(Fasal)
Ini suatu fasal mewajib atas semuanya atau ibu bapanya mengajarkan
isterinya dan akan anaknya hukum haid dan nifas dan wiladah istihadah
(bermula) erti haid itu darah yang keluar daripada perempuan yang sampai
umurnya sembilan tahun atau lebih sekurang-kurangnya sehari semalam dan
sebanyak-banyaknya lima belas hari dan malamnya lima atau enam atau
tujuh hari maka dinamakan darah haid (dan erti) nifas itu darah yang
keluar kemudian daripada selesai keluar anaknya maka sekurang-kurangnya
satu titik dan sebanyak-banyaknya enam puluh hari dan ghalibnya empat
puluh atau dua puluh dan lebih kurang daripadanya (dan erti) wiladah
beranak jika tiada berserta darah dan sekeliannya mewajibkan mandi
diangkatkan hadasnya daripada haid atau daripada nifas atau daripada
wiladah dan wajib meninggalkan sembahyangnya dan puasa dan membaca quran
dan berhenti di dalam masjid (dan erti) istihadah itu darah penyakit
yang keluar dari bukan masa haid dan nifas seperti darah yang lebih
daripada sebanyak-banyak haid dan nifas maka dinamakan darah istihadah
maka tiada dimenegahkan daripada sembahyang dan puasa dan mengambil
kesukaan oleh suaminya
Sulmu Al-Mubtadi (M/S: 8)
28 April 2009
Surau Kg. Jawa
Meskipun haid dan sekelompok dengannya tidak berlaku kepada golongan lelaki namun mengetahuinya adalah wajib untuk mengajar ahli keluarga terutama isteri dan anak perempuan kerana boleh menyebabkan dosa isteri dan anak perempuan mereka juga tertanggung oleh si suami. Betapa pentingnya ilmu ini juga dapat dilihat apabila si isteri yang keluar daripada rumah tanpa kebenaran suaminya untuk mempelajari ilmu ini tidak dikira nusyuz. Kekeliruan perbezaan antara haid dan sekelompok dengannya juga boleh menyebabkan dosa kerana silap mandi.
Haid seperti yang diterangkan dalam kitab ini merujuk darah yang dikeluarkan oleh seorang perempuan ketika umurnya 9 tahun atau ke atas dan paling awal dikira 16 hari sebelum masuk umur 9 tahun. Sekiranya keluar lebih awal daripada itu maka masih belum diwajibkan ke atas mereka perkara wajib seperti solat selepas tamat tempoh haid tersebut. Sekiranya telah keluar sekali maka dibenarkan mengikut adat iaitu tempoh jika bulan ini keluar 7 hari maka bulan hadapan juga 7 hari. Cara memeriksa haid tersebut berhenti adalah dengan memasukkan kain putih atau kapas ke dalam kemaluan dan pada kain atau kapas tersebut tiada warna darah seperti merah, kuning, atau seumpama dengannya dan kain tersebut berwarna putih. Tempoh darah haid keluar ialah 24 jam dalam 15 hari. Sekiranya kurang maka perlu qadha kembali solat yang ditinggalkan.
Antara perkara yang tidak boleh dilakukan ketika haid ialah solat, puasa, memegang Al-Quran, tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur. Namun dalam keadaan haid boleh dibaca ayat Al-Quran selagi tidak diqasad membacanya seperti membaca zikir amalan, untuk perlindungan gangguan makhluk terutama memasuki tempat yang mencurigakan hingga tegak bulu roma, dan untuk tujuan perubatan*. Mereka yang haid juga tidak dibenarkan untuk tinggal atau menetap di dalam masjid dalam erti kata berhenti seketika dalam masjid selepas masuk ke dalamnya. Hanya dibenarkan untuk menetap di tempat yang tidak dilakukan solat seperti di tangga dan kolah masjid. Dibenarkan untuk melalui dalam masjid dengan masuk pintu yang berbeza dengan pintu keluar selagi mana wanita itu tidak berhenti seketika dan tiada darah yang menitik di dalam masjid.
Nifas ialah darah yang keluar selepas bersalin tidak kira lahir secara normal atau melalui pembedahan sekurang-kurangnya setitik. Syarat darah tersebut mestilah bayi tersebut telah keluar sepenuhnya tanpa tinggal sedikit juzuk dalam badan si ibu. Sekiranya darah yang keluar sebelum itu dinamakan darah tolaq dan masih diwajibkan ke atas wanita tersebut untuk menunaikan kewajiban seperti solat dan lain-lain sekiranya darah ini keluar. Sekiranya darah nifas tidak keluar pada waktu kelahiran dan darah tersebut keluar dalam tempoh tujuh hari selepas kelahiran maka wajib ke atas wanita tersebut mandi nifas. Tempoh paling lama darah ini keluar adalah 60 hari dan selalunya dalam tempoh 20 hari atau 40 hari. Selepas darah nifas berhenti diwajibkan mandi dan perlu melaksanakan perkara wajib seperti solat dan lain-lain.
Wiladah berlaku apabila seseorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah. Perkara ini berlaku pada anak Baginda Nabi Muhammad S.A.W; Fatimah ketika melahirkan anak. Wajib ke atas wanita tersebut untuk mandi wiladah selepas melahirkan anak dan diwajibkan untuk menunaikan perkara wajib seperti solat dan lain-lain. Sekiranya darah keluar dalam tempoh 7 hari selepas itu maka dinamakan darah tersebut darah nifas dan sekiranya darah keluar pada hari ke-8 dan seterusnya dinamakan darah haid.
Darah istihadah adalah darah penyakit yang keluar dalam keadaan abnormal melebihi 15 hari. Keadaan wanita yang keluar darah istihadah wajib melakukan perkara-perkara yang wajib seperti solat dan sebagainya. Sekiranya mengikut adat, seorang wanita yang haidnya pada hari pertama hingga ke-7 pada setiap bulan tiba-tiba keluar darah dari hari ke-10 hingga ke-16 maka diwajibkan ke atas wanita tersebut qadha kembali solatnya untuk hari ke-10 hingga ke-16. Seorang suami boleh meniduri isterinya ketika darah istihadah keluar dari isterinya.