Marilah
 kita sama-sama menghayati hadis Nabi S.W.A dan firman Allah di bawah 
ini yang jelas menerangkan berkenaan kezaliman manusia dengan Allah dan 
hamba-hamba Allah di dunia ini dan balasan Allah yang akan di terima 
oleh seseorang yang suka berlaku zalim.
 
“Rasulullah
 SAW bersabda (maksudnya): Zalim ada tiga jenis: Zalim yang Allah tidak 
akan ampunkan; Zalim yang Allah akan ampunkan; Zalim yang Allah tidak 
akan tinggalkan. 
 
Zalim yang Allah tidak akan ampunkan adalah syirik. Allah berfirman : Sesungguhnya syirik adalah zalim yang amat besar (Luqman: 13);
 
Selain
 itu, zalim yang Allah akan ampunkan ialah kezaliman manusia terhadap 
dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa antara dia dengan Tuhannya; 
 
Dan
 zalim yang Allah tidak akan meninggalkannya adalah zalim insan kepada 
sesama insan sehingga mereka diadili kelak (di akhirat) – ( HR 
Al-Taualisiy dan Abu Na’im dari Anas Bin Malik – Menurut Syeikh 
Nasiruddin Albaniy – Hadis Hasan - Lihat Sahih Al-Jaami’ – No 3961 )”
 
Kezalim
 jenis ketiga iaitu kezaliman yang manusia lakukan sesama manusia, 
seperti: menuduh orang yang baik-baik melakukan zina tanpa mendatangkan 
empat orang saksi, memfitnah, mencuri harta orang lain, rasuah, 
menghukum seseorang secara tidak adil, mendedahkan ke‘aiban seseorang di
 khalayak ramai dan lain-lain. Sesungguhnya Allah SWT akan 
meninggalkannya, yakni Allah enggan masuk campur dalam zalim jenis ini, 
dan Allah enggan mengampuni dosanya, sebab zalim jenis ini berlaku 
antara insan dengan sesama insan. Orang yang melakukan zalim jenis ini 
perlu memohon ampunan kepada orang yang dizaliminya sendiri bagi 
mendapat keampunan dari Allah dan keredhaan Allah, bukan memohon ampunan
 kepada Allah.
 
Walau
 apapun dosa atau maksiat yang dilakukan oleh seseorang Muslim/Muslimah,
 besar atau kecil, sengaja atau tidak, sedar atau sebaliknya, dia perlu 
memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Pengampun terhadap dosa-dosa 
pancaindera dan hati dengan bertaubat kepada Allah.
 
Firman Allah swt: “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha”(At-Tahrim:8).
 
Di
 dalam ayat ini Allah swt menyeru hamba-hambaNya supaya bertaubat di 
atas dosa-dosa yang telah dibuat dengan sebenar-benar taubat. Ada 
sesetengah golongan manusia di atas muka bumi ini yang hanya lisannya 
sahaja melafazkan kalimah taubat sedangkan ia masih lagi bergelumang 
dengan dosa dan maksiat. Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara 
syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah
 Azza wa-Jalla ialah:
 
1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
 
2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
 
3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
 
4.
 Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia 
wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk 
dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika 
berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah 
(umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib
 meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang 
dilakukan kepadanya.
 
Jika
 ditinjau dari satu sudut, zalim jenis ketiga adalah lebih berbahaya 
dari dua jenis zalim terdahulu hatta terhadap dosa syirik. Sebab 
kedua-dua jenis zalim tersebut kita boleh berhubungan terus dengan Allah
 SWT. dan Allah SWT pasti akan mengampuni segala jenis dosa walaupun 
dosa syirik jika mereka benar-benar bertaubat. Allah SWT berfirman: 
Katakanlah, ‘Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri 
mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. 
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah 
yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Zumar: 53). 
 
Tetapi
 lain halnya dengan zalim jenis ketiga. Orang yang zalim mesti memohon 
kemaafan kepada orang yang dizaliminya. Bagaimana jika orang yang zalim 
ini enggan memohon kemaafan kepada orang yang dizaliminya hingga mati ? 
marilah kita sama-sama renung hadis sahih berikut: Rasulullah SAW 
bertanya kepada para sahabat, “ Siapakah muflis yang hakiki?” Para 
sahabat menjawab, “Muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak 
memiliki dirham dan tidak memilki harta.” Rasul SAW bersabda, 
“Sesungguhnya muflis dalam kalangan umatku pada Hari Kiamat ialah orang 
yang banyak melakukan solat, puasa, zakat tetapi dia (semasa di dunia) 
suka mencaci, suka qazf (menuduh orang baik-baik berzina tanpa empat 
saksi), suka makan harta milik orang lain, membunuh, dan memukul. Lalu 
Allah SWT akan ambil (pada hari berhisab nanti) kebaikan-kebaikannya itu
 lalu diagih-agihkan kepada orang yang dia zalimi. Jika tiada lagi baki 
kebaikannya, lalu Allah SWT akan pindahkan dosa-doa orang yang 
dizaliminya itu ke atasnya dan selanjutnya dia dilemparkan ke dalam api 
neraka. ( HR Imam Muslim daripada Abu Hurairah ).
 
Jelas
 ar bahawa setiap apa yang manusia lakukan diatas muka bumi Allah ini 
pasti ada balasannya. Bagi insan-insan yang teraniaya janganlah berputus
 asa. Kuatkan iman dan hati agar terus bersabar dan berdoa nescaya Allah
 akan makbulkan doa kamu semua. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang 
yang bersabar. Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama-sama orang 
teraniaya.
 
Bagi
 insan-insan yang suka menganiayai orang lain bertaubatlah. Sesungguhnya
 Allah Maha Pengampun dan mohon maaflah kepada orang-orang yang telah 
kamu aniaya itu. Janganlah kejahatan dibalas dengan kejahatan kerana 
jika kamu membalas dengan kejahatan kamu tidak perolehi apa-apa 
keuntungan malah kamu peroleh dosa.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan