Punca Kristian semakin aktif dan sebab sebab kenapa Agama Islam semakin lemau di Malaysia?
|  | 
Hakikat hari ini! Gereja
 Kristian ikhlas menyebarkan kefahaman karut mereka tetapi Ulamak Islam 
ramai yang memiliki EGO GILA BABUN dan kelakuan sombong dan bongkak 
mereka ini membawa kepada keadaan diri mereka menjauhi Ummah! 
Dah lama saya dok tegor 
perkara ini bahawa segala Mufti dan Ketua Jabatan Agama kena turun ke 
khalayak orang ramai mengajar tentang Islam sebenar TETAPI MEREKA SIBUK MENGAMPU PEMERINTAH yang berterusan alpa dengan tugas dan tanggung jawab mereka! 
Ramai di kalangan Khatib
 membaca teks khutbah yang di sediakan kerajaan! Berkhutbah dengan nada 
suara marah marah dan mengherdik jamaah bukan meraikan kehadiran mereka 
ke masjid2 Allah.
AJK Masjid berlagak 
seolah mereka tuanpunya rumah2 Allah dan membuatkan orang ramai menjauhi
 masjid! Ini lah punca kelemahan umat Islam hari ini di Malaysia.
Ini adalah di antara 
punca mengapa umat Islam hadir ke masjid secara terpaksa kerana 
barangsiapa yang gagal hadir ke Solat Jumaat tiga kali berturut turut di
 anggap telah terbatal syahadahnya.
Bila ketua ketua Agama 
Islam gagal menjalankan tanggungjawab mereka maka nya ummah yang 
dahagakan kepimpinan Islam mudah di pengaruhi mereka yang berkepentingan
 politik dan mahukan kuasa.
Matlamat menghalalkan cara!
Demi kedudukan sementara
 di dunia ini, ramai di kalangan ahli ahli politik UMNO, PAS dan PKR 
berjuang untuk memajukan diri sendiri.
Mereka lebih gemar 
bergaduh sesama sendiri dari bergabung tenaga dan kuasa untuk 
memperjuang dan mempertahankan Islam. Mana pernah ketiga kelompok ini 
bersatu mempertahankan Islam? 
PAS dengan PKR sanggup bersekongkol dengan musuh musuh Islam seperti DAP untuk menjahanamkan UMNO!
Bukannya mereka mahu nak
 duduk semeja tegur menegur nasihat menasihati demi kebaikan bersama. 
Jadi masaalah masaalah begini masih berterusan dan keutuhan ummah 
semakin hari semakin lemah.
Pihak pihak Kristian dan
 LGBT tahu akan kelemahan ini dan mereka terus masuk mengambil 
kesempatan menyebarkan doktrin mereka di kalangan Melayu Muslim yang 
tengah keliru dan dahagakan kasih sayang.
Sungguh! Orang kita 
ketandusan perhatian dan kasih sayang dari para ketua dan pemimpin 
pemimpin negara yang selalunya tak ambil peduli akan keperluan emosi dan
 rohani ini. Kristian menggunakan kaedah menabur budi bersulamkan kasih 
sayang begi memikat hati golongan yang memerlukan ini.
Kita sering membaca 
tentang anak anak muda dan remaja yang menjadi mangsa salah laku seksual
 kerana cepat percaya dan yakin dengan sesiapa sahaja yang menggunakan 
laman Facebook dan media sosial lain untuk menjalinkan perhubungan 
dengan mereka ini yang ketandusan perhatian dari ibubapa serta ahli 
keluarga mereka.
Maka pemangsa pemangsa 
ini yang sudah lama menjalankan kegiatan begini mudah mempengaruhi jiwa 
jiwa lara ini dan mengajak si mangsa keluar. Nak makan minum dan 
berjalan jalan. Silap haribulan kena ngap dan di kerjakan bergilir 
gilir. Esok keluar kat surat khabar dan media maya. Ini realiti.
Walau di Negeri Kelantan
 yang di gelarkan sebagai 'Serambi Mekah' dan sudah di bawah perintah 
PAS serta Mursyidul Am mereka Nik Aziz, kita selalu dengar akan nasib 
budak budak perempuan Melayu di sana yang menjadi ratahan musang2 
berjanggut! Takkan lupa dengan kes rogol bergilir gilir terkini di sana?
 Bukan budak Cina! Bukan India! Melayu juga!
Semua ini berpunca dari 
kesilapan orang orang Melayu terutama pihak pihak berkuasa agama dan 
kerajaan. Bila pihak berkuasa tak ambil pot tentang keperluan keperluan 
emosi dan rohani masyarakat umum maka ini lah natijahnya!
Masaalah ini semakin 
meruncing dengan ada nya ahli politik seperti Nurul Izzah dari PKR 
tumpang sekaki mengeluarkan pendapat merapu nya :
Nurul Izzah mungkin 
terbawa bawa dengan semangat mahu sehati sejiwa dengan rakan rakan 
Pakatan Pembangkang nya sehingga terkeliru akan hakikat bahawa bila 
seseorang itu sudah mengucap dua kalimah syahadah dan mengaku beriman 
terhadap Allahu Rabbul Alamin tak adanya ruang untuk ia bertukar akidah 
pergi menyembah sesuatu selain dari Allah!
Islam bukan lah sesuatu serupa menjadi ahli kelab riadah. Boleh nak tukar tukar keahlian mengikut sesuka hati!
Nurul Izzah perlu 
mendalami lagi ajaran Islam sebenar terutamanya bab Tauhid! Mari lah 
kita mendoakan nya agar mendapat Taufik dan Hidayah Allah! Amin Ya 
Rahman! Amin Ya Rahim!
Realiti nya sudah ada beberapa kes dimana anak anak muda Melayu yang lemah iman sudah murtad dari Ad Deenul Islam! 
Di bawah ini saya 
paparkan satu 'screenshot' perbincangan di Facebook di antara seorang 
ibu yang merayu anak nya untuk kembali ke pangkal jalan tetapi anak nya 
degil tetap mahu tinggalkan Islam!
Saya dapat imej ini dari carian Google. Nurul Izzah patut muhasabah diri nya melihat kes ini. Apakah ini yang ia mahu?
Umat Islam Malaysia 
harus juga sedar akan bahaya kefahaman pluralisma yang di bawa oleh 
anasir anasir luar seperti pelakon Hindi ini:
Kesan dari pemujaan 
terhadap para selebriti seperti aktor Bollywood Shahrukh Khan yang 
syirik terhadap Allah secara terang terangan harus di cantas segera 
dengan menyebarluaskan pendedahan ini! Saksikan video berikut:
Seorang lagi pelakon 
Bollywood Salman Khan telah di rakam turut ikut serta didalam pemujaan 
dewa tokong Hindu dan telah di fatwakan sebagai murtad oleh pihak 
berkuasa Agama Islam di India:
Kita harus mengimbas kembali akan realiti yang sedang kita hadapi sekarang.
Pihak pihak yang 
menunggu untuk mengambil kesempatan ke atas umat Islam ini tak akan 
membuang masa! Setiap ketamadunan yang terbilang di zaman dahulu tumbang
 kerana perhubungan di antara pihak kerajaan dan rakyat jelata semakin 
renggang.
Pihak yang konon nya 
mewakili hal ehwal Islam di dalam negara kita ternyata sudah jauh dari 
masyarakat umum Muslim Malaysia. Keangkuhan sesetengah dari kalangan 
bijak pandai ulamak Islam didalam negara kita membawa kepada penjauhan 
umat Islam dari panduan dan bimbingan mereka.
Bagaikan bebiri yang 
terpisah dari kumpulan nya, mudah menjadi mangsa serigala serigala di 
luar sana yang hanya menunggu untuk membaham mangsa nya!
Siapa nak tolong?
Pihak berkuasa Agama 
Islam Malaysia elok lah sedar diri dan lakukan sesuatu bagi menyekat 
kerapuhan akidah yang sedang berlaku sekarang dan jangan berterusan 
dengan budaya kerja sambil lewa seperti biasa.



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan