Assalamualaikum, semoga peristiwa benar ini menjadi iktibar kepada kita yang masih bernyawa lagi ini.. Mayat dan iktibar – Kuburnya berasap!
Seusai solat subuh pagi tadi, imam Taib menghulurkan 1 bungkusan plastik dari kocek jubahnya. ” Tapa, jangan lupa maklumkan pada Hassan, ada jenazah nak kita uruskan sebelum tengahari ini. Solat jenazah jam 11 pagi. Jika boleh awal sikit korek liang tu..! ” pesan Imam Taib.
Ini kerana Hassan sudah 3 hari demam selepas kejadian hari itu. Maka sudah 3 hari juga dia tidak dapat bersolat subuh bersama. Mungkin masih terkejut dengan apa yg dialaminya mungkin.
Pesan imam Taib disampaikan kepada Hassan, alhamdulillah..Hassan sedikit pulih dan mengiyakan mampu utk melaksanakan kerja2 korek liang pagi itu. Lebih kurang jam 7.30 pagi selesai minum kopi di warung Hj. Hamad, maka bergerak lah mereka berdua dengan memikul cangkul dan penyodok ke tanah kubur di belakang masjid.
Demi melangsungkan amanah waris, jenazah pagi ini mahu dikebumikan disebelah pusara ibunya yang telah 5 tahun pergi ke alam baqa. Setibanya ke kawasan kubur,
” San, cuba kamu tengok…! Itu..kubor yang kita korek 3 hari lepas..!! ” tiba-tiba gementar yang bukan kepalang menyelinap ke seluruh tubuh Tapa. ”
Subhanallah…!! asap apa yang keluar tu..!! ”
” San..itu bukan asap orang bakar rumput, asap tu keluar dari kubur San..! ” gersik Tapa dengan suara terketar-ketar. Hassan yang dari tadi terus tegak berdiri, terkejut tanpa menguit sedikit pun dengan apa yang dilihatnya didepan mata. Matanya tajam terarah ke kubor yang digalinya 3 hari lepas.
Kubor itu milik jenazah wanita yang tanahnya keras macam batu, yang runtuh bila siap digali, dan menyempit bila keranda siap mahu diturunkan, digenangi air entah dari mana terbitnya..Allahuakbar ! Benar kata Tapa, kubur wanita itu memang berasap. Asap itu dari dalam tanah. Dari dalam kubur !
Hari itu gempar orang ramai di kampung itu tentang misteri asap keluar dari kubor. Apa tidaknya, aib itu tidak dapat dielakkan kerana pagi itu ramai yang datang ke masjid dan tanah perkuboran kerana ada mayat yg mahu dikebumikan. Ini kerana kubor itu terus mengeluarkan asap tanpa berhenti.
Iktibar apa yang mahu ditunjukkan oleh Allah swt. atas aib ini ? Maha Besar Allah swt. yang Berkuasa. Petang itu imam Taib segera menziarahi suami arwah serta keluarganya. Rupanya khabaran itu telah pun diketahui awal lagi oleh keluarganya.
Sehari selepas mayat arwah isterinya dikebumikan. Kebetulannya, sehari selepas itu suaminya datang menziarahi pusara arwah isterinya di situ. Dan ketika ziarah itu, perkara benar itu dilihat, asap memang sudah mula keluar dari dalam tanah kubor betul2 dari lubang lahat jenazah arwah isterinya itu dikebumikan.
Dari apa yang diceritakan kepada imam Taib, sepanjang hidup arwah isterinya itu di dunia dapatlah diringkaskan seperti dibawah sebagaimana dimaklumkan oleh ibunya serta suaminya bahawa :
Isterinya itu selalu melawan suami. Derhaka kepada ibunya sendiri. Malah arwah isterinya juga seringkali memberitahu bahawa dia sering berzina dengan kawan-kawan lelakinya tanpa pengetahuan suami. Makan luar ! Itu perkataan tepatnya. Dia tidak puas bersama suaminya. Dan ketagihan zina itu berterusan.
Malah kegiatan itu sudah mendarah daging lagi sejak sebelum berkahwin dengan suaminya. Hal itu diceritakan oleh rakan2 arwah setelah berita kubornya berasap heboh tersebar di daerah itu. Sungguh benar, wanita yang juga arwah isterinya itu memang cantik dan putih orangnya. Tetapi oleh kerana sikap buas dan bebasnya itu maka kehidupan sosialnya sangat melampaui batas.
Oleh kerana arwah itu cantik dan seksi, maka ia cukup digilai oleh ramai lelaki termasuklah bos-bos besar kilang ditempatnya bekerja. Siapa yang tidak kenal Pulau Pinang yang terkenal dengan industri dan ‘minah kilang’ di era tahun 80-an dan 90an dahulu ? Kebetulan perisitiwa ini berlaku di negeri itu di daerah paling selatan dan bersempadan pula dengan negeri Perak.
Malah aktiviti ‘makan luar’ isterinya itu berterusan berlaku selepas berkahwin. Bukan hanya melayu, malah cina, benggali, mat saleh pun pernah menjamah tubuh seksi dan cantik arwah. Sehingga suatu ketika, arwah pernah termengandung anak haram, tetapi digugurkan di sebuah klinik swasta berhampiran Bayan Baru. Orang Penang mesti tahu klinik itu. Suaminya betul-betul seperti orang gajinya sahaja.
Ditambah lagi dengan sikap kurang ajar dengan ibunya sendiri, arwah terus jadi lupa daratan. Ibunya tidak ubah hanya dijadikan ‘hamba’nya dirumah, pernah beberapa kali ibunya ditampar dan dipukul oleh arwah atas beberapa kesilapan kecil yang berlaku.
Ketika dimaklumkan bahawa kubor arwah anaknya berasap, ibunya hanya mampu menangis. Ini kerana dosa arwah terhadap ibunya itu memungkinkan dosanya tidak diampunkan oleh ibunya sendiri.
Setelah bermuafakat, bacaan yaasin dan tahlil diadakan pada setiap malam. Ini kerana kubor itu terus berasap hampir sebulan lamanya. Asap yang keluar pula berbau busuk. Seperti bau daging dipanggang. Alhamdulillah, setelah hampir sebulan bacaan yaasin dan tahlil diadakan, serta perbincangan keluarga antara suami dan ibu arwah, pada hari yang ke 33 tidak ada lagi asap keluar dari bumi, dari lubang kuboran arwah.
Kisah yang sungguh mengemparkan di daerah itu. Malah hampir 2 tahun kuburan itu tidak ditumbuhi sebarang rumput. Tanahnya hitam seperti terbakar. Permukaan tanahnya kontang dan merekah seperti dilanda kemarau yang panjang.
Iktibar yang dituliskan pada paparan hari ini sungguh besar untuk dimanfaatkan oleh pembaca ABO. Ia kisah benar dan telah terjadi. Jauhi zina, jangan derhaka kepada ibu sendiri, taati ibu kerana syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Hormati dan taatlah kepada suami, jangan berlaku curang, kerana kecurangan itu tanda berat untuk dosa yang lebih besar. Jangan derhaka kepada suami.
Dan Ingatlah bahawa balasan Allah swt. atas hambanya yang melampaui batas itu tidak terhijab, malah ketika saat hidup di dunia fana ini, serta saat masuk ke barzah lagi telah ditunjukkannya buat manusia yang berfikir. Takutlah akan azab Allah swt. Azabnya sangat pedih. Allah Yang Maha Besar.
Saya pegang nisan di kubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat.
“Aii.. menung nampak? Kenapa?” tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.
Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah
 kotor sikit kena tanah,” saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara 
yang berasak-asak datang ke kepala.
“Mari pergi kat pondok… mandur nak jumpa.
 Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain 
dah pergi dah,” tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.
“Pergilah dulu, nanti aku datang,” balas saya lantas duduk termenung.
Sepeninggalan Bakar, saya duduk di 
pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang 
menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di 
benak tapi sekarang ini makin mendesak.
Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir
 sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, 
selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua 
malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, 
berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap 
sedialah…
Saya teringat cerita kononnya ada orang 
yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di 
dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati
 menjerit-jerit.
Eee… seramnya. Macam mana agak-nya rupa 
Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan
 maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi.
 Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh,
 nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. 
Astaghfirullahal azim…
Saya masih lagi duduk melangut di pinggir
 kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya 
termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.
Pergi… pergi sekarang! Johar, masa inilah kalau nak cuba. Kawan-kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.
Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut 
dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar 
beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu 
makin kuat berkumandang di telinga.
Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. 
Johar, apa engkau tunggu lagi?’ Kan engkau nak tau sangat, jangan 
tercegat lagi. Kau takut? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh 
mati…
Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai 
mati? Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. 
Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, 
cepaaaaat!
Dimulai lafaz bismillah dan selawat 
kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah 
pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya 
sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan.. Maklumlah, Bakri 
ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul 
masalah.
Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah,
lailahaillallah, lailahaillallah…
Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.
Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi
 menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar 
daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.
Saya juga teringat pada alunan suara 
seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang 
saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari 
kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas 
menyerbu fikiran.
Suara-suara aneh dari kubur itulah yang 
sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di 
alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup 
menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.
Lailahaillallah..
Lailahaillallah..
Lailahaillallah..
Saya terus meratib dan meratib hinggalah 
tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi 
yang amat menakutkan.
GGRUUMMM… PPPRRAAAPPP!!
Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba 
bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi 
bunyi yang amat menggerunkan.
“Ya Allaaaaahhh… apa yang berlaku ini?” 
saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat 
merapati. Air mata seperti hendak mengalir.
GGGRRRRUUUMMM…
Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi 
saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang 
dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup 
telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan 
saya tiba-tiba kaku.
Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.
ARGGHKKK… ERRRKKKKKKK! ! !
Terdengar pula suara seorang lelaki 
mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat 
sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu
 arah, takut yang amat sangat.
AARRKKK…. UUURRRKKGGH!!!
Saya menggigil apabila dia 
mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin 
rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di 
sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.
Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba…
PPPR-RRAAPPPPP!!!… bunyi papan patah berderai.
PRRAAKK… TTAAPP… PRRAAPP!
Kepingan demi kepingan papan tersebut 
patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut 
mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah!
Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati
 saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan 
dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah 
hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri 
sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak 
tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang
 dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.
Di saat saya terbungkam dengan apa yang 
berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. 
Desingannya menyakitkan telinga.
Seiring dengan ribut taufan itu juga, 
hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar 
lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam
 sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.
Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi 
tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, 
saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya 
ini bagai tersiat dan dagingnya masak.
“ARGGGHHHH” Jangan pukul aku lagiiiii!!!”, saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.
Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu 
tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit
 kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.
“Arrgghhh… sakit, sakiiittt!!”, saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.
Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah 
terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak 
bergegar hebat laksana dilanda gempa.
Suara lelaki mengerang dan 
tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. 
Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, 
renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.
Saya menjerit, menepis, mengelak 
hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke 
tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi 
bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa 
hening.
“Johar… Johar!!”, sayup-sayup nama saya dipanggil.
Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.
“Johar… bangun, bangun!”, nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.
Saya buka mata sedikit. Ooo… rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.
Selepas diberi air, badan dikipas, 
barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di 
pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang
 kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur 
sedang bersilat seorang diri.
“Engkau menepis sana , mengelak sini. 
Habis tanah kubur tu engkau tumbuk. Aku ambil air. Aku simbahlah”, kata 
Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak 
tawa kawan-kawan.
Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya 
saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang 
mereka tidak percaya.
Selepas kejadian itu saya terlantar 
selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin 
lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan 
besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan 
semangat.
Keluarga dan kawan-kawan menggeleng 
kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya 
menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang 
mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan 
semata-mata.
Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas
 hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama
 ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam
 barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, 
itu saya tidak kisah.
- See more at: http://fuh.my/kisah-benar-pengalaman-melihat-azab-kubur/#sthash.v93yDWka.dpuf 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan