Firman Allah Ta’ala, “Dan Dia mengharamkan atas kalian yang buruk-buruk.” (QS. Al-A’raf: 157)
Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara 
terbuka karena masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat 
kajian pasangan suami isteri melakukan “oral sex” ini. Jika ini 
membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati hubungan seks dengan
 cara ini.
Sesungguhnya 
 dalam hubungan suami istri adalah mubah, kecuali apa yang disebutkan 
larangannya oleh nash: berupa mendatangi istri pada dubur (anus)-nya, 
menggaulinya saat haid dan nifas, saat istri menjalankan puasa fardhu, 
atau saat berihram haji atau umrah.
“Istri-istrimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok-tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman.” (QS. Al-Baqarah: 223)
Ibnu Abidin al-Hanafi berkata dalam Radd al-Mukhtar:
 Abu Yusuf pernah bertanya kepada Abu Hanifah tentang seorang laki-laki 
yang membelai farji istrinya dan sang istri membelai kemaluan suaminya 
untuk membangkitkan syahwatnya, apakah menurut Anda itu tidak boleh? 
Beliau menjawab, “Tidak, aku berharap itu pahalanya besar.”
Al-Qadhi Ibnul Arabi al-Maliki berkata,
 “Manusia telah berbeda pendapat tentang bolehnya seorang suami melihat 
farji (kemaluan) istrinya atas dua pendapat: salah satunya,membolehkan, 
karena jika ia dibolehkan menikmati (istrinya dengan jima’) maka melihat
 itu lebih layak (bolehnya). . . . . salah seorang ulama kami, Asbagh 
(Ulama besar Madhab Maliki di Mesir) berkata: Boleh baginya (suami) 
untuk menjilati –kemaluan istrinya- dengan lidahnya.” 
Al-Fannani al-Syafi’i berkata: “Seorang suami boleh apa saja setiap melakukan hubungan dengan istrinya selain lubang duburnya, bahkan menghisap clitorisnya. 
Al-Mardawi al-Hambali berkata dalam al-Inshaf:
 Al-Qadhi berkata dalam al-Jami’: “Boleh mencium farji (kemaluan) istri 
sebelum jima’ dan memakruhkannya sesudahnya . .  istri juga boleh 
memegang dan menciumnya dengan syahwat. Ini dikuatkan dalam kitab 
al-Ri’ayah, diikuti dalam al-Furu’, dan diperjelas oleh Ibnu ‘Aqil.
Namun 
jika terbukti jelas cara bercumbu semacam itu menyebabkan penyakit dan 
membahayakan pelakunya, maka saat itu ia wajib meninggalkannya 
berdasarkan sabda nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, “Tidak boleh (melakukan sesuatu) yang membahayakan diri sendiri dan membahayakan orang lain.” (HR. Ibnu Majah dalam sunannya)
Begitu 
pula apabila salah seorang pasangan merasa tersakiti (tidak nyaman) 
karena perbuatan tersebut dan membencinya: maka wajib atas pelaku 
(suami)-nya untuk menghentikannya. 
Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala: 
“Dan bergaullah dengan mereka secara patut.” (QS. Al-Nisa’: 19)
Dalam 
hal ini harus diperhatikan tujuan dasar dari hubungan suami istri, yakni
 permanen dan kontinuitasnya. Asal dari akad nikah adalah dibangun di 
atas kelanggengan. Allah Ta’ala telah meliput akad ini dengan beberapa 
peraturan untuk menjaga kelestariannya dan menguatkan orang yang 
menjalaninya sesuai dengan ketentuan syariat bukan dengan sesuatu yang 
menyelisihinya.
Allah SWT menciptakan tubuh manusia 
dengan fungsi masing-masing. Justru Islam melarang dari mendatangi 
isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua 
pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral 
seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan 
berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
para ulama sepakat bahwa jika sekadar 
menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, 
adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam 
bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Yang mengharuskan
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk 
www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau 
suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa saja ceceran air 
yang keluar darinya. Menelan atau menghisap adalah MAKRUH disisi Islam 
karena ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak 
pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau
 adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, karena terdapat nas 
yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas 
dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila
 mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar 
dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan 
isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari 
ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Namun kesemua mereka yang mengharuskan 
termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang 
mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi 
dan air mani. fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan 
tiada sebarang ceceran air dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini 
dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang 
yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair 
pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap 
najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula 
mengganggapnya suci.Namun semua ulama setuju air mazi adalah najis. 
Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap 
termasuk cecaran ir mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa 
ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena 
mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap 
kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan 
termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah 
ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali 
diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah 
lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi 
diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang 
Malaysia juga ia adalah satu perkara yang tidak normal, khusus buat 
orang yang agak luar biasa nafsunya.
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.”
Melalui pandangan ini, kita dapat 
melihat satu point yang penting,yaitu sejauh mana tindakan ini boleh 
memberikan kesan buruk kepada kesehatan pasangan. Menurut pembacaan, 
ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya 
haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia 
boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar berkata, Dr Ismail Thambi
 pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat 
banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral 
sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian 
mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan 
kuman.mazeermohamad.blogspot.com
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”
Namun, pendapat peribadi saya mendapati 
pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak
 begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan 
panjang lebar di ruang ini.
Tindakan men’generalize’ semua 
jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh 
didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku 
binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar 
menjilat mungkin ya, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang
 yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga 
yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga 
diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
Jadi Kesimpulannya:
1. menjauhi aktivitas ini dan menghadkan
 kepada perilaku seks yang lebih sehat bersama pasangan. Ini bagi 
menjauhi perkara khilaf.
2. Harus bagi suami isteri untuk 
mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat 
dan menelan apa jua ceceran air. Ia juga dituntut untuk membersihkan 
mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin 
bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung 
kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk 
meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga
 binatang.
3. Haram hukumnya menelan mazi dan mani 
pasangan karena Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor 
sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang 
akan diproses melalui dengan bahagian kimia).
4. Hukumnya menjadi harus berdasarkan 
keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada 
pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan 
membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara 
rambang diluar rumah.
5. Hukum melakukannya bersama pasangan 
kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, 
dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di 
Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif 
zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap 
sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, 
“Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”.
Bahwa hukum Islam sentiasa ingin 
melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sadar dan 
berfikir sama, tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang 
berharga buat keharmonian rumah tangga kita, dan apa pula kesannya 
kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas 
sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa
 kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga
 membahayakan diri dan masyarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu 
buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara 
berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan