KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda.
Lebih
 membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan 
beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.
Hasil
 temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus 
dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini 
berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks
 ketika berusia 10 tahun.
Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok, minum arak dan mengambil dadah jenis syabu.
MIRA, 15, dari Johor
“PERTAMA
 kali saya melakukan hubungan seks ketika di tahun 5. Pasangan saya 
ialah teman lelaki saya ketika itu. Masa itu saya tak tahu apa-apa 
tetapi ia berlaku sekali saja. Masuk tingkatan satu, saya lakukan sekali
 lagi bersama teman lelaki juga.
Sejak
 itu, seminggu dua atau tiga kali saya buat. Ketika tingkatan tiga, saya
 mula bertukar pasangan. Pernah saya buat dengan dua lelaki sekali gus.
Apabila
 sudah kerap, saya jadi ketagih. Jika dulu teman lelaki tolong puaskan 
tetapi bila dia tiada, saya cari orang lain, termasuk juga yang baru 
sehari kenal.
Rumah
 dan hotel antara tempat saya memuaskan nafsu dan seingat saya, pernah 
20 lelaki menjadi pasangan saya pada satu masa. Bila ketagih, saya cari 
lelaki yang ada masa lapang. Jika tidak, saya ke bandar bersama rakan, 
cari lelaki yang boleh jadi mangsa.
Malah,
 saya buat jadual untuk aktiviti ini. Pagi ke sekolah dan petang saya 
lakukan aktiviti merosakkan ini. Sabtu dan Ahad saya khaskan untuk teman
 lelaki, manakala Selasa dan Rabu untuk lelaki lain. Khamis dan Jumaat 
pula dengan rakan dan ada juga dengan lelaki lain.
Cuma
 Isnin saya berehat di rumah kerana tidak mahu aktiviti saya diketahui 
keluarga. Kebanyakan pasangan saya berusia 20 tahun ke atas dan bekerja.
 Jika saya lakukan hubungan seks bersama rakan sekolah, pasti kegiatan 
saya mudah terbongkar.
Di kalangan kira-kira 20 kawan perempuan saya, saya percaya 17 sudah tiada dara. Ini satu kebanggaan buat kami.
Siapa
 yang masih ada dara akan kami kutuk dan pulaukan. Ada juga sebelum ini 
masih dara tetapi selepas dipengaruhi, mereka terjebak dan turut 
menggadaikan tubuh.
Bagi
 yang enggan lakukan seks, kami pulaukan dan hasut mereka melakukan seks
 dengan mana-mana lelaki. Saya berani kata situasi ini seperti satu 
trend di kalangan kami, malah sesiapa yang berkawan dengan mat rempit 
dipandang hebat.
Sikap
 cabar-mencabar ini menyebabkan ramai remaja rosak akhlak, tidak kira 
lelaki atau perempuan. Remaja lelaki juga ramai yang tiada teruna kerana
 mudah dapat ‘awek’ seperti saya.
Saya
 kini ketagih, malah sehari pernah buat sampai lima kali bersama lima 
lelaki berasingan. Kali terakhir sebelum PMR pada Oktober lalu dan kini 
saya masih cuba bertahan. Semuanya berpunca daripada pergaulan bebas 
saya bersama rakan.”
NANI, 16, dari Kuala Lumpur
“SAYA
 mula mengenali seks tahun lalu apabila menjadi mangsa kerakusan teman 
lelaki ketika saya tinggal bersamanya selama tiga hari selepas keluar 
rumah. Sejak itu, saya mula ketagih seks.
Apabila
 ketagih datang, saya melakukan onani untuk memuaskan diri sendiri, sama
 ada di tandas sekolah atau rumah. Ada ketika saya tak mampu tahan 
sehingga menawarkan diri kepada lelaki, tetapi bukan rakan sekolah.
Sekurang-kurangnya,
 sekali sehari saya melakukan seks. Ada lelaki yang saya kenal dua ke 
tiga minggu, terus saya ajak lakukan seks.
Malah
 pernah saya pelawa seorang lelaki bangsa lain yang saya baru kenal 
beberapa minit. Sukar untuk memuaskan ketagihan saya. Malah saya pernah 
melakukan seks bersama lima lelaki, namun masih tidak puas.
Apabila
 ketagih, saya hubungi mana-mana lelaki yang saya kenal dan ajak mereka 
lakukan seks. Biasanya rumah atau hotel murah menjadi lokasi pilihan 
saya untuk melampias nafsu. Pernah juga saya lakukan seks di tepi tasik 
pada waktu tengah hari kerana tidak mampu tahan gelora nafsu.
Saya
 cuba bertahan daripada melakukan perbuatan terkutuk ini, namun tidak 
mampu. Perkara ini masih berterusan dan kali terakhir saya melakukannya 
dua minggu lalu.”
ANIS, 15, dari Negeri Sembilan
“SAYA
 mula terbabit dengan rokok, arak dan dadah sejak darjah dua. Semuanya 
kerana pengaruh mat rempit. Melalui mereka juga, saya mula kenal syabu. 
Selain itu, saya kerap keluar bandar ikut mereka dan mengikuti 
perlumbaan haram. Selepas menang, kami minum arak beramai-ramai dan bila
 mabuk, kami melakukan seks.
Siang
 saya sekolah seperti biasa dan petang saya keluar. Saya pernah bekerja 
di kedai makan dengan gaji RM60 sehari. Duit ini saya beli syabu yang 
dibekalkan teman lelaki dan apabila sudah kena, saya tidak tidur dua ke 
tiga hari.
Pernah
 saya tidak tidur lebih sebulan angkara syabu. Dalam tempoh itu saya 
bekerja di kedai makan ini dari petang sampai jam 3 atau 4 pagi setiap 
hari. Dapat duit, saya ‘enjoy’ dan ‘make up’ (mencantikkan) motosikal.
Ramai
 rakan sebaya saya boleh dikatakan tiada dara. Bagi kami, dara tidak 
penting lagi, yang penting seronok dan gembira. Sesiapa yang ada dara 
akan diperlekehkan.”
SARAH, 15, dari Selangor
“TIADA
 istilah ‘suci’ atau masih dara di kalangan saya dan rakan. Malah, kami 
mengutuk rakan yang tiada teman lelaki dan masih dara. Apa salahnya 
kalau saya dan rakan mahu berseronok dan melakukan hubungan seks ketika 
masih muda?
Di
 sekolah sekitar Klang, saya sering melakukan hubungan seks bersama 
rakan lelaki, terutama di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima. 
Pada mulanya saya tidak berani, tapi perasaan itu hilang semata-mata 
tidak mahu dikutuk rakan.
Saya anak sulung daripada empat adik beradik. Saya tidak suka dipanggil budak perawan di kalangan rakan.
Ketika
 di tingkatan dua, saya berkenalan dengan seorang pelajar lelaki 
tingkatan empat. Bersamanya, saya mula berjinak-jinak dengan seks. Saya 
kerap melihat video klip lucah dalam telefon bimbit rakan.
Kali
 pertama saya dan teman lelaki lakukan hubungan seks di sebuah stor di 
sekolah. Akibat ketagihan, kami kerap lakukan hingga di luar sekolah, 
sama ada di rumah atau hotel murah. Dalam pada itu, saya juga mula 
berasa bangga dan rakan pula tidak lagi boleh memperkecilkan saya.
Namun
 tanpa disedari, saya tersilap langkah terlanjur dengan teman lelaki. 
Selepas setahun berkenalan, saya disahkan mengandung. Kini saya bergelar
 ibu. Tidak sangka jadi begini, daripada seronok bertukar menjadi mimpi 
ngeri buat saya.”
NIZA, 16, dari Pahang
“SEBAGAI
 bukti cinta kepada kekasih, saya serahkan kesucian (dara) saya 
kepadanya. Kami menjalin hubungan sejak dua tahun lalu ketika di 
tingkatan dua dan kerap melakukan hubungan seks jika berpeluang bersama.
Kami
 terlanjur ketika baru saling mengenali selama dua hari. Ketika itu dia 
berusia 19 tahun dan bekerja. Mulanya memang saya takut melakukannya, 
tapi dia mendesak dan menyatakan dia sayangkan saya.
Akhirnya saya tewas dengan pujukan dan sanggup menyerahkan tubuh. Sejak itu saya mula seronok ketika bersamanya.
Apabila
 tamat waktu sekolah, dia datang ambil saya. Ketika itu, jika ada ruang 
dan peluang, kami melakukan hubungan seks, tidak kira di mana. Pernah 
kami lakukannya di kawasan ladang dan semak di kawasan kampung saya 
(perkampungan Felda sekitar Kuantan, Pahang).
Selepas
 lama bersama, saya disahkan mengandung pertengahan tahun ini. Saya 
tidak menyesal menyerahkan tubuh kepadanya, walaupun sekarang kami sudah
 lama tidak berhubung.”
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan