Nampaknya pada 15 Februari ini planet Bumi akan dikunjungi oleh satu 
asteroid yang bersaiz separuh padang bola sepak. Asteroid yang anggaran 
saiznya itu lebih kurang 45 meter akan terbang melintasi planet bumi 
pada jarak paling dekat 27,700 kilometer dari permukaan bumi. 
Pada jarak ini yang jauh lebih dekat dari jarak bulan-bumi ini, asteroid
 ini tidak berkemungkinan untuk melanggar satelit dan Internatiotal 
Space Station memandangankan ISS hanya mengorbit pada ketinggian sekitar
 424km dari aras laut. Namun ini sudah cukup menjadikan asteroid ini 
sebagai asteroid paling dekat pernah menghampiri bumi.
Menurut sumber dari NASA, asteroid 2012 DA14 ini akan terbang pada 
kelajuan  7.8 kilometer sesaat, iaitu bersamaan 8 kali kelajuan peluru. 
Di langit ianya akan kelihatan bergerak pada jarak dua bulan penuh 
sesaat.
Apa yang akan jadi jika asteroid ini tersasar ke bumi?
Asteroid 2012 DA14 boleh membawa mala petaka yang besar jika terjatuh ke
 kawasan yang berpenduduk. Hasil letupannya akan menjadi hampir sama 
seperti yang belaku di Tunguska di Siberia pada tahun 1908. Pada masa 
itu, kawasan seluar 2,150 kilometer di Tunguska di Siberia telah musnah 
akibat impak dari sebuah komet/asteroid yang jatuh. Dianggarkan saiz 
objek tersebut ialah sekitar 100 meter yang mana telah menghasilkan 
kuasa letupan lebih 1000 kali lebih kuat dari letupan bom atom di 
Hiroshima. Ianya menghasilkan sekitar gegaran bumi pada magnitud 5 pada 
skala Richter.
Sebagai perbandingan anda, letupan yang terhasil akibar perlanggaran 
asteroid pada 65 juta tahun yang lalu yang telah menyebabkan kepupusan 
dinasour adalah disebabkan oleh asteroid bersaiz sektiar 10 kilometer. 
Pada masa itu 2/3 dari spesis yang ada di bumi telah pupus.
Adakah ianya boleh dilihat?
Asteroid 2012 DA14 ini dijangkakan akan mencapai keterangan magnitud 
7.5, iaitu sedikit kelam dari cahaya yang boleh dilihat dengan mata 
kasar. Bantuan oleh teleskop dan binokular pasti memudahkan keadaan. 
Dijangkakan ianya akan mencapai jarak yang paling dekat dengan berada di
 atas negara Indonesia dan boleh dilihat dari negara Asia, Eropah Timur 
dan Australia.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan