Sultan
 ini menghabiskan masa dengan keseronokan yang keji-keji dan membunuh 
orang sesuka hati. Nafsu serakahnya lebih cenderung kepada lelaki yang 
cantik-cantik. Alexander dalam bukunya, 'A New Account of The East 
Indies'- Edinburgh 1727 ada melakarkan kisah seperti berikut:
"Baginda
 ialah peliwat yang hebat dan mengambil ramai orang kaya atau anak 
laki-laki orang Bangsawan, dengan paksa membawa kedalam istananya untuk 
khidmat kesat tersebut. Pedagang Moorish, iaitu pemunggah di kapal saya 
mempunyai seorang anak lelaki yang kacak, pada suatu hari Raja telah 
terlihat dan memerlukan ia untuk catamite. Baginda mengancam bapanya, 
jika dia tidak menghantarnya dengan sukarela, baginda akan 
mendapatkannya secara paksa. Orang miskin tersebut telah mengambil 
anaknya diatas kapal, (lalu) memohon perlindungan dari saya yang telah 
saya janjikan padanya.." ( Winstedt 1932). 
Diberitakan
 ramai lelaki kacak menjadi mangsa kebuasan nafsu Sultan Mahmud ini. 
Kemuncak kezalimannya ialah membunuh isteri orang besarnya iaitu Megat 
Seri Rama. Isterinya, Dang Anum yang mengandung sarat itu mengidam buah 
nangka dalam taman diraja. Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda 
dengan zalim atau kebodohannya telah membelah perut Dang Anum bagi 
melihat betulkah anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan