Baru-baru
 ini kita membaca bahawa terdapat syarikat Malaysia mengeksport minyak 
sawit ke negara Israel.  Nampak gayanya tidak ramai dari rakyat Malaysia
 mahupun ahli politik Malaysia yang mengambil berat isu ini.  Tidak 
seperti isu NFC yang di canang setiap hari.  Ahli politik PAS harus 
melakukan segalanya yang mereka terdaya untuk menghentikan perdagangan 
Malaysia dengan negara Israel.
Malaysia
 adalah sebuah negara yang dikatakan makmur. Bagi saya Malaysia juga 
sudah mula TAKBUR.  MAKMUR tetapi TAKBUR.  Rakyat seharusnya merasa malu
 dengan tindakan kerajaan yang menjalankan perdagangan dengan sebuah 
negara yang menindas dan membunuh orang-orang tidak berdosa setiap hari,
 setiap masa.  Yang peliknya, negara Malaysia sudah memberhentikan 
penjualan minyak sawit kepada Iran sejak awal tahun lepas.  Atas dasar 
Iran membangunkan persenjataan nuklear dan Amerika Syarikat telah 
mengenakan sekatan perdagangan.  Syarikat-syarikat Malaysia dikatakan 
tidak lagi berminat untuk berniaga dengan Iran akibat dari sekatan ini. 
Hebat
 betul si kerajaan Amerika yang bodoh dan tolol, dan kerajaan Malaysia 
pula terikut-ikut rentak kebodohan "polis dunia" ini.  Apakah Malaysia 
juga sudah menjadi sebodoh Amerika atau pun rakyat Malaysia sudah 
terlalu banyak makan dan hidup dalam suasana riba dan kekufuran, 
sehinggakan kita sudah tidak dapat menilai sesuatu dengan mata hati dan 
peri-kemanusiaan?
Iran
 dikatakan MEMBANGUNKAN persenjataan nuklear dan kita sudah tidak mahu 
lagi berdagang dengan kerajaan Iran. Manakala Israel di katakan 
mempunyai hampir 400 buah senjata nuklear pelbagai jenis dan kita masih 
berdagang dengan Israel.  Bodoh, Bodoh, Bodoh...itulah hakikat penilaian
 terhadap kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia yang menutup sebelah 
mata dalam merealisasikan perdagangan dengan Israel.  Rakyat Malaysia 
sudah terlalu lama memakan dan menikmati hasil riba dan sekarang rakyat 
Malaysia akan turut menikmati pemakanan dan kehidupan hasil dari duit 
yang diterima sebagai bayaran dari Israel laknatullah.  
Israel
 mempunyai persenjataan nuklear sejak tahun 1967, mereka memiliki 
senjata termonuklear yang sangat berbahaya (kapasiti megaton), bom 
neutron, bom nuklear dalam bagasi, senjata taktikal berkuasa nuklear dan
 sebagainya.  Senjata-senjata ini dibangunkan di Pusat Penyelidikan 
Nuklear Negv yang terletak di daerah Dimona. Israel tidak pernah di 
kenakan sekatan oleh mana-mana pihak dan kini Malaysia pula memberi 
sokongan kepada Israel samada secara langsung atau tidak.
Rakyat
 Iran mula kekurangan makanan, minyak Iran sudah mula terkena tempias 
sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan kini Israel pula makan 
besar dengan pertolongan rakan-rakan perdagangan mereka, termasuk 
Malaysia.  Malaysia adalah rakan perdagangan ke 15 terbesar untuk Israel
 dan ini bukanlah rahsia.  
Kita
 sibuk berbicara tentang kita memerangi Israel dan membela nasib rakyat 
Palestin, tetapi semua itu hanya di muka buku sahaja.  Pada realitinya 
kita sedang menempah laknat dan bala dari Allah s.w.t. dengan melakukan 
perkara yang paling di laknat oleh Allah s.w.t.  Siapa kita sebagai 
manusia untuk menyokong Israel dan Yahudi yang di laknat Allah.  
Saya
 tidak akan terkejut sekiranya penyenaraian Felda Global Ventures di 
Bursa KL akan memberi ruang untuk syarikat Israel menjadi pemegang saham
 secara tidak langsung atau secara langsung.  Felda Global Ventures 
mempunyai perniagaan di seluruh dunia dan kita tidak akan dapat menyekat
 mana-mana pihak yang membeli saham-saham FGV di pasaran terbuka atau 
secara rahsia.  
Israel
 tidak pernah dijemput oleh saya sebagai rakan perdagangan Malaysia, 
saya sentiasa rasa bangga bila pemegang paspot Malaysia tidak boleh 
masuk ke Israel, itu menunjukkan kita membenci Israel, tetapi 
RUPA-RUPANYA ITU CUMALAH SESUATU YANG SUDAH TIDAK ADA MAKNA, KERANA KINI
 KITA TIDAK PERLU KE ISRAEL UNTUK MENYOKONG YAHUDI LAKNATULLAH.
SAYA SERTAKAN DOKUMEN DARI EUROPEAN UNION YANG MENYENARAIKAN MALAYSIA SEBAGAI RAKAN PERDAGANGAN ISRAEL YANG KE 15 TERBESAR.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan