Menjilat
 kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka 
kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98
 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika ini 
membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. 
Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri anda? 
Allah
 SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru 
Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa 
haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang 
khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang 
melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan 
ulama Islam.
Ulama
 sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan
 isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam 
kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami
 isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan
Dr
 Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus 
untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap 
atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap
 sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk 
perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui 
batas dalam hubungan seksual.
Apa
 yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks 
melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, 
adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang
 melarangnya.
Pandangan
 ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr 
Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ 
Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana 
ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada 
pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan 
pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina
 kelak.
Perbincangan ringkas
Namun
 begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh 
Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh 
dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru,
 saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan 
tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini 
dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang 
yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair 
pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Namun
 semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti 
pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi 
ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari 
menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi
 ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram 
memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan 
sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan 
haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk 
menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan 
menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain
 itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang 
tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
“Oral
 seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia 
adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit 
kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru,
 mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan
 dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut 
undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan 
sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam
 bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya."
Saya
 teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa 
bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di 
kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh
 membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang 
mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”
Namun,
 pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai 
oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak 
berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan
 men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara
 total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya 
dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika
 sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah
 binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang 
ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan 
memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
Kesimpulan
Melalui
 perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita 
perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap 
pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1.
 Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang 
lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.
2.
 Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan 
syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga 
dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan 
aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. 
Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika 
perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau 
golongan bukan Islam dan juga binatang.
3.
 Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan
 umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti 
diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan
 bahagian kimia).
4.
 Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh 
Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi
 mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau 
lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5.
 Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan 
sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan
 hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina 
dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh 
Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. 
Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya 
adalah haram jua”.
Sebagai
 akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa
 hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan 
masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini 
benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga 
kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu 
dikawal atau semakin buas sebenarnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan