Barus
 sekejap sampai dari Thailand bersama isteri. Saya menonton salah satu 
chanel berita Malaysia. Saya amat terkejut apabila saluran tersebut 
melapurkan: "Kematian akibat huru hara di Kaherah mencecah lebih 30 
(tiga puluh orang). Polis terpaksa meleraikan penunjuk perasaan selepas 
semua jalan penyelesaian aman menemui kegagalan." Itulah bunyi laporan 
berita di Malaysia. 
 
 Baru tadi saya dengar berita di TV 
Thailand versi Inggeris melaporkan kematian mencecah ratusan. Sekarang 
saya semak berita versi arab di Al-Jazeerah dan beberapa berita lain. 
 
 Menurut sumber dari Hospital Al-Maidani sebagaimana laporan 
Al-Jazeerah, sekurang-kurangnya 300 orang terbunuh dan ribuan yang 
cedera di hospital tersebut. 
 
 Sebagaimana semua maklum, 
berita-berita media eloktronik Malaysia sememangnya di bawah 'control' 
kerajaan. Ini bukan pertama kali, bahkan baru-baru ini berita TV3 yang 
telah melabelkan Mursi sebagai diktator. Sewaktu berita himpunan aman di
 dataran Tahrir dahulu, berita Malaysia melaporkan seramai 60 ribu yang 
berhimpun di dataran tahrir sebagaimana TV Nile Mesir, walhal semua blog
 dan FB serta Chanel2 satelite termasuk Al-Jazeerah melaporkan penunjuk 
perasaan melebih 4 juta. Dahulunya apabila media-media pro amerika 
mengubah istilah pengebom berani mati (Palestin dan Iraq) kepada 
pengebom bunuh diri, maka semua media di Malaysia mengubah 
istilah-istilah tersebut. 
 
 Apabila media-media kerajaan 
menyajikan berita yang berpihak kepada PRO Amerika di Mesir, bukan 
sekali tetapi secara konsisten, maka tidak salah untuk saya meletakkan 
keraguan dan persoalan: "adakah ulat-ulat Amerika bekrkeliaran di dalam 
kerajaan kita khususnya kementerian Penerangan?" Walhal berita dominan 
di peringkat antarabangsa melaporkan sebaliknya. Mustahil pada akal 
wartawan berita-berita media elektronik tidak menemui berita yang  
sebenarnya. Mustahil!!!
 
 Cukuplah rakyat Malaysia diperbodoh dan
 disuap dengan berita-berita palsu dalam dan luar negara. Zaman ini 
adalah zaman berita langit terbuka yang akan merubah landskap politik 
melalui perubahan minda orang ramai. 
 
 يريدون ليطفؤوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكافرون
 
 Maksudnya: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah 
(ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan 
cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).-
 (As-Soff: . 
 
 
Walau bagaimanapun, saya yakin ini adalah petanda bahawa Khilafah baru 
akan naik? Bagaimana ia boleh berlaku dalam konteks politik hari ini dan
 fiqh Islam? Semoga dipermudahkan Allah untuk saya coret selepas ini. 
Insyaallah.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan