Air mani adalah air yang keluar dari anggota kelamin manusia ketika 
melakukan hubungan seks atau terangsang secara seksual. Baik lelaki dan 
wanita, kedua – duanya mempunyai air mani yang mempunyai tugas masing – 
masing iaitu mempunyai kebaikan yang tersirat.
Contohnya air mani lelaki boleh menghasilkan zuriat dan membolehkan si 
isteri untuk kelihatan awet muda dan kelihatan lebih seksi dari 
sebelumnya manakalah air mani wanita boleh menyihatkan zakar suami dan 
dalam masa yang sama membantu lelaki untuk membina sistem pertahanan 
badan yang lebih kuat.
Selain air mani, ada lagi satu lagi jenis cecair yang keluar dari alat 
kelamin dan ia di namakan sebagai air mazi. air mani adalah sangat 
berbeza dari air mazi dari segi warna, bau dan keadaan badan ketika 
mengeluarkannya. Air mazi biasanya keluar pada awal – awal hubungan seks
 atau ketika anda terlalu penat bekerja manakala air mani hanya akan 
keluar apabila anda alami puncak syahwat iaitu orgasme. Orgasme akan 
menyebabkan anda memancut keluar air mani dan selepas itu anda akan rasa
 letih dan penat.
Sifat air mani lelaki adalah ia pekat dan berwarna keputihan manakala 
air mani wanita pula adalah cair dan berwarna kekuningan. Baunya agak 
pekat dan menyengat namun anda selesa akan bau tersebut.Bagi lelaki, 
kepekatan dan jumlah air mani mereka bergantung pada keadaan iaitu 
kekuatan tubuh badan mereka, tahap kesihatan mereka dan diet yang mereka
 ambil.
air mani adalah sesuatu yang suci dan ia bukanlah najis tetapi anda 
wajib mandi junub jika alat kelami anda mengeluarkan air mani untuk 
pembersihan dan pemulihan tenaga syahwat anda. Untuk menyucikan air mani
 yang terlekat pada baju, anda perlu basuh dan membilasnya jika air mani
 tersebut dalam keadaan basah dan anda hanya perlu mengikisnya jika air 
mani tersebut berada dalam keadaan kering.
Jangan keluarkan air mani secara sengaja iaitu di luar lingkungan anda melakukan hubungan seks kerana ia akan melemahkan anda.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan