1) Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar,seeloknya menggunakan air.
2)
    Ketika haid,wanita dinasihatkan  kerap menukar tuala wanita  
terutama pada hari-hari yang banyak darah.Ini  kerana darah merupakan  
media yang sesuai untuk kuman membiak.  Bagi  wanita yang menggunakan  
tampon mereka perlu ingat untuk menukarkannya.
3)
    Seluar dalam perlu ditukar setiap  hari dan pada hari-hari  
mengalami keputihan, lebih baik memakai panty  liner  supaya ia tidak  
melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan  ketidakselesaan.
4)
    Elakkan dari menggunakan sabun  atau menyapu shower gel pada  alat 
kelamin kerana ia mungkin menyebabka n  kekeringan dan iritasi  kulit 
dan menjadi gatal. Sesetengah wanita  sensitive dan alah pada  pewangi 
dan buih sabun.
5)
    Pasangan suami isteri diggalakkan  membersih alat kelamin  dengan 
air sebelum dan selepas hubungan kelamin  untuk kebersihan yang  
optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang  setengah jam selepas  
hubungan seks untuk mengurankan risiko jangkitan  kuman pada pundi  
kencing.
6)
    Elakkan dari sering mengamalkan  douching iatu iatu memasukkan  jari
 atau pancutan ke dalam faraj  dengan  dengan tujuan membersihkan  
bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan  menyingkirkan sejenis bacteria
  loctobacili dari faraj di samping  mendedahkan faraj dan bahagian luar
  kemaluan kepada bahan kimia yang  boleh mengakibatkan iritasi kulit.
7)
    Selain dari itu,bengkak nanah  dikaitkan dengan jangkitan kuman  dan
 pesakit mengadu sakit serta  demam.Rawatan adalah secara incisional  
dan drainage untuk menggeluarkan  nanah dan pengambilan antibiotic.  
Bisul juga boleh terjadi pada wanita  yang sering bercukur.  Oleh itu  
kebersihan pencukur perlu  dititikberatkan. Wanita yang mengalami 
keputihan dengan penjagaan alat sulit  seharusnya  perlu tahu membezakan
 antara keputihan biasa dan yang  berpenyakit.  Keputihan normal boleh 
berlaku pada waktu waktu berikut  seperti  beberapa hari sebelum haid, 
ketika ghairah seks, kehamilan dan   klimakterik ataupun selepas 
menopause.
9)
    Kebanyakan wanita sebenarnya tidak  memerlukan produk atau ubat  
penjagaan alat kelamin sekiranya  langkah-langkah yang disarankan di  
atas diikut dengan bijak. Ubat hanya  perlu diambil bagi merawat  
jangkitan kuman dan keputihan yang tidak  normal.
10)
    Seelok-eloknya wanita yang  mengalami masalah keputihan  
dinasihatkan berjumpa doctor untuk  mendapatkan pengesahan sama ada ia  
berpenyakit atau tidak, supaya  rawatan dapat diberikan sebelum penyakit
  lebih serius.
11)
    Tanda-tanda keputihan yang  berpenyakit termasuklah pertukaran  
warna dari jernih,putih kekuningan  atau kehijauan atau  
berdarah.Sekiranya keputihan terlalu banyak,  berketul-ketul kecil,gatal
  dan berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau  sakit pada alat kelamin.  
Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim  atau system  
peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah  abdomen serta  
demam.
12)
    Segelintir wanita berasa selesa  dan puas apabila mereka  membersih 
dan merawat alat kelamin dengan produk  yang berada di  pasaran. Mereka 
dinasihatkan memikirkan bahan pencuci  yang tidak  mendatangkan kesan 
sampingan,yang tidak mengubah ph faraj dan  telah  diuji kebersihannya.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan