Kubu
 Mat Kilau yang dibina di  Padang Jerangau, Pasir Raja, Hulu Dungun 
Terengganu bagi  mengingati perjuangan pahlawan lagenda Melayu, yang 
menentang penjajahan  Inggeris sekitar tahun 1890-an. 
Pada
 zaman dulu, kawasan Kubu Mat Kilau hanya boleh dihubungi melalui jalan 
sungai dari Kampung Pasir Raja.Laluan menyusuri Sungai Dungun dari 
Kampung Pasir Raja menghubungkannya dengan Kampung Bantal di Hulu 
Tembeling, Jerantut,
Mengikut
 sejarah, perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada  dua 
tokoh ternama Terengganu iaitu Tok Ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong  
serta Tok Janggut di Kelantan. Malangnya, hari ini tidak ramai  generasi
 muda mengenali siapa Mat Kilau, Tok Gajah atau Tok Bahaman yang  
sama-sama berjuang menebus maruah bangsa Melayu daripada Inggeris. 
INFO
- Mat Kilau bin Iman Rasu @ Tok Gajah dilahir pada tahun 1856/1866 di Pulau Tawar Jerantut Pahang
- Pahlawan Melayu yang menentang penjajah British
- Tahun 1895, British mengumunkan Mat Kilau meninggal dunia
- Tahun 1969, Mat Kilau mengaku belum meninggal dunia dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat Kilau setelah menyamar diri sebagai Mat Siam (akibat buruan British).
- Tahun 1970, meninggal dunia pada berusia 122 tahun.
- Kubu Mat Kilau terletak di Pasir Raja, Hulu Dungun.
- Kubu ini adalah tempat Mat Kilau bersembunyi dari buruan penjajah.
- Lebih kurang 160 km dari Kuala Terengganu.
- Laluan Pacuan empat roda.



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
tidak kisah siapa pun anda tetapi menghina negara dan berlaku biadap adalah suatu perkara yang tidak wajar, jika kita tidak suka sekalipun tidak usah kita zahirkan, anda boleh buat apa yang anda suka, tapi jangan sesekali menyinggung orang lain, adalah amat baik tagline blog tuan ditukar dengan perkataan yang lebih manis dan baik, sebelum ia menjadi kontroversi.. kita orang timur sepatutnya bagus budi bahasa sekian terima kasih
BalasPadam