Dahulu..Satu masa yang tidaklah 
terlampau silam, ada satu pernyataan yang sangat mengejutkan. Lelaki 
pada hari ini mengukur kejantanan mereka dan berasa hero jika dapat 
memikat isteri kepada lelaki lain. 
Bukan senang istilah 
memikat hak orang. Dan itulah yang dipegang oleh kebanyakan lelaki. 
Sekiranya tindakan hanya selesai dan terhad kepada memikat mungkin 
perlakuan itu masih boleh dimaafkan tetapi jika sehingga membawa ke 
ranjang akan isteri kepunyaan lelaki lain, itu adalah satu tindakan yang
 keji dan keterlaluan.
Kini fenomena lelaki yang
 berusaha bersaing sesama sendiri memikat wanita dalam golongan ini 
yakni isteri orang telah menular kepada golongan wanita pula. 
Perempuan yang dikatakan perempuan sebenarnya adalah yang mampu memikat suami perempuan lain.
Lalu aku ingin bertanya, di manakah nilai-nilai kehidupan sebagai seorang Islam dan Melayu pada masa ini? 
Kehidupan sosial masyarakat kita pada hari ini semakin kalut, rosak dan lintang pukang.
Terpacul di bibir salah 
seorang kawan lelaki yang mengeluh berkata, zaman ini dari memilih anak 
dara baiklah pilih janda kerana janda sememangnya diketahui umum sudah 
tiada dara tetapi yang dara belum tentu dan diyakini sebahagiab besarnya
 sudah tiada dara.
Nilai kehidupan yang semakin rosak sudah berada di depan mata. 
Nilai-nilai kehidupan 
yang rosak inilah adalah satu jawapan yang tepat mengapa perceraian dan 
juga penyakit tidak waras berlaku dengan begitu banyak sekali kepada 
generasi muda Malaysia.
Tok imam, 
penceramah-penceramah ugama sudah tiada taring dan tidak bercakap dengan
 lantang betapa buruknya kesan zina. Kerajaan bertanggungjawab menjaga 
hal kebajikan rakyat tetapi masih dilihat tidak mampu lagi membendung 
masalah zina dan sosial yang cukup buruk ini.
Apakah langkah yang  perlu kita ambil?
Masing-masing takut 
bercakap pada hari ini kerana takut terkena pada batang hidung ataupun 
keluarga. Sampai bila gejala 'diam' ini akan berterusan?
Masih banyak lagi 
cerita-cerita zina yang akibatnya sangat-sangat pahit perjalanan masa 
dunia berlaku di sekeliling kita. mengapa tidak muhasabahkan diri?
Belum tentu perkahwinan 
kita selamat dari masalah ini kerana nilai-nilai sosial yang semakin 
terbalik ini sudah tidak kenal erti berhenti malah lebih jauh menggila.
Lelaki sukakan pondan. 
Wanita berpacaran pengkid. Lesbian, homoseksual, biseksual sudah biasa 
dan golongan itu diterima sepenuhnya oleh rakan-rakan sebaya.
Ya Allah..Bumi Malaysia 
ini sedang diternak api di dasar tanahnya yang subur dan suci. Semoga 
kita sedar bahawa gejala sosial yang buruk ini bakal mengundang 
kerosakan yang pastinya air mata bukan lagi tanda penyesalan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan