Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: 
??????; Cina Tradisional: ??????; pinyin: M?láix?yà Huárén atau Cina 
Ringkas: ??????; Cina Tradisional: ??????; pinyin: M?láix?yà Tángrén) 
ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk 
tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari 
China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad 
ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam
 semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara
 ini.
Sejarah
Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli (??, "kuasa susah-payah"). Yang selainnya datang secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949.
Suku dialek
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.
Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di
 Melaka; abad ke-18 di Pulau Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan 
atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan adat Melayu secara takat-takat 
yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa 
Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, 
pendatang-pendatan yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang 
mengekalkan adat Cina dikenali sebagai sinkheh (??, "tetamu baru").
Kaum Cina di Malaysia mengekalkan 
identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang
 berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini 
adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di bawah 
undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan 
beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina 
Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, 
budaya dan politik.
Orang Cina Malaysia sejak sekian lama 
mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru 
yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan 
dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. 
Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan 
berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006, 
terdapat 7-7.5 juta orang Cina di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi 
bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti 
hak milik ekonomi negara.
Sejarah
Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli (??, "kuasa susah-payah"). Yang selainnya datang secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949.
Suku dialek
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.
Orang Hakka membentuk kumpulan dialek 
terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di 
Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka 
juga didapti di Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan 
suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.
Suku Kantonis membentuk suku dialek 
terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di 
mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku 
Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan 
Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana 
bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan 
pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong 
pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam 
saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk 
suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, 
Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor 
serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, 
iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan 
rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan 
dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa 
bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan 
Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.
Maka, secara amnya terdapat tiga 
kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga 
pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay 
bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban 
dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan 
semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak 
ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh 
media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa 
Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, 
terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina 
yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa 
Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada 
bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan 
menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia 
memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik 
diaspora 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan