Sabtu, 5 April 2014

BANGSA CINA KAPIAQ LEBIH FAHAM LAGI DARIPADA UMAT ISLAM.

Sekali dengar seperti tidak percaya. Namun itulah adegan yang disifat mengusik lubuk hati orang Melayu. Maka dicatat dalam sejarah 6 Januari lalu, laporan koran (media) menyebut seorang lelaki Melayu naik berang selepas seorang pelayan kedai menjual arak enggan melayannya untuk membeli arak.
Laporan itu menyebut: "Pada pukul 12.20 malam, seorang lelaki dikatakan naik berang setelah pelayan di sebuah kedai minuman enggan melayan permintaannya untuk membeli arak. Lelaki itu menggertak untuk menahan semua pelanggan yang berada dalam premis itu dan bertindak membatalkan lesen kedai." – Lihat Utusan Malaysia 10 Januari 2007.
Rakan sebuah akhbar berbahasa Cina mengakui seorang pemberitanya berada di lokasi tempat kejadian berlaku. Menurutnya lelaki berkenaan menyedari aksinya dirakamkan.
Keesokan harinya terpampang berita dalam akhbar berkenaan. Namun akhbar Melayu menyusul dua hari kemudian. Sedih benar bagi penduduk Kelantan sekiranya dakwaan itu benar. Sedangkan dalam surah al-Baqarah ayat 219 Allah mengingatkan:
“Mereka itu bertanya kepada engkau dari hal tuak (arak) dan judi. Katalah: Pada keduanya itu dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.”
Cuba pula teliti Hadis Nabi Muhammad s.a.w.:
Dari Aisyah r.a katanya: "Rasullah s.a.w pernah ditanya tentang minuman keras yang terbuat daripada madu bernama bit’i. Baginda bersabda: 'Setiap minuman yang memabukkan adalah haram (terlarang).'"
Peringatan keras terhadap minuman arak juga dapat dilihat dalam Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 kerajaan Kelantan di bawah tajuk Syurb. Fasal 22 (i) menyebut syurb adalah kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan; dan sesiapa yang melakukan kesalahan ini, sama ada dia mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukum sebat lebih daripada 80 kali dan tidak kurang daripada 40 kali.
Laporan akhbar itu juga menyebut pelayan kedai berkenaan yang dikenali sebagai Boon memberitahu lelaki itu turut mengaku sebagai pegawai pasukan keselamatan sambil mengeluarkan kad kuasa. Akibat kejadian itu, pemilik kedai terbabit mendakwa mengalami kerugian apabila pelanggan yang diancam meninggalkan premis berkenaan.
Biar pun begitu kita tabik kepada Ketua Polis Kelantan, Dato’ Zulkifli Abdullah yang menegaskan tindakan tatatertib akan diambil terhadap mana-mana pegawai yang menyalahgunakan kuasa.
Namun kita berharap kisah itu sekadar kes terpencil, yang tidak menggambarkan keseluruhan pasukan keselamatan. Ada pula rakan-rakan mengusik tidak ramai pegawai minat berkhidmat di Kelantan kerana kekangan-kekangan sosial seperti itu.
Di Kelantan premis menjual arak hanya dibenarkan kepada bukan Islam dan orang Islam dilarang masuk. Lesen premisnya dilulus berdasar kepada keperluan penduduk bukan Islam.
Berdasarkan kepada pengakuan Boon kepada media, jelaslah dalam dirinya ada integriti. Dia mematuhi permit ditetapkan pihak berkuasa tempatan, tahniahlah peniaga seperti Boon.
Kalau di negeri lain, ada rakan mengusik macam-macam alkisah berlaku. Kalau dibelek-belek akhbar ada pegawai kerajaan ditukar serta merta kerana ketua kerajaan tidak berpuas hati terhadapnya. Sebab itulah di Kelantan pentadbiran kerajaan negeri berteras kepada pengabdian kepada Allah (ubudiah), bertanggungjawab (masuliah) dan kecemerlangan (itqan). Ia mementingkan sikap kebertanggungjawaban kepada pencipta dan bukan sekadar terhadap sesama manusia.
Bukan lagi sekadar slogan bersih, cekap dan amanah yang tidak dihubung jalin dengan akhirat. Rakyat Kelantan mengharapkan sifat ubudiah itu benar-benar tercerna, bukan sekadar pemimpin utama negeri, sebaliknya pegawai dan kakitangan bawahannya. Kita tabik kepada pegawai bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawabnya.
Lebih menarik lagi amalan agama tidak dikesampingkan. Tetapi malangnya ada sesetengah kes ketegasan dipamerkan pula tidak bertempat. Ada anak buahnya cerita selepas solat sunat Dhuha, terus maki hamun. Kita pun hairan, amalan agama sudah bagus tetapi perbuatan kurang Islamik.
Harap-harap kisah lama itu sudah tidak wujud lagi. Begitu juga bagi pemimpin politik, kadang-kadang kita keliru di antara agenda rakan-rakan dan kerajaan. Biarlah apa yang kurang menarik itu kita tinggalkan selepas menjejaki tahun 1428 Hijriah. Isu ada pihak mahu guna kembali tema Maal Hijrah menggantikan Hijratul Rasul bukan lagi menjadi persoalan pokok.
Kecemerlangan Islam akan terpancar juga, kalau kita benar-benar ikhlas. Jangan pula ketika rakyat sudah ditarbiah dengan kehidupan beragama, ada tangan lain mengait dari belakang.
Ada baiknya diteladani usaha calon Bebas Ng Chee Pang, 21 menyuburkan demokrasi di Batu Talam, biar pun awal-awal lagi terkesan tidak mampu menang. Sekadar enggan memberi kemenangan percuma buat Abdul Aziz Kiram, 47.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin