Solat seseorang boleh terbatal dengan salah satu daripada perkara-perkara berikut:  
 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 
  
1-   Terbatal toharah dengan kedatangan hadas semasa bersembahyang, samada hadas besar atau kecil, sekalipun tanpa sengaja.
2-   Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan atau pakaian atau tempat sembahyang, kecuali segera dibuangkan.
3-   Sengaja bercakap walau hanya dengan dua huruf atau satu huruf yang memberikan kefahaman.
4-   Melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan atau minum.
5-   Perbuatan
 (bukan sembahyang) yang banyak dan berturutan seperti menghayunkan 
tangan tiga kali, melangkah tiga langkah, melompat dan sebagainya. 
Perbuatan kecil yang berturutan tidaklah membatalkan sembahyang, seperti
 menggaru gatal dengan satu anak jari sahaja.
6-   Ketawa.
7-   Riddah
8-   Hilang akal
9-   Meninggalkan menghadap kiblat, seperti berpusing atau berpaling dada dalam sembahyang.
10- Terbuka
 aurat dengan sengaja. Kalaulah ditiup oleh angin, lalu terbuka auratnya
 dan ditutup dengan segera, tidaklah batal sembahyangnya.
11- Meneruskan
 satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang atau berlalu masa yang 
membolehkan dia melakukan satu rukun sembahyang, sedangkan dia dalam 
keadaan syak tentang niatnya (adakah berniat atau tidak?), atau tentang 
syarat sah sembahyang (adakah sudah berwuduhuk atau belum?) atau tentang
 kaifiat niat (seperti adakah sembahyang zuhur yang aku niatkan atau 
asar?).
12- Menukar
 niat sembahyang kepada sembahyang yang lain. Tetapi jika dia menukarkan
 niat sembahyang fardhu kepada sunat mutlak untuk sembahyang fardhu 
secara berjemaah, sedangkan dia sembahyang bersendirian, maka ia 
tidaklah membatalkan sembahyang, bahkan ia disunatkan. Tetapi jika 
sembahyang fardhu yang dia sedang bersembahyang hanya tinggal satu 
rakaat sahaja lagi, maka ia tidak disunatkan menukar niat kepada sunat 
mutlak, cuma ia diharuskan sahaja.
13- Niat atau azam untuk memutuskan sembahyang.
14- Ragu-ragu samada ingin meneruskan sembahyang atau tidak.
15- Mengikat
 untuk memutuskan sembahyang dengan sesuatu, seperti kalau telefon 
berdering, aku akan batalkan sembahyang dan menjawab telefon.
16- Meninggalkan
 dengan sengaja mana-mana rukun sembahyang, sekalipun rukun qauli, 
kerana ia menghilangkan peraturan sembahyang. Tetapi kalau ditinggalakn 
dengan terlupa, tidaklah batal, bahkan hendaklah dilakukannya.
17- Mengulangi dengan sengaja mana-mana rukun fi’li (rukun perbuatan).
18- Mendahulukan
 dengan sengaja satu rukun fi’li (perbuatan) di atas rukun fi’li yang 
lain, kerana ia menghilangkan tertib sembahyang.
19- Mengikut imam orang yang tidak boleh menjadi imam seperti si kafir atau lelaki mengikut perempuan.
20- Terlalu
 memanjangkan rukun pendek, seperti memanjangkan iktidal melebihi kadar 
bacaan surah al-Fatihah, atau memanjangkan duduk antara dua sujud 
melebihi kadar bacaan tasyahhud (tahiyyat).
21- Makmum mendahului imam dengan dua rukun fi’li (perbuatan).
22- Makmum terlewat dua rukun fi’li (perbuatan) daripada imam tanpa keuzuran.
23- Sengaja memberi salam bukan pada tempatnya.
24- Sengaja turun untuk duduk tahiyyat awal setelah tertinggal (terlupa) dan sudahpun qiam untuk rakaat ketiga.
25- Mengulangi takbiratul ihram untuk kali kedua dengan niat memulakan sembahyang.
Ini
 adalah penerangan secara ringkas tentang perkara-perkara yang boleh 
membatalkan sembahyang, yang mana sepatutnya bagi seseorang yang ingin 
menjadi imam mempelajari dan mengetahuinya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan