Rasulullah
 bersabda, "Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) 
telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka 
tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu 
Daud) Rasulullah bersabda," Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali 
yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)
Kajian
 ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau
 berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit 
kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan 
pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian
 ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser 
milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di 
kaki.
Sebab
 utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh 
perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas 
bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun 
bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan 
Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit 
milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang
 penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da'wahi oleh Rasulullah. 
Tentang hal ini Allah berfirman:"Dan
 ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur'an) 
adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit 
atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih" (Surah Al-Anfaal: 32)
Dan
 sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal
 itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser 
dari pelbagai kanser. Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan 
matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap
 pakaian yang ketat, pakaian pantai (yang biasa dipakai orang-orang 
kafir ketika di pantai dan berjemur di sana) yang mereka kenakan. 
Penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh dan dengan kadar yang 
berbeza-beza. Gejala awal adalah seperti bulatan berwarna hitam agak 
lebar. Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di kawasan 
kaki atau betis dan di kawasan sekitar mata, kemudian merebak ke seluruh
 bahagian tubuh disertai pertumbuhan di kawasan yang biasa dilihat, 
pertautan limpa (kawasan di atas paha), dan menyerang darah, dan menetap
 di hati serta merosakkannya.
Ia juga boleh menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan hidup lama.
Dari
 sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh manusia di dalam 
perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas 
syariat iaitu bahawa model pakaian perempuan yang benar adalah yang 
menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali wajah dan 
telapak tangan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan