Menurut Kamus Dewan (1994), perkataan "seks" bermaksud
 sifat-sifat yang membezakan lelaki dan perempuan (jantina) atau 
keinginan syahwat. Secara umumnya, perkataan seks memberikan gambaran 
tentang suatu keadaan iaitu wujudnya hubungan berlainan jantina antara 
lelaki dan perempuan. Pendidikan seks adalah suatu istilah 
digunakan untuk menjelaskan mengenai anatomi seksual, pembiakan seksual,
 perhubungan seks, dan aspek-aspek lain kelakuan seksual manusia.
Di
 dalam Islam, isu tentang pendidikan seks bukanlah sesuatu yang asing. 
Ia telah pun dibincangkan oleh para ilmuan Islam secara meluas 
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Antaranya ialah tentang kehidupan 
berumah tangga, zina dan  seks songsang (Kaum Nabi Lut). Daripada 
perspektif agama, orang yang mampu mengelakkan diri daripada berzina 
merupakan orang yang mempunyai kekuatan dalaman (spiritual) dan daya 
tahan diri yang kuat. 
Sebagaimana di dalam hadith Nabi s.a.w : Tidak akan berzina seseorang itu dalam keadaan dia beriman..(Riwayat Bukhari)
Pendidikan
 seks menurut Islam bermatlamatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah 
s.w.t. Perbincangan tersebut mestilah berlandaskan kepada Al-Quran dan 
Sunnah. Hasil daripada perbincangan tersebut sepatutnya mampu 
menghasilkan satu garis panduan yang jelas untuk menggubal dasar etika 
dan adab yang berkaitan dengan kekeluargaan, seksualiti dan reproduktif 
yang bercirikan Islam.
Di dalam Al-Quran juga terdapat tentang isu-isu seksualiti dan kekeluargaan. Antaranya:
- Maruah diri, perkahwinan dan institusi kekeluargaan
- Seks luar nikah
- Hadath
- Batas serta adab hubungan antara lelaki dan perempuan
- Hubungan kedua ibubapa dan anak-anak.
Islam
 juga menekankan bahawa pendidikan harus dimulakan daripada peringkat 
bawah supaya kanak-kanak dapat memahami perbezaan jantina yang wujud di 
antara mereka. Pada umur 10 tahun lagi, ibu bapa digesa supaya 
mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Apabila mereka 
sudah baligh, arahan supaya menutup aurat dan membataskan hubungan 
antara lelaki dan perempuan pula diwajibkan. 
Begitu
 juga, Islam telah memberi garis panduan untuk kehidupan seksual 
umatnya. Penekanan yang diberikan adalah sebagai langkah pencegahan awal
 seperti wajib menutup aurat, melarang pergaulan bebas antara lelaki dan
 perempuan, dan menetapkan mekanisme penyaluran keperluan seksual yang 
sah melalui institusi perkahwinan yang amat digalakkan dalam Islam. 
Menurut tokoh ilmuan Islam seperti Al-Ghazali dan Nasih 'Ulwan, objektif am Pendidikan seks menurut Al-Quran ialah : 
- Untuk memastikan pelajar dapat menghayati kesyumulan ajaran Islam dalam menangani segala permasalahan manusia.
- Untuk menambahkan lagi keinginan dan keimana pelajar terhadap kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.
- Untuk membuka minda pelajar berkaitan dengan kesihatan dan etika seksualiti serta kepentingan institusi keluarga.
-
 Untuk memberikan maklumat yang betul dan jelas berkaitan dengan 
seksualiti dengan menyediakan kurikulum pendidikan seksualiti yang 
standard berkaitan dengan kebaikan dan keburukan serta halal dan haram 
bertepatan dengan ajaran Islam.
Pada pendapat saya, guru-guru Pendidikan Islam perlu memperkuatkan usaha untuk mengajar generasi masa kini dengan ajaran Islam sepenuhnya. Al-Quran sendiri telah membincangkan tentang kekeluargaan dan seksualiti. Islam itu sudah lengkap, hanya umat Islam itu sahaja yang tidak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Jika Pendidikan Seks itu diajar di sekolah-sekolah, ia mestilah berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah. Hal ini supaya para pelajar dapat menginsafi diri dan takut akan azab Allah bagi sesiapa yang melanggar perintahNya. Jika tidak, seks luar nikah masih lagi akan berlaku..cuma mereka akan menggunakan cara yang selamat.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan