Sudah
tidak ada lagi perkataan yang dapat diungkapkan untuk mengambarkan bagaimana
penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh umat Islam di GAZA akibat
daripada kekejaman rejim Zionis-Israel. Entah bagaimana lagi suara tangisan
yang perlu dilaungkan oleh anak-anak kecil GAZA yang kehilangan ibu bapa agar
dapat menyentuh hati-hati umat Islam diseluruh dunia supaya mengerti
penderitaan dan kesengsaraan yang sedang mereka alami.
Begitulah perbezaan design kehidupan yang dibentuk
antara sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi sekular-kapitalis. Islam
sebagai way of life tentu sahaja mempunyai cara yang terbaik untuk mengatur
kehidupan manusia. Ini kerana Islam adalah agama wahyu yang diturunkan oleh
Allah SWT untuk mengatur seluruh kehidupan manusia.
Jenis
kekejaman apa lagi yang perlu dilakukan oleh Rejim Zionis-Israel untuk
membuktikan kekejaman mereka terhadap umat Islam Palestin. Berapa ramai lagi
umat Islam Palestin yang perlu dibunuh oleh Rejim Zionis-Israel untuk
membuktikan mereka adalah pembunuh yang kejam, dan berapa banyak lagi kediaman
umat Islam Palestin yang perlu dirampas oleh Rejim Zionis-Israel agar umat
Islam diseluruh dunia menyedari bahawa Rejim Zionis-Israel adalah perampas dan
penjajah tanah suci umat Islam. Berapa ramai?!!! Berapa banyak?!!!
Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat dan Negara-negara Eropah adalah
rakan sekongkol Rejim Zionis-Israel. Negara haram Israel wujud di tanah suci Palestin
adalah hasil perancangan British-PBB-Amerika Syarikat. Sandirwara apa lagi yang
perlu mereka lakukan untuk membuktikan bahawa mereka adalah rakan sekongkol
Rejim Zionis-Israel. Persidangan dan Perjanjian SAMPAH! apa lagi yang perlu
mereka anjurkan untuk menunjukkan tanduk iblis yang terpacak di kepala mereka. Entah
dimana letaknya KEPALA OTAK! umat Islam yang mengharapkan PBB, Amerika Syarikat
dan Negara-negara Eropah untuk menyelesaikan masalah umat Islam di Palestin.
Retorik
dan lakonan apa lagi yang perlu dilakonkan oleh pemimpin-pemimpin Arab dan
Turki untuk membuktikan mereka adalah PENGKHIANAT! umat Islam Palestin dan KERBAU!
kepada Amerika Syarikat. Anugerah PELAKON! apa lagi yang perlu dimenangi oleh
pemimpin seperti Recep Tayyip Erdoğan untuk membuktikan kehebatan lakonannya terhadap
umat Islam GAZA.
Kitab
apa lagi yang belum dikaji oleh para ulama masa kini hingga masih GAGAL!
menemui penyelesaian hakiki yang tunjukkan oleh Islam terhadap masalah umat
Islam di Palestin. Ajaran dari agama mana pula yang mereka pegang untuk berdiam
diri terhadap sikap bacul dan pengkhianatan demi pengkhianatan yang dilakukan
oleh pemimpim-pemimpin umat Islam terhadap
umat Islam Palestin. Ilmu Sains Politik apa yang dipelajari oleh para
Ilmuan Islam sehingga mengajarkan bahawa kekejaman Israel mesti diselesaikan di
meja RUNDINGAN!. Mana hilangnya rasional pemikiran mereka sebagai golongan
Ilmuan dalam melihat konflik yang sedang berlaku dibumi Palestin. Cabang dari
ilmu mana yang mengajarkan bangsa yang dijajah dan ditindas seperti umat Islam Palestin
perlu berunding dengan perampas dan pembunuh kejam seperti Zionis-Israel untuk
mendapatkan semula keadilan dan hak yang telah dirampas.
Mazhab
dari ajaran mana yang menuntut umat Islam untuk menghulurkan bantuan kemanusian
dan memboikot barangan keluaran Zionis-Yahudi SAHAJA bagi MENYELESAIKAN
penderitaan dan kesengsaraan yang sedang dialami oleh umat Islam di Palestin.
Entah apa yang telah dimakan oleh umat Islam sehingga otak mereka tidak mampu
untuk berfikir secara rasional dan memahami bahawa Jihad (Perang) merupakan
penyelesaian yang dituntut oleh ajaran Islam terhadap penjajahan dan kezaliman
yang dilakukan oleh Rejim Zionis-Israel terhadap umat Islam Palestin.
Wahai
Para Tentera Umat Islam! Berapa banyak lagi pinggan nasi yang kalian perlukan agar
kalian punya kudrat untuk mengangkat senjata???! Latihan jenis apa lagi yang
kalian perlukan agar tahu untuk menggunakan senjata???! Jenis persenjataan apa
lagi yang kalian perlukan agar kalian punya keberanian untuk berhadapan dengan tentera Zionis-Israel???! Ataukah kalian
hanya punya keberanian apabila hendak menangkap sesama umat Islam???! Ataupun
kalian sememangnya adalah tentera yang dilatih untuk menjadi TUKANG PACAK! Jika
itulah jenis kalian, bikin habis BERAS saja!!!
Selagi
umat Islam tidak ingin menyelesaikan isu GAZA (Palestin) dengan penyelesaian
Islam iaitu JIHAD, maka, selagi itulah saban tahun Ramadhan dan Syawal umat
Islam akan dipertontonkan kekejaman demi kekejaman Rejim Zionis-Israel terhadap
umat Islam di Palestin. Sampai bila? Sampai bila? Wahai umat Islam. Takutlah kepada
hari pengadilan Allah SWT diakhirat kelak, apabila anak-anak Palestin mengadu
dihadapan Allah SWT bahawa umat Islam telah mengabaikan mereka. Oleh itu,
kerahkanlah segenap usaha agar para tentera umat Islam dapat dikerahkan untuk
melindungi uma Islam di GAZA daripada kekejaman Penjajah dan Perampas Rejim
Zionis-Israel.
Sistem Ekonomi Islam Mewujudkan Kehidupan Yang Sejahtera
Peningkatan kutu rayau, fakir miskin dan
gelandangan di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur merupakan antara output
yang dihasilkan oleh pengaturan kehidupan oleh sistem ekonomi
sekular-kapitalis. Ini kerana design sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan
kepada prinsip kebebasan pemilikan telah membentuk agihan kekayaan yang
tempang, dimana sebahagian besar kekayaan hanya dikuasai oleh sebilangan kecil
manusia dan bakinya terpaksa dikongsi pula oleh sebahagian besar manusia.
Majalah Malaysian Business melaporkan,
pada tahun 2002, jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia hanyalah sebanyak
RM41.7 bilion. Jumlah tersebut telah melonjak kepada RM194.86 bilion pada tahun
2013 dan pada Januari 2014 gabungan kekayaan 40 individu paling kaya di
Malaysia telah melonjak kepada RM217.82
bilion. Jumlah tersebut hampir mencapai jumlah budget negara pada tahun 2014
iaitu sebanyak RM264.2 bilion. Dengan kata lain, jumlah kekayaan yang dimiliki
oleh hanya 40 orang terkaya di Malaysia hampir mencukupi untuk menampung budget
negara selama setahun. Kekayaan mereka dijangka akan terus meningkat dengan
kepesatan ekonomi yang sedang dinikmati oleh Malaysia. The Economist
Intelligence Unit (EIU) melaporkan Malaysia berada dalam kedudukan yang ke 19
daripada 82 negara sebagai investor-friendly countries - tempat
terbaik untuk membuat perniagaan.
Kekuatan modal yang dimiliki hasil
daripada kekayaan yang melimpah ruah membolehkan mereka dapat menguasai atau
memonopoli sebahagian besar sumber-sumber ekonomi yang strategik. Mereka
sesekali tidak akan pernah merasa puas dengan kekayaan yang dimiliki, bahkan
akan sentiasa dahagakan untuk menambahkan kekayaan yang dimiliki kerana itulah
‘sumpahan’ kebebasan pemilikan yang dibawa oleh sistem ekonomi
sekular-kapitalis. Semakin banyak harta yang dimiliki maka semakin meningkat
ketamakan untuk menambahkan kekayaan. Segala peluang yang terhidang dalam
kebebasan pemilikan dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk menguasai apa sahaja
sumber ekonomi yang dapat menjana kekayaan. Sehinggakan pihak pemerintah
sendiri tidak akan dapat menahan kerakusan mereka, satu persatu sumber ekonomi
yang sebelumnya dikelola oleh pihak pemerintah telah jatuh ketangan mereka dan
dijangkakan akan banyak lagi sumber-sumber ekonomi yang akan jatuh ketangan
golongan pemodal kapitalis. Ianya merupakan nature yang tidak
dapat dihalang dalam perkembagan ekonomi berasaskan system sekular-kapitalis.
Sumber-sumber ekonomi yang telah jatuh
ketangan mereka distukturkan berasaskan prinsip bagaimana keuntungan dapat raih
dengan semaksimumnya dan kos dikurangkan dengan seminimumnya. Tidak kira apa
jua bentuk pembaharuan atau kemajuan yang diberikan, ianya tidak boleh lari
daripada matlamat utama yang ingin diraih iaitu keuntungan yang maksimum.
Ketika kekayaan segelintir
individu semakin bertambah dari tahun ke tahun, kadar kemiskinan dan jumlah
gelandangan di ibu kota pula turut semakin meningkat. Bahkan golongan
berpendapatan kelas pertengahan juga semakin turut merasa kesempitan hidup
akibat daripada ‘kesemakmuran ekonomi’ yang dijana berasaskan ekonomi
sekular-kapitalis.
Kesempitan
hidup yang melanda kebanyakkan anggota masyarakat akibat daripada ‘kesemakmuran
ekonomi’ yang dijana oleh ekonomi sekular-kapitalis turut melahirkan banyak
lagi kerosakan hidup dalam masyarakat. Antarannya keruntuhan institusi
kemasyarakatan dan kekeluargaan, peningkatan kadar jenayah, peningkatan gejala
sosial dan lain-lain lagi. Dunia boleh menyaksikan kerosakan demi kerosakan
yang dilahirkan kesan penjanaan ekonomi berasaskan sistem sekular-kapitalis dan
dunia juga boleh menyaksikan penyelesaian demi penyelesaian yang dilaksanakan
tidak berjaya mengatasi kehebatan kerosakan yang telah dihasilkan oleh sistem
ekonomi sekular-kapitalis.
Berbeza
dengan sistem ekonomi Islam, sistem ekonomi yang diturunkan oleh Allah SWT menetapkan
asas bahawa segala sumber ekonomi dan kekayaan yang terdapat dimuka bumi ini
adalah milik mutlak Allah SWT, terserah kepada Allah SWT untuk menentukan
pemilikannya. Pemilikan sumber ekonomi dan kekayaan didalam system ekonomi
Islam menjamin keadilan kepada semua manusia termasuklah golongan yang lemah
dan tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah. Pemilikan sumber ekonomi didalam
Islam terbahagi kepada tiga jenis iaitu pemilikan individu, pemilikan umum dan
pemilikan Negara. Konsep pemilikan didalam Islam dapat memusingkan sumber
ekonomi secara adil dan dapat memberikan kemakmuran kepada keseluruhan warganya
tanpa mengira golongan. Tiada penguasaan sumber ekonomi yang melimpah ruah dan monopoli
terhadap sektor ekonomi kepada golongan tertentu sahaja seperti dalam sistem ekonomi
sekular-kapitalis. Dengan kata lain kesemakmuran ekonomi Islam akan memberikan
kesejahteraan yang hakiki kepada rakyatnya.
Selain
itu, sistem ekonomi Islam yang berasaskan hukum-hakam Islam yang diturunkan oleh
Allah SWT menjamin keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal bagi
setiap warganya. Jaminan tersebut dapat terlaksana dengan dua mekanisma iaitu
mekanisma tidak langsung dan mekanisma secara langsung. Mekanisma langsung
terlaksana dengan cara Negara mewujudkan peluang dan kemudahan yang dapat
membolehkan setiap wargannya yang berkewajipan untuk bekerja dapat berkerja
untuk mendapatkan keperluan-keperluan asas tersebut.
Mekanisma
langsung pula adalah jaminan memberikan keperluan asas oleh Negara secara
langsung apabila golongan yang tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas
tersebut.
Ini
kerana didalam sistem ekonomi Islam, jika individu yang wajib untuk berkerja
telah berusaha untuk mencari pekerjaan, namun tiada peluang pekerjaan untuknya,
maka, Negara wajib untuk menyediakan peluang pekerjaan agar golongan yang wajib
bekerja dapat menunaikan kewajipan mereka untuk mencari nafkah. Menyediakan
peluang pekerjaan adalah tanggunjawab Negara.
“Seorang Imam adalah pemelihara dan pengatur urusan
(rakyat), dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap urusan
rakyatnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Namun harus difahami bahawa kaum keluarga dan jiran
tetangga juga mempunyai kewajipan untuk memenuhi keperluan asas kepada golongan
yang tidak berkemampuan, bukannya diserahkan secara bulat-bulat kepada Negara. Dengan
kata lain, jika seseorang individu tidak mampu untuk memberikan nafkah kepada dirinya
sendiri ataupun orang-orang yang berada dibawah tanggungjawabnya dan dia
sendiri tidak mempunyai anggota keluarga yang dapat menanggung keperluannya,
maka kewajiban pemberian nafkah itu berpindah kepada baitul mal (Negara).
Namun sebelum kewajiban tersebut berpindah kepada Negara, Islam mewajibkan
kepada jiran tetangga yang beragama Islam untuk memenuhi keperluan keperluan asas
orang-orang tersebut, khususnya berkaitan dengan keperluan makanan. Dalam hal
ini Rasulullah saw pernah bersabda :
“Tidak beriman kepadaku, tidak beriman kepadaku,
tidak beriman kepadaku, orang yang pada malam hari tidur dalam keadaan kenyang
sementara tetangganya kelaparan dan dia mengetahui hal tersebut.” (HR.
Al-Bazzar)
Dalam soal melaksanakan kewajipan mencari nafkah, Negara
berhak untuk menguatkuasakan undang-undang agar setiap individu yang
berkemampuan melaksanakan kewajipan mereka. Bagi yang mampu berkerja dan
peluang pekerjaan telah tersedia, maka tiada sebab untuk individu sedemikian
untuk tidak berkerja. Jika ada yang mengabaikan kewajiban memberikan nafkah
kepada orang-orang yang menjadi tanggungjawabnya, sedangkan dia berkemampuan
untuk bekerja mencari nafkah, maka negara berhak menghukumnya agar tidak
berlaku kelalain melaksanakan kewajipan bekerja untuk mencari nafkah.
Disamping itu, jaminan terhadap soal keselamatan,
kesehatan dan pendidikan bukanya merupakan sektor yang penting seperti didalam sistem
ekonomi sekular-kapitalis. Ini kerana keperluan perkhidmatan tersebut merupakan
perkhidmatan yang wajib disediakan oleh Negara. Berbeza dengan keperluan asas
seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, dimana Islam melalui negara
menjamin terpenuhnya keperluan asas tersebut melalui mekanisme yang bertahap. Dimana,
menyediakan keperluan perkhidmatan keselamatan, kesihatan dan pendidikan
merupakan kewajipan secara langsung terhadap Negara. Ini kerana menyediakan
ketiga-tiga perkhidmatan tersebut merupakan masalah ‘keperluan umum’ (ri’ayatu
asy syu-uun) dan merupakan keperluan hidup yang sangat penting. Oleh itu,
Negara wajib menyediakan ketiga-tiga perkhidmatan tersebut agar dapat dinikmati
oleh setiap warganya, baik yang Muslim mahupun yang Non-Muslim. Seluruh
pembiayaannya ditanggung oleh Perbendaharaan Negara (Baitul Mal).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan