Catatan dengan tajuk yang panjang ini adalah  
pandangan peribadi saya. Mungkin anda setuju atau mungkin anda tidak  
bersetuju dengan ulasan saya. Setelah meninggalkan alam remaja dan  
memasuki alam dewasa dan sepanjang saya berkawan dengan pelbagai jenis  
manusia yang sama jantina dan  sebangsa,
 saya ada membuat 'kajian' tentang apa perkara no. 1 yang difikirkan 
oleh golongan remaja masa kini. Jawapan paling banyak yang saya dengar 
atau  perkara yang sering difikirkan oleh remaja Melayu ialah SEKS dan  
hiburan. Perkara kedua, ketiga barulah tentang motorsikal, kereta, cari 
 duit atau lain-lain.
Ini bukanlah persepsi saya tapi ialah  
tinjauan saya ke atas semua rakan yang saya kenali tidak kira datang 
dari  negeri mana pun, semuanya memberi jawapan yang sama. Bangun awal 
pagi fikir tentang seks, sebelum tidur fikir tentang seks. Saya pun 
tidak  tahu kenapa setiap remaja Melayu suka berfikir dan bercakap 
tentang  seks. Majoriti dari golongan ini hanya memikirkan tentang seks,
 seks dan  seks. Siapa yang harus di pikat atau kat mana mereka boleh 
melakukan  hubungan seks. Saya rasakan pada masa kini melakukan hubungan
 seks boleh  di samakan dengan kepuasan bermain futsal, merempit atau 
menonon  wayang. Perkara itu sudah menjadi seperti perkara biasa 
sekarang ini. Melakukannya  seperti tidak bersalah dan hanyalah untuk 
keseronokkan.
Ketika anak muda dari bangsa lain sibuk  
memikirkan bagaimana untuk menyambung pelajaran, bagaimana mencari wang 
 dengan banyak atau bagaimana nak jadi kaya raya, anak Melayu pula sibuk
  memikirkan macamana nak dapatkan awek yang boleh diajak buat seks, 
atau  fikir bila nak boleh tukar motor baru, bila dah ada motor fikir 
pula  bagaimana nak lajukan motor. Hanya itu perkara utama yang 
difikirkan  oleh remaja Melayu pada masa ini. Saya akui soal mencari 
wang ada mereka  fikir tapi itu bukanlah perkara pertama. Itulah antara 
penyebab bangsa kita masih ketinggalan walaupun berada di tanah air 
sendiri.
Saya cakap ni bukan dengan hujah yang  
direka tapi dengan fakta. Anda boleh kaji jumlah kes pembuangan bayi di 
 negara ini. Bangsa apa yang ‘juara’ dalam kes ini? Bagaimana perkara 
ini  boleh berleluasa? Jika tanya pada saya, saya akan bagi jawapan 
peribadi  iaitu  faktor 
teknologi masa  kini dan faktor kebebasan yang mereka perolehi. Faktor 
teknologi yang  saya maksudkan ialah seperti penggunaan handset yang 
boleh menyimpan  format rakaman video lucah antara pendorong utama untuk
 remaja mencuba  melakukan hubungan seks. Bila dah tengok video lucah, 
nafsu dah naik  ‘stim’, maka terjadilah faktor kedua iaitu mencari 
kebebasan. Majoriti  mereka bebas keluar dengan sesiapa sahaja dan 
bila-bila masa sahaja. Ada  diantara mereka ini terpaksa menipu asalkan 
mereka boleh lakukan  hubungan seks di mana sahaja yang mereka rasakan 
selamat. Pasangan  bercinta sekarang seperti ‘suami isteri’, bila rasa 
teringin mereka akan  berjumpa dan lakukan hubungan seks dan inilah 
hasilnya..


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan