Perumpamaan kepada 
penerima bantuan sebagai " haiwan " telah diputar belit oleh pihak 
tertentu sehingga mengelirukan rakyat hak sebenar mereka di negara ini.
BAGAN DATOH : 
Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh menyatakan rasa kecewa terhadap 
isu yang melanda ke atas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Abdul Aziz 
Nik Mat. Menurutnya ianya adalah mainan propaganda pihak Umno/ BN yang 
sememangnya tidak berpuas hati terhadap kenyataan Menteri Besar Kelantan
 tersebut.
Beliau mengulas dan 
menjawab isu tersebut di sebuah majlis tazkirah di sini. Ustaz Misbahul 
Munir yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan isu
 perumpamaan sebagai haiwan adalah sebenarnya ditujukan kepada pihak 
kerajaan hari ini. Menurutnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 
menyatakan pihak kerajaan tidak seharusnya menjadikan pemberian bantuan (
 BR1M dan lain-lain ) kepada sebagai " umpan semata- mata menarik undi 
kepada Umno/ BN dalam Pilihanraya Umum 13 ( PRU ).
Jelasnya lagi, beliau 
melihat perkara yang diumpamakan oleh Tuan Guru itu berlaku adalah ianya
 dijadikan sebagai bahan kempen pilihanraya mereka ( Umno/ BN ). Ianya 
berlaku apabila rakyat yang layak menerima bantuan tersebut akan 
dijemput ke sebuah majlis penyerahan bantuan dengan menghimpunkan dalam 
suasana sesak dan bersusah payah tanpa menggunakan kaedah mudah si 
penerima. Setelah itu, wakil pimpinan Umno/ BN di parlimen masing-masing
 akan berucap dengan mengempen kebaikan semata-mata Umno/ BN sebagai 
pilihan dan memburukkan pihak parti pembangkang.
Perkara ini juga 
menyukarkan penerima yang terpaksa menghadapi keadaan payah dan sesak 
seterusnya terpaksa menanti penyerahan bantuan tersebut dengan mendengar
 terlebih dahulu " ucapan kempen " pimpinan Umno/ BN. Maka perkara ini 
dilihat sebagai menyusahkan rakyat sebagai mana memberi makan haiwan 
yang mana setelah kenyang akan ditangkap. Inilah muslihat yang dilakukan
 pihak Umno/ BN.
Maka menurut Ustaz 
Misbahul Munir lagi, perlakuan ini mengambarkan bahawa betapa bongkak 
dan sombongnya pihak Umno/ BN. Ketika dalam ucapan pimpinan Umno/ BN 
dalam majlis tersebut turut menyatakan bahawa hanya Umno/ BN yang akan 
mampu mentadbir negara ini dan memberi bantuan kepada rakyat. Dakyah ini
 dimainkan semata- mata agar rakyat tahu bahawa Umno/ BN yang paling 
baik sedangkan hakikatnya mereka jauh lebih teruk.
Tetapi kita perlu ingat 
bahawa kerajaan  terdahulu juga melakukan perkara yang sama. Sebagai 
contoh, seperti Firaun dan kerajaannya di Mesir juga mengakui sedemikian
 rupa. Seolah-olah hanya Firaun mampu memberi rezeki sehingga 
mengakuinya sebagai tuhan. Begitu juga Raja Namrud yang zalim dan ingkar
 untuk mengakui Allah SWT sebagai tuhan walaupun telah diseru oleh Nabi 
Ibrahim yang akhirnya cuba dibunuh olehnya.
Ustaz Misbahul Munir 
juga menyatakan bahawasanya jangan mudah terpedaya dengan janji-janji 
pimpinan Umno/ BN. Sebaliknya beliau mengingatkan sebagai umat Islam, 
kebergantungan hidup wajib kepada Allah SWT. Keyakinan bahawa hanya 
Allah SWT yang wajib untuk ditaati dan Maha pemberi segalanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan