Golongan muda atau pasangan yang belum berkahwin tahukah anda Hukum Onani Dan Kesannya Pada Badan.Kenapa ia di larang di sisi islam.
وَالَّذِينَ
 هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا 
مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى 
وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Masalah ini seakan-akan menjadi perkara biasa kepada golongan lelaki namun tidak semuanya.Selepas terbiasa dengan kelakuan seperti ini,seseorang lelaki itu akan mendapati ia sukar dikawal atau sukar diberhentikan.“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki,maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”(Al-Mukminun: 5-7).
Dalam keadaan teruja,ketika anda tidak mengawal perasaan,perasaan syahwat dan anggota kelamin turut menjadi teruja,darah masuk dengan banyak dalam semua organ terbabit iaitu zakar,buah zakar,pundi prostat dan banyak lagi.
Sudah tentu pusat kawalan seks dalam minda anda juga menjadi teruja dan pada masa sama ia menjadi tertekan.Dalam keadaan teruja,fungsi jantung, pernafasan dan otot keseluruhan badan berfungsi ke peringkat luar biasa dan banyak tenaga digunakan.
 
     
Selepas
 selesai,sistem berkenaan dan badan anda secara menyeluruh menjadi 
lemah.Di samping itu produk rangsangan seksual seperti Beta-endorfin, 
Oxitocin dan pelbagai lagi kimia 'neuro' yang tercurah dalam sistem 
kardio-circular anda turut memberi perasaan seronok dan khayalan.                   
Bahan
 ini mudah ditagih dan mendorong anda untuk melakukan lagi amalan 
onani.Anda boleh bayangkan kesudahannya jika perkara itu diulangi secara
 kerap.Tentu anggota tubuh badan yang terbabit dalam proses itu akan 
tertekan.
Cara
 menyelesaikan masalah ini atau sekurang-kurangnya memberi peluang 
kepada sistem tubuh badan yang tertekan akibat onani keterlaluan menjadi
 lega dan berfungsi dengan sempurna ialah apabila amalan itu dihentikan 
atau dikurangkan secara beransur-ansur.
Jika
 rasa tidak memiliki kekuatan minda, emosi dan fizikal untuk 
melakukannya,anda boleh mendapatkan bimbingan kaunselor.Usah biarkan 
tabiat onani menakluki anda.Lawan dan segera mengawalnya dengan aktiviti
 riadah bermanfaat

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan