Ahad, 6 April 2014

BENARKAN RAKYAT SATU MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA TVRO DI NEGARA MALAYSIA.

SEBAGAI rakyat Malaysia, kami ingin tahu daripada pihak yang berkenaan mengapa rakyat tidak dibenarkan memasang parabola di kediaman masing-masing.
Pada pandangan kami, pihak berwajib sepatutnya membenarkan rakyat memasang parabola kerana ia boleh memberi kebaikan kepada rakyat untuk mengetahui perkembangan berita semasa.
Selain itu, rakyat juga akan berpeluang mengikuti berita luar negara dalam pelbagai bahasa yang boleh difahami dan dipelajari mereka.
Malah di negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina, Laos, Myanmar, Vietnam dan Arab, pihak pemerintah membenarkan rakyat memasang parabola di kediaman masing–masing dengan memberi lesen yang sah.
Sebagai rakyat negara ini, kami pun ingin membeli dan memasang parabola di kediaman kami seperti rakyat negara lain.
Bagaimanapun kami berasa takut dan musykil untuk memasang parabola di kediaman kami dan ingin mendapatkan penjelasan pihak telekomunikasi terlebih dahulu.
Kami bimbang, jika kami memasang parabola, ia akan dirampas oleh pihak berkuasa selain dikenakan denda serta diheret ke mahkamah.
Namun kami ingin mempersoalkan kenapa dalam pihak berkuasa melarang rakyat memasang parabola, ada sesetengah pihak mengambil kesempatan memasang parabola di kediaman masing-masing secara tersembunyi dan haram.
Kami ingin tahu kenapa pihak telekomunikasi memberi lesen kepada universiti, kedutaan asing dan orang kenamaan memasang parabola. Malah Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang juga memasang parabola di belakang padang USM.
Kami juga tidak berpuas hati apabila terdapat sesetengah rakyat dengan berani memasang parabola secara haram dan terlepas daripada sebarang tindakan.
Kebanyakan yang memasang parabola adalah kaum Cina.
Perkara ini dapat dilihat di banyak tempat seperti rumah teres atau rumah dua tingkat terutamanya di pekan atau bandar raya.
Mengapa kami tidak dibenarkan menggunakan kemudahan yang sama di kediaman kami?
Kami juga membayar hasil cukai kepada kerajaan seperti pihak lain.
Kami tidak membantah jika undang-undang kerajaan laksanakan adalah betul tetapi terdapat perbezaan di mana orang kenamaan dibenarkan memasang parabola sedang rakyat biasa dilarang berbuat demikian.
Sehubungan itu, kami meminta kerajaan membenarkan rakyat memasang parabola di kediaman masing-masing.
Kami berharap kerajaan akan mempertimbangkan permohonan kami supaya semua rakyat tanpa mengira kedudukan dan taraf dapat menikmati kemudahan menggunakan parabola.
– RAKYAT PRIHATIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin