orang Sulu
misalnya,amat sukar memahami bahasa mereka,namun kita tahu mereka sama
akar budaya dengan kita,mereka bertanjak dan berkeris juga.Dan saya
faham dengan keadaan orang Siam ini,sama seperti saya faham keadaan
orang Cham dan Patani.KITA TIDAK TAHU BERAPA RAMAI 'ORANG THAI' YANG BOLEH DIJEJAK KETURUNAN ASAL MELAYU MEREKA,yang bersembunyi di seluruh Thailand.Adakah Aishah,keturunan ketujuh Mahsuri boleh bercakap Melayu seperti moyangnya Mahsuri?RENUNGKAN MASALAH YANG MENYEDIHKAN INI.
Ini barulah dinamakan dasar penghapusan etnik.Kita boleh
belajar perkara ini.Bayangkan Hindraf boleh menuduh kerajaan Malaysia
melakukan dasar penghapusan etnik,akibat sikap berlembut kerajaan
orang-orang Melayu ini,padahal orang-orang Tamil di Thailand
diam.senyap terkebil-kebil tidak berkutik sedikit pun.Sepatutnya para
simpatisan Hindraf belajar dari kata-kata pemimpin MIC terdahulu yang
amat berterimakasih kepada orang Melayu dalam keadaan orang Sinhala di
Sri Lanka sekalipun menolak orang-orang Tamil.Orang Tamil di sini bebas
dengan nama dan identiti mereka malah jumlah kuil pun melebihi jumlah
masjid,itu pun dibebelkan,berarak dan memaki hamun orang Melayu (ini
perangai Hindraf,bukan orang-orang India yang berkawan baik dengan
Melayu).Menariknya hari ini pemimpin-pemimpin Hindraf dikecam
orang-orang India sendiri malah India DAP juga kerana melesapkan wang
derma simpatisan Hindraf.Malah Hindraf menyaman balik ahli politik DAP
itu dan akhbar Tamil juga.
Pemimpin-pemimpin Hindraf bersenang lenang di luar negara
tanpa menghiraukan kebajikan anak-anak India di Malaysia yang akhirnya
terpaksa mengemis dengan kerajaan orang-orang Melayu tadi yang
dimakihamun hasil hasutan pemimpin Hindraf yang meniru lagak samseng
India dalam filem-filem Tamil dan Bollywood.Ini sungguh melucukan dan
bagus untuk difilemkan.Kenang kembali aksi para 'zombie' Hindraf yang
terkinja-kinja di Batu caves tempoh hari sehingga merosakkan pagar kuil
mereka sendiri.
Berbalik
kepada sejarah Ayutthaya,banyak perkara yang boleh dipelajari dari
kejatuhan kerajaan Melayu di Indochina.Taktik 'buka pintu kota' adalah
taktik biasa para pembelot.Ingat lagi kisah Kota Singapura yang diserang
oleh Majapahit?Siapa yang membuka pintu kota?Orang yang kecewa kerana
anak perempuannya dibunuh oleh raja Singapura.Pintu kota kerajaan
Champa juga dibuka oleh kebodohan Bendahari Champa sehingga memudahkan
kemaraan tentera-tentera barbarian Dai-Viet membumihanguskan
Champa.Siapa yang membuka 'pintu kota' sehingga orang-orang Inggeris
menjajah Tanah Melayu?Orang-orang Melayu yang berebutkan kekuasaan
sesama sendiri.Pelajari kes campurtangan Inggeris Di Perak.
Percayalah,sejarah adalah satu pengajian aliran-aliran
peristiwa yang berulang-ulang.Siapa yang tidak peka dengan sejarah,akan
termasuk lubang biawak dua kali.
Ada
rahsia dan misteri yang tidak mampu diungkapkan ketika merenung
kuburan 'raja-raja Ayutthaya' ini.Mungkin pakar sejarah Malaysia perlu
berjumpa dengan Nai Long Kassim ini sebelum beliau menutup mata untuk
mengetahui kisah sebenar,apa yang terjadi ketika serangan orang-orang
Burma dan Thai dan peranan orang Melayu di Indochina.
Saya tertarik dengan kenyataan Prasat Preah VI Hear,sebuah
'kuil' yang direbutkan oleh Thailand dan Kemboja sebenarnya sebuah
istana seorang raja bernama Po Chan atau nama 'Melayu'nya Sultan Mud
Zaffar Syah.Anehnya,kuil ini tidak mengandungi patung-patung Buddha dan
ini membangkitkan rasa sangsi bahawa munasabah raja-raja Thai telah
meletakkan patung-patung dan menambah ukiran di semua kesan-kesan binaan
Ayutthaya atau kerajaan Melayu purba dahulu.Pengkaji dari Eropah juga
telah mengesahkan ada patung-patung yang baru diletakkan di
binaan-binaan lama di Thailand.Pintu-pintu kota dan istana juga pasti
ada kesan dikikis,dan menurut Nai Long Kassim,asalnya ada tulisan jawi
di situ pada masa dahulu.
Lihatlah,pada masa dahulu,kaum-kaum lain berebut-rebutkan
budaya dan warisan Melayu.Penjajah Eropah pula berebutkan
manuskrip-manuskrip Melayu.Istana Melayu direbutkan oleh orang
Tai,Khmer,Vietnam dan Burma.Mereka yang berjaya merebut binaan-binaan
ini kemudiannya menambah-nambah ukiran dan meletakkan patung-patung
mengikut citarasa mereka.Kemudian dengan bangganya mengaku itu semua
warisan nenek moyang mereka.Apabila Inggeris tiba,semua binaan
orang-orang Melayu yang masih ada di semenanjung dimusnahkan,dibedil
dengan meriam dan diratakan.Bukti sejarah dirampas.Binaan Melayu di
Indochina terjaga rapi sebab sudah jadi milik orang lain.Kaji Cham
Tower dan kompleks sejarah My Son di Vietnam.Kaji peradaban Funan yang
membina Angkor Wat.Cuba kaji mengapa pelan Angkor Wat menunjukkan
seolah-olah ia adalah pelan sebuah kota pertahanan,dengan kedudukan
pintu dan tembok serta dikelilingi terusan air.Ia menjadi bercitarasa
kuil setelah ditinggalkan orang Melayu Funan dan diduduki oleh orang
Khmer kemudiannya.Kaji persamaan gaya ukiran BOrobudur dan Angkor
Wat.Kaji,kaji dan kaji lagi.Semuanya jadi milik orang lain sehingga
apabila anak-anak Melayu membaca buku-buku sejarah rekaan Stamford
Raffles dan ahli sejarah 'pemalas' Malaysia,mereka percaya bangsa
mereka adalah bangsa yang tidak punya binaan batu yang hebat.Nenek
moyang mereka dahulu hanya tinggal di hutan-hutan dan selekeh.
Cuba hayati filem Queen of Langkasuka,ratu-ratu pemerintah
itu sebenarnya adalah pemerintah Patani.Dan sebenarnya lanun-lanun yang
berpakat menyerang 'Langkasuka' adalah tentera Thai.Lihat,produser
filem Thai amat menyanjungi warisan sejarah walaupun bekas musuh
mereka.Orang-orang Melayu Patani digambarkan amat maju dengan kota yang
kukuh,mewah dan memiliki meriam-meriam,senapang dan pistol disamping
tidak lekang dengan keris mereka.Kostum istana Patani amat mewah dan
tidak kalah dengan kostum permaisuri Thai malah lebih kemas dan memikat
dari puteri-puteri Thai yang berkemban sahaja.Pakatan Thai dan
penjajah Eropah telah menghancurkan sejarah manis Patani ini.Lihat
filem Ong Bak 2,hayati kostum,rumah dan perhiasan pegawai Ayutthaya
yang mirip putera Jawa.Perhatikan suasana Benua Siam pada masa
dahulu,dan konflik antara pembelot dalam kerajaan Ayutthaya dan
orang-orang yang setia dengan raja Ayutthaya.Ini yang perlu
dikaji,bukan setakat terpesona dengan aksi siku terbang Tony Jaa.Pada
masa depan dijangka ramai pembuat filem Thailand makin berani
menyelongkar sejarah mengikut kepercayaan mereka.Siapakah di sebalik
nama-nama pembuat filem Thai ini?Adakah mereka orang-orang Melayu yang
'bersembunyi' di sebalik nama-nama Thai mereka?
Bagaimana dengan filem sejarah di sini?Asyik-asyik pondok
buruk,warung berdinding buluh dan rumah-rumah beratap rumbia.Amat
menyedihkan.Ini kerja orang malas.
Batu-batu nisan sepi di celah-celah semak yang ditunjuk oleh
Nai Long Kassim sebagai moyangnya,raja-raja Ayutthaya,menimbulkan
perasaan misteri dan sayu.Betapa jika orang-orang Melayu tidak sedar
dan bersatu,musuh-musuh mereka akan cuba sedaya upaya merampas 'The
Golden Chersonese' ini dari tangan mereka.Dari dulu sampai kini,tanah
tumpah darah kita ini sentiasa menjadi rebutan pelbagai kaum.Semoga
Tuhan memperkuatkan diri kita semua untuk mempertahankannya.SEpertimana
sejarah hitam kerajaan Ayutthaya,begitulah juga akan terjadi kepada
Malaysia ini jika semua pemimpin Melayu masih bermimpi,bergaduh dan
berpecah-belah.Ada yang jadi ejen CIA,ada yang jadi talibarut
Ultrakiasu,ada yang kerjanya mengisi perut sendiri 24jam tanpa
menghiraukan nasib anak bangsa sendiri.Renungkanlah batu-batu nisan
sepi yang menceritakan sejarah getir mereka lari dari buruan musuh
mereka.Kita tidak boleh membangunkan raja-raja Ayutthaya ini dari
kubur-kubur mereka,namun kita boleh bertanyakan waris-waris mereka yang
masih hidup.Tanyakan mereka dengan jujur dan minta mereka menjawab
dengan jujur,atas nama Allah s.w.t...apa yang terjadi kepada raja-raja
Ayutthaya ini dan orang Melayu suatu ketika dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan