|  | ||
| Credit : shafiqolbu | 
Seperti yang kita sedia tahu sekarang ni jerebu melanda hampir 
keseluruhan semenanjung Malaysia dan Singapura. Antara tempat paling 
teruk terjejas adalah Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan sekarang jerebu
 meluaskan jajahannya ke Selangor dan KL. Punca utama jerebu kali ni 
adalah dari pembakaran hutan di Riau, Indonesia. Seingat aku, masalah 
jerebu ni bukannya baru. Boleh dikatakan kerap jugak, dan puncanya 
sama-pembakaran hutan. Hutan ni bukan terbakar sebab panas ke apa ke, 
tapi dibakar untuk melapangkan kawasan tanah untuk  diusahakan. 
Masing-masing dok tuding jari sana-sini. Orang Malaysia salahkan 
Indonesia, orang Indonesia salahkan kita balik. Diorang kata projek tu 
kepunyaan syarikat-syarikat perladangan Malaysia. Sape betul pun tak tau
 la..
Anyway, kenapa aku mulakan entry ni dari sepotong ayat dari surah 
ad-Dukhan, ayat 10? Jawapannya adalah kerana sejak jerebu melanda ramai 
betul yang post ayat dari surah tersebut, terutama dari ayat 10 hingga 
12. So, aku pun buat la research sikit memandangkan kalau perkara 
berkaitan agama ni memang tak boleh main lanyak je apatah lagi yang 
melibatkan al-Quran. Ad-Dukhan bermaksud kabus, jerebu atau asap dan 
merupakan surah ke 44 dalam al-Quran. Cuba baca tafsir dia sekali, 
memang akan ada rasa sesak nafas sikit!
So cmane? Perkara pertama yang terlintas di fikiran aku, what if ujian 
jerebu ni adalah bala yang Allah turunkan ke atas kita di atas dosa-dosa
 dan karat jahiliyah yang kita lakukan?  Kita ni beruntung sebagai umat 
Muhamad. Kita banyak buat dosa pun Allah masih beri kita peluang 
bertaubat. Sayangnya lah Allah kat kita. Bayangkan kaum Nabi Luth yang 
Allah musnahkan kota mereka dengan hujan batu. Kaum Nabi Nuh yang 
ditenggelamkan banjir besar. 
Baru-baru ni isu Syiah di Malaysia mula mencuri perhatian. Ajaran Syiah 
dikatakan mula tersebar. Tapi tu isu baru, yang masih malu-malu nak 
muncul. Macamana dengan isu yang memang dah lama bertapak? Isu 
murtad..isu LGBT..isu buang bayi..isu jenayah yang makin hari makin 
dahsyat. Takkan kita nak pejam mata je tengok maksiat berleluasa. Kita 
makin menghampiri kategori umat akhir zaman tapi ramai yang masih hanyut
 dalam noda dan dosa. Kata nak syurga, tapi kita seolah-olah menempah 
tiket first class ke neraka.
Sewaktu entry ini ditaip, ada beberapa kawasan yang mula hujan. 
Masing-masing dok upload gambar hujan melalui laman sosial. Tak 
dinafikan, kita kadang-kadang 'membenci' hujan. Kerana di bandar-bandar 
seperti KL, hujan dan traffic jam memang 'kawan baik'. Bagi mereka yang 
bertani dan ke laut, hujan seolah-olah menyekat pendapatan. Tapi kali 
ini hujan dinanti-nanti. Sampai wujud saranan diadakan solat istisqa 
atau solat minta hujan. Rata-rata orang post doa mintak hujan kat FB. 
Kenapa? Sebab kita sesak dengan cuaca panas. Sebab kita rimas dengan 
udara kotor. Selama ini kita tak terdetik hati nak rasa bersyukur atas 
nikmat oksigen yang Allah beri pada kita dengan percuma. Alhamdulillah, 
ada hikmah di sebalik jerebu ni. Sememangnya manusia akan menghargai 
sesuatu apabila kehilangannya.
|  | 
| Credit pix | 
Tapi andainya hujan ini berlarutan sampai membawa musibah lain seperti 
banjir atau tanah runtuh, apa agaknya reaksi kita? Adakah kita akan lupa
 pada nikmat air yang Allah turunkan dari langit untuk hamba-hamba-Nya? 
Adakah keluhan dan rungutan akan menggantikan kalimah syukur yang sedang
 rancak meniti di bibir? Korang tanya lah diri korang sendiri.
Dan selepas jerebu mula hilang, apa seterusnya? Kita akan kembali leka? 
Atau terus mendera bumi yang makin sakit ni sehingga bencana lain pulak 
muncul?
Jarang betul kan aku taip entry yang serius dan Islamic macam  ni..sebab
 aku sedar diri. Aku ni pun kalau nak diikutkan bukannya baik mana. Dari
 soal aurat, ibadah atau akhlak, aku sebenarnya masih lemah. Tolong 
tegur aku kalau aku buat silap ye..
Semoga Allah beri kesempatan untuk kita bertemu dengan Ramdan..countdown 13 hari lagi!
P/s: Kita rasa  kita sengsara, tapi cuba bayangkan rakyat di Indonesia 
yang terjejas kerana jerebu dan bahang api dari hutan yang terbakar. 
Sekurang-kurangnya kita ada rumah yang 'sempurna' dan kita mampu untuk 
beli penutup muka. Kemudahan kesihatan juga dekat dan mudah andai kita 
sakit. Tapi diorang..dengan atap bocor dan dinding berlubang..itu pun 
kalau diorang ada rumah la. Kita..masih nak merungut?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan