Khamis, 3 April 2014

PAKATAN RAKYAT TIDAK MEMIKIR NASIB RAKYAT MALAYSIA.

KENYATAAN DATUK DR HASAN ALI BERHUBUNG NASIB RAKYAT SELANGOR DI BAWAH PIMPINAN PEMBANGKANG

Sejak Pakatan Rakyat mentadbir beberapa negeri termasuk Selangor banyak pihak telah membuat berbagai penilaian yang akhirnya menjurus kepada kedudukan Melayu Islam di Pulau Pinang dan Selangor khususnya sedang terancam.

Ancaman yang paling ketara ialah tentang kedudukan Melayu Islam itu sendiri sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan yang secara terang dan jelas tidak merupakan agenda utama Pakatan Rakyat. Malah manifesto Pakatan Rakyat setebal 35 mukasurat tidak mengandungi satu patah perkataan pun yang merujuk kepada Melayu. Pimpinan Pakatan menjelaskan lagi hasrat kerajaan Pakatan untuk mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan hak Melayu Islam dalam berbagai bidang seperti yang diketahui hampir kesemuanya mereka ketinggalan.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed adalah di antara pemimpin negara yang terakhir menyentuh perkara ini. Beliau secara berterus terang memberi amaran bahawa Melayu Islam semakin terhakis dan akan pupus di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat terutama di Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sudah tentu mempunyai hujah tersendiri untuk menafikan gambaran kepupusan Melayu Islam di negeri itu. Tetapi setelah berpengalaman 4 tahun penuh sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor saya mempunyai hujah tersendiri pula untuk mengiakan kenyataan-kenyataan yang dibuat selama ini termasuk yang terakhir daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Beberapa Badan Berkanun seperti PKNS yang ditubuhkan untuk membantu kaum Bumiputera meningkatkan taraf kehidupan di kawasan-kawasan bandar termasuk dalam hal perumahan telah diberi fokus baru oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu. 

Kini atas nama meningkatkan nilai hartanah milik Melayu, PKNS di arah untuk beroperasi sebagai pemaju berwibawa yang boleh bersaing dengan pemaju-pemaju ternama untuk merebut peluang mendapat keuntungan dalam projek-projek hartanah di kawasan-kawasan Melayu. 

Projek Datum Jelatek umpamanya  dengan nilai RM135-RM160 sekaki persegi sudah tentu tidak dapat membuka ruang bagi orang Melayu untuk menyertai projek sedemikian. Digambarkan dua blok Datum Jelatek telah dijual kepada rakyat Singapura dan yang selebihnya ditawarkan kepada rakyat China. Bukan sahaja cara ini memencilkan Melayu dalam dunia pembangunan sebaliknya dari segi demografi akan menjadikan Melayu terus hidup dipinggiran dan meneruskan budaya pinggiran mereka.

Banyak tanah-tanah yang memang telah diberi milik kepada agensi-agensi negeri seperti Yayasan Selangor dijangka akan berpindah tangan ke bangsa lain untuk bebagai tujuan. Sedangkan seperti yang diketahui Yayasan Selangor ditubuhkan adalah untuk membantu pelajar-pelajar luar bandar mendapat peluang belajar di sekolah-sekolah ternama dibandar-bandar besar di sekitar Lembah Kelang. 

Seperkara lagi daripada pengamatan saya, banyak syarikat-syarikat milik Melayu Islam termasuk individu-individu peniaga mendapati sukar untuk terus memajukan usaha perniagaan masing-masing di Selangor. Kebanyakan mereka dilabel dan dituduh sebagai kroni-kroni Umno dan berikutan dengan itu ruang dan peluang yang ada seolah-olah ditutup rapat akibat gejala politik dendam dijadikan asas pertimbangan. 

Sedangkan pada masa yang sama usahawan-usahawan bukan Melayu Islam termasuk daripada negeri China dialu-alukan dan diberikan ruang serta peluang seluas-luasnya untuk mengembangkan perniagaan mereka di Selangor. Padahal seperti yang diketahui usahawan-usahawan yang dinafikan ruang penyertaan mereka telah banyak memberi sumbangan kepada kemajuan negeri Selangor termasuk memberi tapak dan ruang kepada ahli-ahli profesional dan pekerja-pekerja Melayu Islam untuk menceburkan diri di sektor-sektor moden dalam dunia perniagaan.

Di bidang agama pula sebagai mantan Exco yang diberi tanggungjawab melaksanakan Islam di negeri itu, saya tidak mendapat galakan dan sokongan yang sewajarnya daripada Kerajaan Negeri. Tindakan yang saya dan JAIS ambil untuk mengurangkan penggunaan arak, judi, rumah urut dan hotel-hotel bajet yang dikatakan menjadi sarang maksiat telah ditentang oleh DAP, PKR dan PAS sendiri. 

Ini termasuk peristiwa DUMC dalamana lebih 50 orang Melayu Islam diundang berbuka puasa dalam persekitaran gereja. Aturcara dari awal hingga akhir dikatakan berunsur ajaran Kristian. Penglibatan saya dan JAIS dalam peristiwa ini juga mendapat tentangan daripada pentadbiran negeri termasuk PAS yang sepatutnya tampil dihadapan mempertahankan akidah umat Islam.

Seperkara lagi saya mendapati ruang dan peluang untuk mengamalkan Islam diperingkat diri dan keluarga memang ada. Masjid-masjid dan surau-surau berjaya diimarahkan sewaktu saya menjadi Exco. Menteri Besar sendiri telah menyentuh perkara ini. Tetapi yang juga penting ialah persoalan mencegah kemungkaran bukan sahaja menggalakkan yang maaruf sahaja. Seperti yang diketahui asas dakwah ialah menghidupkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar. 

Sewaktu menjadi Exco, cadangan saya untuk melaksanakan sebahagaian peruntukan Enakmen Jenayah Syariah seperti mencegah aktiviti khalwat tidak dialu-alukan langsung oleh kepimpinan negeri. Mereka menjadikan kebebasan individu dan hak asasi manusia sebagai alasan. Bahkan mereka menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak seharusnya terlibat dalam hal-hal yang diistilahkan sebagai “social-policing”. Gejala maksiat yang berleluasa bertambah menyemarak sekiranya komponen nahi mungkar ini tidak dapat dikendalikan dengan sempurna. Inilah yang berlaku di negeri Selangor. 

Saya boleh memberikan peristiwa demi peristiwa dan contoh demi contoh. Tetapi ini bukanlah hasrat saya. Apa yang ingin saya gambarkan ialah memang terdapat secara jelas atau secara berselindung tindakan memencil, meminggir, menafikan hak-hak Melayu Islam dan mepupuskan mereka dalam rangka jangka panjangnya. Rakyat Selangor mungkin tidak sedar tetapi bagi mereka yang terlibat secara langsung ataupun pernah berurusan dengan agensi-agensi tertentu maka mereka akan mendapati ulasan-ulasan yang pernah dibuat mengenai Melayu Islam di Selangor bukan dongengan, bukan khayalan dan sama sekali bukan fitnah. 

Seperti juga pimpinan-pimpinan yang lain termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, saya mempunyai alasan tersendiri untuk menyatakan bahawa Melayu Islam berada dalam situasi yang kritikal di negeri Selangor. Untuk mengharapkan kerajaan Pakatan Rakyat mengubah keadaan ini boleh dikatakan jauh panggang dari api. 

Hanya kuasa rakyat yang boleh merubah keadaan dan hanya dengan kuasa rakyat juga yang dapat mengembalikan kedudukan asal Melayu Islam disamping menentukan mereka terus diberi ruang dan peluang untuk bersaing mendapatkan tempat yang wajar dibumi tempat tumpah darah mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin