Sebagai permulaan, kita 
      harus mendidik orang bahawa Buddhisme bukanlah satu set kepercayaan 
      sahaja. Lebih tepat lagi, Buddhisme merupakan satu cara hidup. Apa yang 
      kita percaya tidak begitu penting melainkan jika kita hidup mengikut cara 
      yang diajar oleh Buddha.  
      
      Keseluruhan ajaran Buddha 
      adalah berasaskan kepada hakikat bahawa tidak ada apa pun dalam dunia ini 
      yang berlaku tanpa punca atau sebab. Buddha mengajar bahawa semua perkara 
      mempunyai puncanya termasuklah kebahagiaan kita sendiri. Buddha mengajar 
      bahawa jika kita ingin menikmati hidup yang lebih  bahagia,  sihat  serta 
      mewah, kita harus mengubah punca-puncanya supaya hasil atau akibat yang 
      kita dapati adalah lebih baik. Dalam Buddhisme, hakikat ini dikenali  
      sebagai Hukum Kamma manakala dalam sains ia dikenali sebagai Hukum 
      Punca dan Akibat. 
      
      Di setiap tempat yang kita 
      lawati, ramai yang mengadu tentang "nasib mereka yang malang". Bila mereka 
      melihat orang lain bahagia, mewah serta sihat, mereka menyatakan kononnya 
      ini disebabkan "nasib yang baik". Buddhisme mengajar bahawa perkara 
      seperti tuah itu tidak wujud. Perbuatan yang baik dibalas baik manakala 
      perbuatan yang jahat dibalas jahat. Jika kita berasa tidak bahagia, ini 
      disebabkan kesalahan diri kita sendiri. Jangan salahkan orang lain. 
      
      Seringkali  orang 
      menyatakan bahawa walaupun mereka  hidup  dengan  jalan yang  betul  
      tetapi mereka tetap ditimpa dengan beberapa peristiwa yang malang.  
      Mengikut Buddhisme, ini adalah disebabkan perbuatan jahat dalam hidup kita 
      yang lepas kini membuahkan hasilnya. Apabila kita menanam padi, kita harus 
      menunggu sehingga ia masak sebelum) kita dapat menuainya. Begitu juga 
      dengan Kamma.   Ada kalanya Kamma akan mengambil masa yang 
      lama untuk menunjukkan kesannya. 01eh itu, apa yang kita buat dalam hidup 
      ini mungkin akan membuahkan hasil kesannya dalam hidup yang akan datang. 
      
       Kita mungkin telah menemui 
      kes di mana orang jahat yang nampaknya menikmati  satu  kehidupan yang 
      bahagia. Akan tetapi kita sedar bahawa benih Kamma tidak baik yang 
      mereka tanam itu akan masak di satu hari nanti dan  seterusnya akan 
      membawa kesengsaraan kepada diri mereka. Tidak ada sesiapa pun yang dapat 
      menghalang benih Kamma kita daripada membuahkan hasilnya. 
      
      Buddha telah mengajar 
      bahawa kebaikan dan kejahatan adalah berasal daripada akal (mind) kita. 
      Jika kita mempunyai akal (mind) yang baik, kita akan melakukan perbuatan 
      yang baik. Ini akan menghasilkan benih Kamma yang baik. Jika kita 
      hanya berfikir tentang perkara yang jahat sahaja tanpa mempunyai belas 
      kasihan, hidup kita akan bergantung kepada fikiran kita. Semua Kamma 
      datangnya daripada akal (mind) yang baik, yang jahat ataupun yang malas.  
      
      Setiap insan inginkan 
      kebahagiaan. Haiwan juga cuba mengelakkan diri  daripada kesakitan dan 
      ingin hidup bahagia. Pada suatu pagi yang dingin, seekor anjing suka 
      berbaring dan terdedah dalam cahaya matahari. Ini  disebabkan anjing  itu 
      berasa lebih selesa di bawah pancaran cahaya matahari. Anjing itu 
      menikmati kebahagiaan melalui cara ini. Katak pula akan berasa bahagia 
      bila hujan turun.  Ini disebabkan sifat semula jadinya yang gemarkan air. 
      Bila tiada hujan yang turun dan sedikit sahaja air yang tinggal, katak 
      tidak akan merasa bahagia. Setiap jasad yang hidup inginkan kebahagiaan. 
      Di antara kesemua jasad yang hidup, manusialah yang paling mengidamkan 
      kebahagiaan. 
      
      Semua agama lain mengajar 
      bahawa kebahagiaan hanya boleh dinikmati selepas kematian. Dalam 
      Buddhisme, kita diajar bahawa kebahagiaan dan kenikmatan syurga boleh 
      dikecapi dalam hidup ini sendiri. Semua perkara penting yang diajar oleh 
      Buddha adalah  cara  untuk mengakhiri  kesengsaraan. Beliau telah 
      menunjukkan jalan ke arah kebahagiaan dalam hidup ini dan juga untuk hidup 
      yang akan datang.  
      
      Dalam agama kita (Buddha), 
      terdapat TIGA KEBENARAN iaitu Dukkha, Anicca dan Anatta. Dukkha 
      bermaksud kesengsaraan akan dialami oleh setiap makhluk hidup. Anicca 
      bermaksud bahawa tidak ada apa pun yang akan berkekalan dan Anatta  
      pula membawa maksud bahawa watak seseorang itu adalah sentiasa berubah.   
      Kebenaran yang paling penting ialah Anicca, iaitu hakikat bahawa 
      semuanya adalah sentiasa berubah, sama ada ke arah kebaikan mahu pun 
      keburukan. Bidang sains moden mendapati bahawa tidak apa jua pun dalam 
      alam semesta ini yang berada dalam keadaan statik. Semuanya dalam keadaan 
      dinamik, yakni sentiasa bergerak.    Hidup kita mungkin akan menjadi lebih 
      bahagia ataupun kita akan menuju ke arah keburukan dan seterusnya 
      mengalami kesusahan. Jadi, persoalan utama yang harus kita fikirkan ialah 
      CARA MENUJU KE ARAH KEBAHAGIAAN. 
      
      Berikut adalah cara untuk 
      mengatasi kesengsaraan dan seterusnya mengecapi kebahagiaan. Cara hidup 
      Ini adalah lebih kurang sama untuk semua; miskin atau kaya, berstatus 
      tinggi atau rendah, kanak-kanak mahupun orang dewasa tanpa mengira kaum 
      atau jantinanya. Cara ini adalah sesuai untuk sepanjang zaman; dahulu, 
      kini dan selamanya. Jalan hidup ini sebenarnya mudah d1fahami dan dapat 
      diingat dengan mudahnya. Masalahnya hanya bila kita mula 
      mempraktikkannya.  Adalah mudah bagi kita berbincang mengenal perasaan 
      belas kasihan dan kebajikan. Akan tetapi, bukanlah mudah untuk 
      mempraktikkannya bermula dari perbuatan kita sendiri. Setiap perkara dalam 
      dunia ini wujud secara berpasangan; positif dan  negatif. Dalam Buddhisme 
      juga, keadaannya adalah sama. Lima peraturan yang pertama ini adalah 
      negatif, yakni perbuatan yang kita harus menghindarkan diri.
      
      1. Kita tidak harus 
      membunuh atau bersifat kejam
      
      2. Kita tidak harus mencuri
      
      3. Kita tidak harus berzina 
      (bermukah)
      
      4. Kita tidak harus menjadi 
      penipu
      
      5. Kita tidak harus 
      mengambil sesuatu yang boleh membuatkan  kita  hilang pertimbangan atau 
      kebolehan kawal-diri misalnya dadah atau minuman keras. 
      
      Kelima-lima peraturan ini 
      adalah sebagai asas untuk mempraktik Buddhisme. Selagi kita tidak berupaya 
      mematuhinya, kita tidak dapat mengorak langkah ke arah kebahagiaan yang 
      positif. Kebanyakan orang menikmati sedikit kebahagiaan sahaja dalam hidup 
      mereka. Ini disebabkan mereka tidak mengikuti Jalan Lapan Lapis yang 
      positif.  Mereka hanya mengikuti Lima Peraturan yang negatif sahaja. Ramai 
      mengatakan, "Saya tidak pernah melakukan perbuatan yang jahat, namun saya 
      tetap tidak bahagia." Mereka ingin mengetahui mengapakah sedemikian. 
      Jawapannya mudah. Mereka ini langsung tidak melakukan perbuatan yang 
      jahat, tapi mereka juga tidak pernah berbuat baik. Hidup mereka hanya 
      berdasarkan aspek negatif (menghindarkan) sahaja. Dalam erti kata lain, 
      mereka seolah-olah seperti seorang manusia yang cuba berjalan dengan 
      sebelah kaki sahaja atau seekor burung yang cuba untuk terbang dengan satu 
      sayap sahaja. Demi mengalami satu hidup yang seimbang, kita harus 
      mengetahui mengenai pasangan positif dan negatif yang berlawanan itu. Kita 
      BUKAN SAHAJA mengelakkan diri daripada melakukan kejahatan tetapi kita 
      juga HARUS berbuat baik. Sekiranya tidak, kita akan berada dalam satu 
      keadaan yang tidak seimbang.  
      
      JALAN LAPAN LAPIS YANG 
      POSITIF
      
       Apakah 
      jalan lapan lapis positif yang dapat membawa kebahagiaan itu? Jalan ini 
      adalah mudah untuk diingati dan berguna untuk kehidupan sehari-harian.  
      Tak begitu bergunalah, jika kita mematuhi peraturan-peraturan tersebut 
      hanya pada hari-hari suci ataupun hanya bila kita berada di Vihara. 
      Peraturan-peraturan ini adalah untuk dipatuhi setiap hari. 
      
      1.   Fahaman Yang Betul
      
      Mula-mula sekali kita harus 
      berusaha memikir dengan mendalamnya. Apa yang dimaksudkan di sini ialah 
      memikir dengan mendalam sebaik yang boleh mengikut kemampuan seseorang 
      itu. Fikiran yang sedalam untuk seseorang mungkin tidak begitu mendalam 
      bagi orang yang lain. Setiap individu harus berfikir dengan mendalaminya 
      mengikut kemampuannya sendiri. Melalui fikiran yang mendalam),  kita akan 
      mempunyai pemahaman yang mendalam. Jika kita tidak mempunyai  pemahaman 
      yang mendalam, kita adalah seperti seorang yang cuba untuk memandu sebuah 
      kereta di atas sebuah lebuh raya tanpa mengetahui cara untuk men- 
      gendalikan kereta tersebut. Dia tentu akan ditimpa kesusahan. Jika dia 
      telah pun mempelajari cara untuk memandu kereta sebelum mencuba memandu, 
      dia sebenarnya mengikuti nasihat Buddha. Kita seharusnya cuba untuk 
      berfikir dengan mendalam supaya dapat pemahaman yang sebaik mungkin 
      mengenai hidup kita. 
      
      2.   Tujuan Yang Betul
      
      Sebagaimana yang kita sedia 
      maklum dalam tajuk yang lepas, pemahaman yang betul dan pemikiran yang 
      betul berfungsi secara bersama-sama. Bagi umat Buddhis, perkataan akal 
      (mind) mempunyai makna yang istimewa. Bila seseorang telah berfikiran 
      panjang dan mengambil keputusan tentang sesuatu, dia akan bertekad untuk 
      berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai kehendaknya. Kita tidak 
      boleh mempunyai fahaman yang betul tanpa berfikiran dengan tujuan yang 
      betul. Kita mungkin mempunyai beberapa kepercayaan yang baik. Tetapi 
      kepercayaan in) mungkin tanpa pemahaman yang baik yang berakibat dari 
      pemikiran tanpa tujuan yang betul. Bila kita menerima pendapat seorang 
      lain tanpa persoalan, kita sebenarnya tidak mengikuti ajaran Buddha kepada 
      kita supaya berfikir untuk diri sendiri serta mempunyai tujuan sendiri. 
      Kita kadangkala mungkin terdengar mengenal orang yang tidak mempunya 
      sebarang hala atau tujuan hidup. Orang seperti Ini  tidak suka mempunyai 
      pendirian yang tegas; mereka tidak mempunyai apa jua tujuan hidup. 
      
      
      Terdapat sebuah peribahasa 
      yang dijumpai dalam pelbagai bahasa yang berbunyi "Lihat dan fikir sebelum 
      melompat"1. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang baik untuk kita 
      semua. Agama Buddha mengajar bahawa setiap orang bertanggungjawab 
      menentukan jalan hidupnya sendiri. Jika kita tidak mempunyai  tekad, hala 
      tujuan yang dirancang dengan baik, tidak banyak membuat perhitungan,  maka 
      akibatnya ialah hidup kita penuh dengan penderitaan dan kekeliruan (tak 
      tentu hala). Disebabkan kejahilan, kita menyalahkan nasib kita yang 
      malang. Jalan yang paling baik dalam mengorak langkah membebaskan akal 
      (mind) kita lalah dengan menyingkirkan semua aspek-aspek negatif ini 
      daripada akal (mind) kita.  Misalnya, kita harus menyucikan flkiran kita 
      dengan menyingkirkan perasaan seperti hasad-dengki, benci, marah, tamak 
      haloba dan kemalasan. Kita harus mempunyai tekad untuk berflkir dengan 
      tenang serta bertindak dengan rasional. Jika kita tidak mempunyai tujuan 
      ini, kita hanya boleh menyalahkan diri sendiri  di atas penderitaan yang 
      kita alami. 
      
      Seorang yang jahil 
      
      Leblh kurang 2,500 tahun 
      lalu, hidup seorang Brahman yang kaya dan telah  1anjut us1anya. Tujuan 
      hidupnya hanya untuk menikmati kepuasan nafsu serta bersukaria sebanyak 
      yang mungkin. Dia langsung tidak ingin berfikir mengenai perkara yang akan 
      menyakiti hatinya, Dia juga tidak ingin berfikir langsung mengenai hakikat 
      pada suatu hari nanti dia akan mati. Si Brahman yang jahil ini  telah 
      membina sebuah mahligai yang indah buat dirinya. Di dalamnya diisikan 
      banyak harta-benda yang boleh menampung keperluan hidupnya sehingga 
      seratus tahun. 
      
      1.   Peribahasa ini membawa makna bahawa 
      sebelum kita mengambil sebarang tindakan, kita harus berfikir 
      semasak-masaknya tentang baik buruknya tindakan tersebut. 
      
      Buddha menghantar Bhikkhu 
      Ananda untuk menasihati Brahman yang jahil itu supaya dia akan mempunyai 
      tujuan hidup yang betul serta dapat bertindak menggunakan akal fikirannya. 
      Tetapi Brahman yang kaya itu tidak mahu mendengar nasihat Bhikkhu Ananda. 
      Dia telah pun menyakinkan dirinya bahawa dia tidak akan mati. Tujuan 
      hidupnya salah, begitu juga cara fikirannya. Tidak lama selepas  pemergian 
      Bhikkhu Ananda, lelaki tersebut jatuh sakit dan seterusnya meninggal 
      dunia. Berita ini diberitahu kepada Buddha. Buddha kemudian berkata bahawa 
      seseorang yang jahil tidak akan memahami nasihat baik yang diberi  oleh 
      seorang bijaksana. Ini kerana dia adalah jahil dan hanya mementingkan diri 
      sahaja sebagaimana sebuah sudu tidak boleh merasa manisan, begitu juga 
      mereka yang mempunyai fikiran  salah  tidak akan  tahu  cara melepaskan 
      diri daripada belenggu penderitaan. 
      
      3.   Pertuturan Yang Betul
      
      Cara yang paling baik untuk 
      mengenali perwatakan seseorang ialah mendengar pertuturannya. Ramai yang 
      terbongkar rahsia dirinya apabila kita mendengar pertuturannya. Orang 
      boleh mengenali sama ada kita orang yang baik ataupun banyak cakap sahaja. 
      Seseorang mendapati adalah mudah untuk bercakap mengenai agama serta 
      falsafahnya tapi adalah susah untuk mempraktikannya. Terdapat satu 
      peribahasa yang berbunyi "actions speak louder than words". Semasa 
      bertutur kita harus mengelakkan daripada percakapan yang jahat, tidak 
      berfaedah dan tohmah-mentohmah. Salah  satu  perbuatan yang  paling  keji  
      ialah menyebar khabar-khabar angin.
      
      Pertuturan yang betul harus 
      merangkumi kedua-dua aspek positif serta negatif.  Yakni  pertuturan 
      tanpa  tipu  muslihat,  kebencian  mahupun  kesat bahasa. Pertuturan kita 
      tidak harus berdasarkan perasaan benci  atau ingin menipu, serta harus 
      bebas dari khabar angin dan cakap kosong yang tidak berfaedah. Kita harus 
      bertutur dengan lemah lembut yang bermakna yang mana dapat membawa 
      kegembiraan kepada seseorang yang bergaul dengan kita. Jika kita tidak 
      dapat menggembirakan orang lain melalui pertuturan sebaik-baiknya 
      janganlah kita menyakiti mereka dengan pertuturan yang salah. Menipu 
      adalah salah satu daripada bentuk-bentuk pertuturan yang paling salah. 
      Penipuan yang menyakitkan perasaan orang lain adalah paling buruk sekali. 
      Adalah salah juga untuk menyatakan kebenaran supaya ia dapat membawa 
      masalah atau kesedihan kepada orang lain. Ada baiknya juga untuk 
      mendiamkan diri bergantung kepada situasi. Buddha juga kadang kala 
      mengamalkan sikap ini. Melalui teladanNya, Buddha menunjukkan bahawa 
      kadang kala ada baiknya untuk berdiam diri daripada bercakap benar. 
      
      4.  Tindak-tanduk Yang Betul
      
      Petua jalan positif lapan 
      yang berikutnya ialah tindakan yang betul. Kita  harus menggunakan 
      sepenuhnya tenaga kita untuk menjadi teladan yang baik untuk orang lain  
      dan mengelakkan diri daripada mempamerkan teladan yang buruk khasnya 
      kepada kanak-kanak. Beberapa tahun dahulu seorang bapa datang berjumpa 
      saya. Dia mengatakan anaknya ditimpa kesusahan berhubung dengan jenayah. 
      Lelaki itu berkata dia tidak pernah menggunakan percakapan yang kasar di 
      depan anaknya. Saya kemudian bertanya sama ada dia telah menunjukkan 
      beberapa teladan baik yang boleh diikuti oleh anaknya. Leiaki itu membisu 
      seketika sebelum mengatakan tidak. 
      
      Sebelum kita merancang 
      sesuatu langkah kita harus memikir dengan berhati-hati sama ada perkara 
      tersebut dapat membawa kebahagiaan atau penderitaan  kepada kita. Jika 
      kita bertindak dengan bijaknya,  kita tidak harus berasa malu dengan 
      perbuatan kita. Tindakan bijak yang didahului oleh pemikiran secara 
      berhati-hati akarn menyebabkan orang lain menghormati kita dan tidak 
      menjatuhkan air muka kita. Ramai yang mendakwa mempercayai ajaran Buddha 
      tetapi apabila kita perhatikan kelakuan mereka, kita meragui kenyataan 
      mereka. Ini adalah kerana lain yang dicakap, lain pula yang dibuat. Ajaran 
      Buddha adalah sesuatu untuk dipraktik bukan untuk dibincang sahaja. 
      
      5.   Cara Sara-hidup Yang Betul
      
      Kita kini membincangkan 
      cara yang paling baik untuk mencari nafkah hidup. Sebagai permulaan, kita 
      harus memastikan bahawa usaha kita mencari nafkah hidup tidak membawa 
      kesusahan kepada orang lain. Kita tidak harus mencari nafkah hidup dengan 
      melibatkan diri dalam pertumpahan darah, menjual sesuatu yang dapat 
      meracuni badan atau akal (mind) orang lain. Kita harus yakin bahawa cara 
      kita mencari nafkah adalah jujur keseluruhannya. Sebaik mungkin, pekerjaan 
      kita juga membantu orang lain serta menyebabkan mereka menghormati kita. 
      
      6.   Usaha Yang Betul
      
      Usaha yang betul dan 
      kefahaman yang betul sering dikatakan dua aspek yang paling penting dalam 
      Jalan Lapan Lapis Positif. Pemahaman yang betul merupakan aspek yang 
      paling penting tetapi kesemua kefahaman yang betul ini tidak bernilai 
      jikalau kita tidak mempergunakannya. Maka usaha diperlukan. Usaha adalah 
      peraturan keenam. Sebaliknya, jika kita berusaha bersungguh-sungguh tanpa  
      PEMAHAMAN yang betul padah akibatnya. Kita adalah umpama seorang 
      kanak-kanak yang cuba untuk memandu keretapi. Jika kita berusaha tanpa 
      benar-benar  memahami  apa yang kita lakukan, kita sebenarnya menanam 
      benih Kamma  tidak baik kepada diri kita sendiri. Kedua-dua faktor 
      usaha dan pemahaman yang betul saling  berkait dan harus dipraktik dan 
      dipupuk bersama. Usaha yang bersungguh-sungguh tanpa pemahaman yang betul 
      adalah berbahaya. Sedangkan pemahaman yang betul tanpa usaha yang 
      bersungguh-sungguh adalah sia-sia sahaja. Seorang yang tidak mempunyai 
      usaha yang betul adalah seorang yang MALAS. Tanpa mengatasi kemalasan,  
      kita tidak boleh mencapai kebahagiaan. Setiap orang harus berusaha untuk 
      menjalani hidup yang dipuji serta bermaruah. Dalam Buddhisme, usaha betul 
      dibahagikan kepada empat. Kita harus mengikutinya supaya dapat hidup 
      selaras  dengan ajaran  Buddha. Keempat-empatnya adalah seperti berikut :-
      
      1.   berusaha menghalang ciri kejahatan 
      daripada menapak dalam diri kita
      
      2.   berusaha menyingkir ciri-ciri  
      kejahatan yang telah sedia ada dalam fikiran    serta perbuatan kita
      
      3.   berusaha meneruskan ciri-ciri kebaikan 
      yang sedia ada dalam fikiran dan   kelakuan kita
      
      4.   berusaha  menyernai  serta  memupuk  
      ciri-ciri kebaikan  yang  bet urn  ada   di  dalam  hati, fikiran  serta 
      perbuatan kita
      
      Ramai di antara kita 
      mempunyai tujuan dan idea yang baik tapi kita tidak  berusaha 
      mempraktikannya. Situasi ini umpama seekor burung yang hanya mempunyai  
      sebelah kepak sahaja. Kebanyakan di antara kita juga mempunyai satu tabiat 
      yang buruk, iaitu melengah-lengahkan kerja kita yang harus dibuat hari ini 
      hingga keesokan harinya, minggu depan ataupun bulan depan. Kita hanya 
      pasti tentang  masa kita bagi hari ini sahaja. Semalam telah pun berlalu 
      dan esok pula  belum tentu tiba lagi. Masa yang paling baik untuk 
      mempraktik usaha yang betul ialah pada hari ini juga. Lebih cepat kita 
      mula mempraktik Jalan Lapan Lapis ini  lebih cepat kita  mula  mencapai 
      kebahagiaan. Jalan inilah satu-satunya jalan ke arah kebahagiaan abadi. 
      Tiada apa yang boleh dibuat jika  kita masih belum mula mempraktiknya. 
      
      7.   Kesedaran Yang Betul
      
      Kesedaran yang betul boleh 
      membawa manfaat pada sesiapa pun yang mengamalkannya dalam hidup 
      sehari-harian. Ramai ahli perniagaan berjaya menggunakannya. Makna 
      kesedaran ialah kita harus menumpukan perhatian kita kepada apa yang kita 
      lakukan. Tidak lama dahulu, saya ternampak seorang wanita yang kehilangan 
      salah satu jari tangannya. Semasa dia sedang memotong cili dengan sebilah 
      pisau yang tajam, fikirannya asyik menyingkap kembali  sebuah wayang 
      gambar yang ditontonnya pada hari sebelumnya. Tiba-tiba dia terpotong 
      jarinya. Seseorang yang tidak tahu cara menumpukan fikirannya tidak akan 
      berjaya dalam hidupnya. Suatu ketika yang lain pula,  saya mengenali 
      seorang lelaki yang hampir-hampir meninggal dunia kerana doktornya telah 
      tersilap memberi suntikan kepadanya. Doktor itu tidak menumpukan perhatian 
      kepada apa yang sedang dilakukannya, akibatnya nyaris-nyaris menyebabkan 
      kematian seorang pesakitnya. Pelajar yang paling berjaya adalah mereka 
      yang telah melatih diri mereka untuk memberikan perhatian) sepenuhnya 
      kepada sebarang mata pelajaran yang sedang dipelajarinya ketika itu. Jika 
      dia sedang belajar matematik, adalah sia-sia untuk khuatir tentang ujian 
      Sejarahnya. Dia akan mempunyai kemungkinan yang  lebih tinggi untuk lulus 
      dalam semua mata pelajaran jika dia memberikan tumpuan sepenuhnya kepada 
      setiap mata pelajarannya satu demi satu. Pernahkah anda perhatikan bahawa 
      apabila kita membuat tiga atau empat perkara dengan  serentak,  biasanya 
      kita hanya akan menyelesaikannya separuh jalan sahaja. Ataupun kerja itu 
      tidak dilaksanakan dengan sempurna. Ini disebabkan perhatian kita tidak 
      ditumpukan kepada satu perkara sahaja. Perhatian yang tidak tertumpu 
      bukanlah Kesedaran Yang Betul. 
      
      8.   Konsentrasi Akal (Mind) Yang Betul
      
      Dalam bahasa Pali, petua 
      yang kelapan ini dikenali sebagai Samma Samadhi. Petua ini tidak 
      bermaksud penumpuan fikiran biasa yang terdapat dalam petua  ketujuh. 
      Petua kelapan merupakan satu ciri penumpuan spritual dan dikenali  umum 
      sebagai MEDITASI (bersemadhi). Petua kelapan ini merupakan tahap yang 
      tertinggi di antara kesemua Jalan Lapan Lapis Positif. Seseorang yang 
      kerap bermeditasi  akan mencapai ketenteraman fikiran serta  kearifan. 
      Oleh kerana meditasi ini merupakan satu faktor yang paling penting untuk 
      dipraktik oleh setiap Buddhis, saya akan memberi gambaran yang ringkas 
      tentang manfaatnya. 
      
      Dalam dunia moden ini, kita 
      sering mengalami tekanan emosi. Tanggungjawab seorang ayah dalam memenuhi 
      keperluan fizikal keluarganya seperti pakaian, makanan, tempat tinggal dan 
      sebagainya merupakan satu masalah. Kita juga  seringkali khuatir tentang 
      kesihatan kita, mengalami masalah emosi dan pelbagai masalah, kegelisahan 
      dan ketakutan. Ada yang buat sehingga mengambil dadah, atau minuman keras 
      untuk menenangkan dirinya. Menurut Buddha, ubat yang paling mujarab sekali 
      bagi segala masalah ialah meditasi (bersemadhi). Bagaimanakah kita 
      bermeditasi? Bolehkah seslapapun bermeditasi atau lanya d1khaskan untuk 
      Bhikkhu sahaja? Dapatkah seorang wanita bermeditasi setanding dengan 
      seorang lelaki? Adakah perlu untuk mencari suatu tempat yang sunyi atau 
      hutan belantara untuk bermeditasi? Apakah langkah-langkah bagi meditasi?
      
      Meditasi tidak dikhaskan 
      untuk bhikkhu sahaja. Orang kebanyakan juga boleh mempraktik meditasi. 
      Meditasi boleh dipraktik tidak kira oleh lelaki mahupun  wanita dan boleh 
      dipraktikkan di bandar mahupun di sebuah tempat yang sunyi  dan terpencil. 
      Meditasi sebenarnya tidaklah  begitu  susah  atau  kompleks.  Masalah 
      utama ialah ramai yang tidak sanggup untuk duduk diam tanpa bergerak buat 
      beberapa minit pun. Dalam masa yang singkat saja, seorang individu akan 
      hilang konsentrasi kerana ingin minum air untuk menghilangkan dahaga, tali 
      pinggangnya terlalu ketat, terdengar hon kereta, atau lututnya terasa 
      sakit. Ataupun dia khuatir tentang cara untuk menyelesaikan semua bil-bil 
      tanggungannya. Jadi, terdapat berberapa kesukaran bagi seorang yang mula 
      mempelajari meditasi. Justeru itu, dia harus mempunyai banyak kesabaran. 
      Seseorang harus mempunyai  banyak kesabaran serta benar-benar ingin 
      mempelajari meditasi. Seluruh hidup kita  akan  berubah dan  kita akan 
      menikmati ketenteraman serta ketenangan jiwa apabila kita mempraktik petua 
      kelapan ini. 
      
      Berikut secara ringkas 
      adalah beberapa langkah-langkah untuk bermeditasi. Adalah lebih baik untuk 
      bermeditasi di sebelah pagi, iaitu semasa badan kita masih segar. Basuh 
      muka dan tangan serta tarik beberapa nafas yang panjang. Pakaian semasa 
      bermeditasi harus longgar dan tidak ketat. Duduk dalam posisi yang 
      membolehkan anda tidak sedar mengenai badan anda. Jika anda selalu duduk 
      d1 atas kerusi dan berasa tidak selesa apabila duduk di atas lantai dengan 
      bersilang kaki, maka anda akan berasa sukar untuk bermeditasi d1 atas 
      lantai. Jadi, dudukiah tegak d1 atas kerusi dengan kaki anda tegap d1 atas 
      lantai. Hidung dan dagu anda haruslah dalam satu garisan yang sama dengan 
      tali pusat (naval) anda. Bahu anda harus dalam posisi yang baik supaya 
      anda dapat bekalan udara segar yang berterusan. Pejamkan (bukan 
      sepenuhnya) mata anda. Letakkan tangan kanan anda di atas tangan kiri 
      dengan kedua-dua ibu jari anda bersentuhan. Mulakan dengan menarik nafas. 
      Secara mental, sebut "Satu, saya menarik nafas (tahan nafas anda buat 
      seketika) dan kemudlan, "Satu, saya menghembuskan keluar nafas". Menarik 
      dan menghembus keluar nafas ini haruslah dilakukan dengan perlahan dan 
      berterusan. Ulangi langkah inl sehingga anda telah bilang hingga nombor 
      sepuluh. Kemudian, tumpukan akal (mind) anda pada satu titik tunggal dan 
      jangan biarkan fikiran tentang perkara lain masuk akal (mind) anda. Jika 
      ini berlaku, biarkan fikiran tersebut berlalu tanpa berpaut padanya. 
      JANGAN BERPAUT PADA PERKARA-PERKARA LAIN. Jika anda memilih untuk 
      menumpukan akal (mind) anda ke atas keamanan, jangan fikirkan tentang 
      perkara lain melainkan KEAMANAN. Teruskan selama lima belas minit. 
      
      
      Ramai yang cuba untuk 
      bermeditasi untuk satu jam terus dalam sessi-sessi meditasi mereka yang 
      pertama. Perkara ini tidak digalakkan. Sessi meditasi anda yang pertama 
      dan seterusnya (lebih kurang dua belas sessi) haruslah lebih kurang 15 
      minit dan kemudian ditingkatkan kepada 20 minit bagi beberapa minggu yang  
      kemudlan. Sessi ini ditambah beransur-ansur kepada setengah jam dan 
      akhirnya kepada satu jam selepas enam atau tujuh bulan bermeditasi. Jika 
      boleh, cuba belajar dari seorang guru meditasi yang mahir. Jika tiada, 
      gunakan faktor pertama, kedua dan keenam dalam Jalan  Lapan  Lapis yang  
      positif, yakni fikir baik-baik, fahami dengan betul serta berusaha dengan 
      gigih. Ramai doktor di  Eropah mengesyorkan meditasi kepada pesakit mereka 
      yang mengalami penyakit tekanan darah tinggi, asma, hypertension, 
      kegellsahan, ketakutan, ketumbuhan ulser, kerunsingan serta penyakit 
      saraf. Peratus yang berjaya diubati melalui meditasi adalah tinggi. Dr 
      Graham Lye, seorang doktor di London telah bertahun-tahun menggunakan 
      perubatan secara meditasi ini. Beliau merupakan salah seorang doktor yang 
      paling berjaya di England dalam mengubati beberapa penyakit tertentu. Jika 
      anda ingin memastikan tentang kesahihan cara perubatan ini, cubalah 
      bermeditasi. Anda akan lihat betapa berubahnya hidup anda. Perhatikan juga 
      cara tekanan darah anda akan turun hingga ke paras yang normal selepas 
      anda telah bermeditasi. 
      
      Adalah sedih untuk 
      memerhatikan cara Buddhisme dipraktik oleh beberapa orang. Bagi mereka, 
      untuk menjadi seorang Buddhis yang baik, mereka harus pergi  ke Vihara 
      atau mempersembahkan kayu colok atau mengucap Lima Peraturan Hidup 
      (PancaSila) sahaja. Ajaran Buddha adalah bagaikan permata yang terletak di 
      dalam satu lombong yang dalam. Kita harus menggali dengan dalam untuk 
      mendapatkan permata-permata tersebut. Sesiapa yang benar-benar ingin 
      mempelajari Kebenaran ajaran Buddha akan dapat mengecapi kebahagiaan dan 
      kepuasan yang tidak dapat dinikmati oleh orang lain. Haruslah ingat bahawa 
      dengan semata-mata mengatakan "Saya adalah seorang Buddhis" tidak ada 
      gunanya. Apa yang penting ialah cara kita menjalani hidup kita. Konsep 
      cara hidup Buddhisme ialah ianya sesuatu untuk dipraktikkan setiap hari 
      sepanjang hidup kita. Jika kita mengikuti pedoman Buddha, kita pasti akan 
      mengecapi kebahagiaan dalam hidup ini dan juga hidup yang akan datang.
      
      
      TIGA BUKTI MENGENAI AGAMA YANG SAHIH 
      
      
      Jangan melakukan kejahatan 
      tetapi berbuat baik, 
      
      Sucikan akal (mind) anda,
      
      
      Semua Buddha mengajar agama 
      sahih ini, 
      
      Yang akan abadi 
      selama-lamanya.
      
      HUKUM SEMULAJADI 
      KAMMA
      
      Kamma 
      adalah perkataan Sanskrit yang bermakna tindakan. Dalam Buddhisme,  
      Kamma bermaksud tindakan dan tinda kbalasnya. Kamma juga 
      diterangkan sebagai hukum punca dan akibat. 
       
      
      Apabila kita menanam  benih 
      padi, kita tidak boleh mengharapkan lada hitam dihasilkan. Kita tidak 
      boleh menjadi sejuk dengan menyalakan api. Jika dalam setiap aspek hidup, 
      kita boleh mencari sebab atau puncanya, maka kita dengan yakin boleh 
      meramalkan akibatnya. 
      
      Buddha telah mengajar 
      bahawa kebahagiaan dan kensengsaraan itu adalah  suatu hasil sahaja, 
      seperti api adalah sebab atau punca dan haba pula adalah hasilnya. Jika 
      kita menjalani hidup kita dengan banyak kejahilan, kejahatan  serta 
      tamak-haloba, sudah tentu kita harus bersedia menghadapi hasil yang 
      selaras dengan hidup sedemikian. Perbuatan baik dibalas baik, perbuatan 
      jahat  pula dibalas jahat. Barangkali, ramai di antara anak sekalian 
      mempunyai satu akaun simpanan di bank. Setiap minggu anda akan memasukkan 
      wang ke dalam bank. Fikiran dan kelakuan kita adalah seperti membubuh 
      beberapa keping sylling wang  ke dalam tabung wang kita, tapi dalam hal 
      ini, ia adalah TABUNG KAMMA. Fikiran dan kelakuan yang jahat 
      adalah  seperti wang palsu. Kadang kala orang yang cuba untuk menggunakan 
      wang palsu akan ditahan polis. Kecelakaan akan menimpa  sesiapa yang cuba 
      menggunakan wang palsu; seperti juga kecelakaan pasti menimpa seseorang 
      yang mendepositkan fikiran dan kelakuan yang jahat ke dalam "Tabung 
      Kamma" mereka. Kebahagiaan akan dapat dikecapi jika kita mendepositkan 
      fikiran dan kelakuan yang baik ke dalam "Tabung Kamma" kita. 
      Sesiapapun tidak boleh menghalang Kamma kita. Hasil yang buruk 
      selalu datangnya daripada perbuatan yang jahat; hasil yang baik selalu 
      datangnya daripada perbuatan yang baik. Jika kita ingin bahagia, kita 
      harus mendepositkan simpanan punca-punca kebahagiaan  seperti juga kita 
      menanam benih padi untuk mendapatkan hasil padi. 
      
      Adalah penting bagi semua 
      belia menyedari betapa pentingnya memahami Hukum Semulajadi Kamma 
      ini. Dengan memahaminya, kita dapat mengawal hasil yang menimpa kita 
      dengan mengawal sebabnya (atau puncanya). Kita akan mengetahui bahawa 
      dengan berbuat baik, kita akan mengecapi kebahagiaan, manakala yang 
      berbuat jahat pula akan menghasilkan penderitaan. 
      
      KELAHIRAN SEMULA (REBIRTH)2 
      
      Kita tidak akan dapat 
      memahami fenomena kelahiran semula jikalau kita  tidak memahami Hukum 
      Semulajadi Kamma. Kelahiran semula bergantung kepada Kamma.   
      Dengan fikiran dan perbuatan yang baik dalam hidup ini, kita bukan hanya 
      akan mendapat hasil yang baik dalam hidup inl, bahkan juga mendapat hidup 
      kelahiran semula yang lebih baik apabila tamat hayat ini. 
      
      2.  Buddha telah mengajar melalui 
      pengalamanNya sendiri bahawa terdapat kelahiran semula selepas mati. 
      Istilah Palf bagi kelahiran semula ialah "Punnabhava". Istilah 
      patisandhi juga kerap digunakan dalam beberapa teks Pali. 
      
      Kamma 
      seseorang, baik atau buruk sebenarnya adalah dirinya sendiri.   Kamma 
      ini akan wujud semula dalam satu kehidupan yang lain, sama ada di syurga, 
      neraka ataupun di dunia ini. Ada kes di mana, seseorang yang mempunyai 
      Kamma  yang sangat buruk dilahirkan sebagai haiwan. Cuba kita 
      bayangkan seorang yang sangat kejam sifatnya, tak ubah seperti seekor 
      harimau baik dari segi perbuatan mahupun fikiran. Orang seperti ini 
      mungkin menjadi seekor harimau dalam hidupnya  yang akan datang. Cuba kita 
      bayangkan satu kes yang lain pula - seseorang yang mempunyai tabiat dan 
      kelakuan seperti seekor babi. Bagaimana kita hendak mengharapkan orang 
      seperti itu hidup semula di syurga ataupun sebagai manusia yang normal, 
      baik hati serta senonoh? 
      
      Terdapat lebih daripada 
      satu jenis kelahiran semula. Sejenis kelahiran semula ialah dalam hidup 
      ini sendiri. Sebagai contohnya perubahan perwatakan seseorang daripada 
      jahat kepada baik, atau pun sebaliknya. Kelahiran semula dalam Buddhisme 
      merujuk  kepada  kelahiran semula selepas kematian seseorang, iaitu 
      selepas hayatnya dalam dunia ini telah tamat. Jika kita ingin tahu keadaan 
      hidup yang akan datang, cuba perhatikan cara kita menjalani hidup kita 
      sekarang  ini. Jika kita malas, tidak  mempelajari ajaran Buddha, tidak 
      mematuhl Lima Peraturan Hidup (Five Precepts) dan Jalan Lapan Lapis, sudah 
      tentu kita tidak boleh harapkan kehidupan akan datang yang lebih baik. 
      Sebaliknya jika kita mempelajari serta mempraktik Dhamma, menjadi 
      seorang yang balk hati, mempunyai sifat belas kasihan serta tidak tamak, 
      kehidupan yang akan datang pasti lebih baik. 
      
      Hayat kita dalam dunia ini 
      berlalu dengan cepatnya. Kita sekarang adalah murid-murid di alam 
      persekolahan. Beberapa tahun akan berlalu tanpa disedari kita akan menjadi 
      orang dewasa dan akhirnya meningkat usia menjadi orang tua.  Tidak ramai 
      yang hidup sampai 100 tahun, tetapi walaupun dapat hidup sehingga usia 
      ltu, kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh hidup 
      selama-lamanya. Jadi, kita harus berhati-hati dengan apa yang kita fikir 
      dan lakukan. Perbuatan dan fikiran kita adalah Kamma kita, baik 
      mahupun buruk.  Kammalah yang akan muncul dalam hidup kita yang 
      akan datang. 
      
      Seseorang budak lelaki atau 
      perempuan yang mula hidup dengan jalan yang betul semasa kanak-kanak lagi 
      dan seterusnya menjadi seorang Buddhis yang baik sepanjang hayatnya tidak 
      perlu khuatir tentang kewujudan semula. Tapi pokok persoalannya ialah 
      bilakah kita hendak bermula mengamalkannya. Jika kita menghasilkan benih
      Kamma yang baik dalam hidup ini, kita tidak perlu tunggu sampai 
      mati untuk menerima manfaatnya. Kita akan mengecapi kebahagian dalam hidup 
      ini dan juga hidup yang akan datang. 
      
      MANFAAT DARIPADA BUDDHISME 
      
      Pada zaman ini, kita sering 
      mendengar orang lain berkata "Apakah manfaat yang boleh saya dapati dengan 
      melibatkan diri di dalam aktiviti ini?".  Sering kali, manfaat yang mereka 
      maksudkan ialah dalam bentuk lahiriah misalnya wang, status, kesihatan dan 
      sebagainya. Apakah manfaat yang boleh kita dapati dari mengikuti ajaran  
      Buddha? Jawapannya ialah  badan  atau  akal(mind) kita lebih  sihat kerana 
      menjalani cara hidup cara yang lebih raslonal. Anda akan lebih berjaya 
      dalam pernlagaan anda kerana dapat berfikir dengan lebih baik. Anda juga 
      akan mendapat ketenteraman dan ketenangan jiwa. 
      
      Dalam akhbar, sering kita  
      terbaca tentang kisah kanak-kanak yang nakal. Kanak-kanak seperti ini 
      terpaksa dihantar ke sekolah-sekolah khas bagi "kanak-kanak yang nakal". 
      Apabila kita   bercakap dengan kanak-kanak inl, mereka adalah normal dan 
      tidak ubah seperti  kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka. Mereka 
      adalah nakal kerana telah di abaikan oleh ibubapa mereka atau saudara 
      lebih tua yang tidak mengajar mereka membezakan yang baik dan yang buruk.
      
      
      Ibubapa seperti ini tidak 
      berhak dipanggil Buddhis. Adalah tidak adil mengharapkan kewajipan serta 
      penghormatan kepada ibubapanya jika anak itu tidak dididik sejak dari 
      kecil lagi. Jika ibubapa gagal  untuk menunjukkan teladan yang baik, 
      menjaga anak itu dengan penuh kasih sayang dan mendidiknya ke arah hidup 
      yang lebih baik, terpuji serta bahagia, maka tidaklah adil untuk 
      mengharapkan anaknya menunaikan kewajipan serta penghormatan kepada 
      ibubapa. 
      
      Ramai hakim menyatakan 
      terdapat lebih ramai ibubapa yang "deliquent" berbanding dengan 
      kanak-kanak yang "deliquent". Hidup mengikuti Dhamma haruslah 
      bermula daripada rumah tangga kita sendiri. Ajaran yang diberikan dalam 
      buku ini disesuaikan untuk murid-murid, tetapi perkara ini juga sesuai 
      untuk ibubapa.   Buku ini harus dibaca dengan teliti dan direnung kembali 
      oleh setiap ibubapa yang beragama Buddhis. 
      
      Jika kita berasa tidak 
      bahagia, ini disebabkan kesalahan diri kita sendiri. Jika kita mempelajari 
      serta mempraktikkan Dhamma, menjadi seorang yang baik hati, 
      mempunyai sifat belas  kasihan  serta tidak tamak, kehidupan akan datang 
      kita pasti lebih baik.  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan