Barisan Nasional (BN) akan terus kekal memerintah selagi sistem 
pengundian “first past the post” terus digunakan di Malaysia walaupun 
persempadanan semula dilakukan, kata ahli akadamik Amer Saifude malam 
tadi.
Timbalan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu 
menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun 
ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri 
Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN 
berbanding Pilihan Raya 2013.
“Selagi mana kita mengguna pakai sistem first past the post, ia akan 
menjadi kelebihan untuk BN,” kata Amer dalam satu forum berkenaan kesan 
Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi.
“Sejarah menunjukkan setiap kali persempadan semula, prestasi BN akan meningkat,” tambahnya.
BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular 
walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 
kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR).
Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah
 ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat 
kegagalan sistem tersebut.
Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang 
tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan 
junmlah besar yang ditandingi mereka.
Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh.
Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia 
biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak,” katanya.
Beliau bagaimanapun turut berkata sebarang keputusan dan cadangan bagi 
merombak kedudukan sempadan perlu mendapat keputusan dua pertiga anggota
 Dewan Rakyat di Parlimen.
Beberapa pemimpin PR telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengambil 
kesempatan daripada pertambahan kerusi di Parlimen untuk memastikan 
kedudukan persempadan itu dilakukan dengan adil apabila Suruhanjaya 
Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula penghujung tahun 
ini.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan jika aktiviti itu akan 
menyebabkan peningkatan jumlah kerusi, undi majoriti dua pertiga 
diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan 
Rakyat.
Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai 
hujah utama oleh penggubal undang-undang PR untuk menyokong pertuduhan 
manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu 
terus berkuasa.
Dalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut 
Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkan 
persempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi 
saiz dan bilangan pengundi.
Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa dengan Wall Street Journal dalam
 satu komen ditulis wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan 
pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi 
popular — keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan 
masyarakat sivil menyalahkan manipulasi kawasan pilihan raya.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Publisiti DAP
 Tony Pua mengatakan dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan 
dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan 
raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses 
persempadanan semula.-TheMalaysianInsider
Rakyat yang lawan Umno-BN ,tak puas hati
 dengan pilihanraya dimintak berambus oleh Zahid Hamidi Menteri KDN,Noh 
Omar pulak sarankan rakyat yang tak puashati dengan sistem pilihanraya 
pergi duduk dalam hutan.Yang kedarah rasuah ,tibai duit rakyat,salahguna kuasa,cekik darah rakyat,hisap darah rakyat kalahkan Drakula kenakan macam-macam cukai nak hantaq pi mana?
Pemimpin Umno seronok kalau rakyat ikut apa saja yang depa cakap termasuklah apabila depa cakap macam orang bodo sekali pun rakyat kena ikut!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan