GAYA HIDUP SIHAT
Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana
ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu ,
institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah
satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara
contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang,
aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan
manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan
persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif
ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.
Kepentingan Gaya Hidup Sihat.
a) Memastikan tahap kesihatan yang baik
Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini
sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik.
Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada
kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara
kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan.
Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan
berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah
menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia
menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina.
Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan
risiko menghadapi penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita
sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi
yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada
penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit
jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup
yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol.
b) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan
Seterusnya,
gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta
sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya,
amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan
tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap lebih
prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat
dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang
lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi
kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini
adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan
kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi,
vandalisme dan sebagainya.
c) Mendisiplinkan masyarakat
Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang
disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya,
seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga
kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan
kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus
tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat
dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan
melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang
sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi
seseorang.
Kepentingan Gaya Hidup Sihat Yang Lain..
a) Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat melahirkan sebuah negara yang maju.
b) Mewujudkan keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial, dan psikologi secara optimum.
c) Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat.
d) Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.
Langkah- Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan