Seram! Kisah Ular Terkam Jenazah Pelacur | Seksaan dalam kubur itu benar. Tetapi masih ramai lagi yang alpa dengan perintah Allah
 SWT. Banyak kejadian pelik yang Allah tunjukkan kepada kita tentang 
balasan orang yang tidak mengikut perintahNya. Antaranya yang telah 
berlaku di Makkah. Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang berada 
di sana dan menyaksikannya di depan matanya tentang seekor ular yang tiba-tiba berada dalam lubang kubur. Ular tersebut sangat besar dan mampu menelan jenazah dalam sekelip mata. Semoga kisah ini menjadi iktibar kita bersama.
“Dialah yang memperlihatkan kepadamu 
tanda tanda kekuasaanNYA dan menurunkan untuknya rezeki dari langir. Dan
 tiadalah mendapat pengajaran kecuali orang orang yang  kembali kepada 
ALLAH” Surah al-Mukmin, ayat 13.
Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah 
khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia
 merantau ke Mekah untuk menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, 
Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke 
kampung halamannya pada 1997 dan mengajar di sekolah sekolah agama di 
kampung kelahirannya. Lantaran ingin berkongsi pengalaman menarik ketika menetapa di Mekah, Ustaz Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan wartawan Mastika, Norimanah Seman.
Perkuburan Ma’ala di Mekah yang terletak 
berhampiran makam Siti Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam
 nada cemas dan menjerit jerit  menyebabkan tumpuan  saya yang ketika 
itu sedang solat, terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami
 solat Asar juga tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak
 dapat bersolat dengan khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun ada.
“Tolongggggggg, anak saya!” jerit seorang
 wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan liang kubur. 
Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan 
diserahkan kembali kepada emaknya.
“Apahal ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
“Apahal ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
Saya berjalan menghampiri penjaga  kubur,
 Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia seorang saja yg berani berdiri di 
situ sedangkann orang ramai yang mengiringi jenazah sudah lari 
bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat 
cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.
“Apa masalahnya, ni?” tanya saya dalam 
bahasa Arab. Lelaki itu hanya menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu
 berkata apa apa. Seekor ular besar dengan mulut ternganga luas 
hingga menampakkan taring tajam yang panjang kelihatan tersembul di 
pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar pemeluk orang 
dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa tapak 
apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah 
yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang.
 Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam 
semula dengan mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya 
memgucap panjang apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung 
tajam ke arah jenazah yang diletakkan di atas pengusung.
“Ya Allah, janganlah mayat tu ditelah,” 
doa saya. Hati bertambah bimbang apabila melihat mulut ular itu 
terngangga luas boleh memuatkan sebuah motosikal. Serentak mereka 
mengundur untuk menyelamatkan diri. “Kalau kecil boleh juga saya kais dengan kayu.
 Tapi iiiiii ni besar, mulutnya saja sama besar dengan lubang kubur. 
Kalau saya masukkan juga jenazah itu bukan kebumi namanya tetapi campak 
ke rahang ular,” kata Ahmed, tercunggap cunggap.Orang ramai lari 
bertempiaran. Ada  yang terjerit jerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang kubur itu.
 Ahmed berjalan ke sebuah  lagi kubur , lima meter saja jaraknya dari 
kubur tadi. Perlahan lahan  dia menarik penutup nya yang diperbuat 
daripada batu.
Di Mekah kedaan kuburnya  yang berlainan 
dengan  di Malaysia. Disana lubang kubur sudah siap digali dan disimin 
dindingnya kecuali lantai. Dan disimin dindingnya kecuali lantai. 
Setelah jenazah di kebumikan ia ditutup semula. Pintunya diperbuat dari 
besi atau  batu. Setahun kemudian kubur itu akan dibuka semula untuk 
diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga seratus.
 Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam  lubang itu jika jenazah yang 
ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal tulang. Tulang 
tulang itu akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah baru.
Ahmad membuka lubang  tersebut dengan 
berhati hati. Apabila terbuka sepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg 
 sama terpacul lagi ditengah tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke 
belakang, kawan kawan nya lari lintang pukang. “Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan,  tedung  pun bukan, anaconda tidak mungkin.
 Ular apa ni bang” bisik saya pada abang. “Inilah agaknya ular al-Syujak
 al-Aqra seperti yg pernah nabi sebut sebut dalam sabdanya, yang akan 
menyiksa sesiapa yang meninggalkan solat dan melakukan maksiat,” kata 
abang. Aneh sekali, bagaimana ia boleh berada di dalam lubang kubur itu.
“Tutup balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed beralih pula ke kubur  lain. Dia mengagak  lubang itu sudah dua tahun tidak digali semula.
 Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani mendekati. Mereka hanya 
berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami berenam, Ahmed dan kawan 
kawannya, abang serta saya.
SYYYYYYYYYYY!! Bunyi desiran dari arah 
lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya 
segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing masing 
terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada
 lagi bunyi yang kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi  pasir runtuh agaknya,” 
beritahu Ahmed sambil tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas 
mengajak kawan kawannya menyambung kerja. Perlahan lahan mereka 
membuka penutup lubang kubur hingga terbuka luas. “Alhamdulillah …” 
Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yang menganga di muka lubang.
 Di bahagian dasar lubang hanya tinggal tengkorak dan beberapa tulang 
yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam kubur untuk mengumpul tulang 
tulang itu  dan diletakkan di sudut, kemudian naik semula untuk 
mengangkat jenazah wanita itu.
Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan 
kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke tepi lubang. Saya hanya 
memerhati sahaja mereka melakukan kerja. “Berhenti!!!!” tiba tiba Ahmed 
menjerit.  Dua orang kawannya yg memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris
 jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir.
 Mereka hanya tercegat memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak 
percaya dengan apa yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi.
“Subhanallah ….. ular lagi,” terpacul 
dari mulut saya. “Kamu pasti ular itu tidak ada disitu, tadi?” tanya 
abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular yang terbuka luas. Di 
wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab 
peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya.
 Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya,
 tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilalui oleh ular 
sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.
“Mungkin tanah haram tak mahu terima 
jasadnya,” kata abang. Ahmed mengangguk dan bersetuju dengan kata kata 
abang. “Kalau begitu mengapa tak dikebumikan  saja di Jeddah?” saran 
saya kepada Ahmed. “Seharusnya begitu, mungkin ada yang tak kena,” kata 
abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah halal yang paling hampir.
 Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta untuk bersama sama mengiringi
 jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah merangkak senja 
jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan 
dengan selamat.
Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada 
lain yang kami bualkan kecuali kejadian itu. Saya benar benar insaf dan 
gerun akan kekuasaan Allah. “Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat.
 Namun tidak mustahil ALLAH akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak 
lain sebagai ingatan pada yang masih hidup,” tegas abang. Kata kata itu 
membuat saya berfikir kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami 
alami. Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal 
usulnya. Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai 
jururawat di Hospital Aziziah. Ia   memang seorang yang  rajin, taat, 
cantik dan lunak suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila
 malam menjelma, pakaian seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah 
lah kecantikannya yang meruntun hati setiap lelaki yang memandang.
Bibirnya, mata, rambut ikal mayang, 
berkenig lebat dan berhidung mancung menjadi bonus untuk memikat 
hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan nya untuk 
mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada cerita kawan kawannya yang
 saya temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi ‘perawat jiwa’ kelas atasan.
 Setiap malam dia menerima jemputan daripada saudagar kaya yang 
menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada 
siapa yang mengetahui.
Namun hari tidak selalu panas, kadang 
kadang hujan ditengah hari. Di tengah kemashuran namanya meniti di bibir
 para hartawan, wanita itu diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat 
moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad 
tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia kan bercerita segala kegiatannya selama ini.
 Peristiwa itu sesungguhnya  menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan 
dipermainkan, sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, 
katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur beginda 
bersabda:
“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini 
sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa 
kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak 
membersihkan dirinya daripada air kencing.”
Itu baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat seksa kubur yang cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur, tentunya lebih azab lagi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan