Sentuhan
Sentuhan sederhana pada kepala, bahu atau belakang ketika bercakap 
dengan mereka. Kadang kala, sifat ego ibu bapa menghalang sentuhan di 
dalam sesetengah keadaan khususnya terhadap anak remaja. Sedangkan kesan
 sentuhan terhadap anak remaja adalah lebih ketara berbanding 
kanak-kanak yang lebih muda usianya.
Berbual
Berbual dengan mereka mengenai perkara yang mereka minati. Luangkan 
sedikit masa anda bersama untuk berbual mengenai kecenderungan dan minat
 mereka. Tawarkan bantuan dan tunjukkan sokongan sekiranya minat dan 
kecenderungan mereka tersebut merupakan sesuatu yang memberi manfaat 
buat mereka serta tidak bercanggah dengan ajaran agama.
Ungkapan
Zahirkan kasih sayang melalui ungkapan. Anda boleh memberitahu mereka 
bahawa anda mengasihi mereka. Mungkin juga sebuah ungkapan berbunyi – 
“Umi sayang pada Farid, Farid sayang umi tak?” Ungkapan seperti ini 
mesti disesuaikan dengan situasi yang tenang dan jauh daripada 
kebisingan supaya memberi kesan yang lebih baik.
Mendengar
Luangkan masa mendengar dengan aktif (mencerap) – Sifat ini sukar 
dipraktikkan bagi ibu bapa yang terlalu sibuk. Lima minit yang anda 
luangkan untuk mencerap terhadap keluhan, cerita dan bisikan daripada 
anak-anak akan memberikan makna dan kesan yang sangat baik untuk jangka 
panjang.
Menatap wajah
Melihat wajah anak ketika bercakap. Merenung mata dan wajah anak dengan 
penuh kasih sayang ketika bercakap, akan memberi kesan emosi yang dalam.
 Perhatian mereka terhadap percakapan ibu bapa juga meningkat dengan 
merenung wajah mereka ketika bercakap malah walaupun percakapan 
berbentuk memberi arahan. Malangnya, ada ibu bapa terlalu sibuk 
sehinggakan bercakap dengan anak tetapi muka mengadap ke komputer atau 
menoleh ke tempat lain.
Sedangkan Rasulullah mengajar kita supaya menghadap badan kepada 
seseorang ketika bercakap dengannya, bukan sekadar menolehkan muka kita 
kepadanya..
Berkongsi perasaan
Tidak salah kita berkongsi perasaan dengan anak-anak asalkan bersesuaian
 dengan tahap mereka. Walau bagaimanapun pastikan supaya perkongsian 
tersebut berunsur perkara-perkara positif yang mana dapat meningkatkan 
tahap kualiti emosi mereka. Ibu bapa yang bijak melayan perasaan 
anak-anak akan berjaya menawan hati mereka lantaran meningkatkan 
kecenderungan untuk sentiasa berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka
 dengan ibu bapa.
Suapkan makanan
Ketika anak masih kecil, sememangnya ibu bapa akan suapkan makanan dan 
merupakan aktiviti yang seronok. Cubalah suapkan makanan ke mulut anak 
sekali sekala walaupun mereka sudah remaja. Ramai pakar menyarankan 
supaya ibu bapa dapat makan bersama anak-anak sekurang-kurangnya sekali 
dalam sehari.
Beri pujian
Beri pujian sekiranya mereka memperolehi sesuatu pencapaian walaupun 
sekecil-kecil alasan. Pujian merupakan penghargaan. Penghargaan yang 
diberi melambangkan sebahagian kasih sayang. Buktinya, orang yang tidak 
menyayangi kita, tidak akan memuji kita dengan ikhlas

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan