Tiada
  siapa  dapat  menghalang  kekuasaan Allah. Punca pelbagai bencana alam
  yang  berlaku  adalah  disebabkan  kemelut dan krisis yang 
sengaja diciptakan  manusia itu sendiri. Sebahagian manusia hari ini 
seolah-olah hilang  keyakinan  untuk  menjalankan  tanggungjawab sebagai
 khalifah di bumi Allah ini.
Disebabkan
  kerenah  dan  krisis yang berlaku di kalangan manusia itulah juga  
barangkali  Allah  sengaja  menimpakan  bencana ke atas 
segelintir hamba-Nya sebagai ujian dan takdir yang tidak dapat ditolak.
Allah  berfirman  dalam surah as-Syura, ayat 30 yang bermaksud: 
“Dan
 apa jua yang menimpa kamu dari kesusahan (bala bencana) maka disebabkan
 oleh apa  yang  telah kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan 
(dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian dari dosa kamu.”
Sebagai
  hamba  yang  sentiasa  meyakini akan keadilan Tuhan, maka 
sudah sewajarnya  kita sama-sama merenungi dan menghayati apa yang 
tersirat di sebalik mafhum ayat di atas.
Sesungguhnya
  hanya  dengan  keyakinan, iltizam, istiqamah dan keinsafan yang  
mendalam  saja  akan  membolehkan kita mencari kekuatan dalam diri bagi 
 mengimarahkan bumi Allah dengan perbuatan yang diredai kerana 
kita hanyalah  makhluk Allah yang dipinjamkan sementara untuk menetap di
 alam fana ini.
Setiap
  apa  juga  kerakusan  dan  keterlanjuran  yang  berlaku 
bukanlah disebabkan pihak tertentu saja, ia mungkin disebabkan rentetan 
peristiwa yang  berpanjangan  akibat  dari  keegoan  manusia  itu  
sendiri  untuk menguasai  muka  bumi  ini secara total dan sering 
menganggap orang lain tidak ubah seperti hamba.
Tanpa
  sikap  toleransi  dan  saling faham memahami, tentu saja 
pelbagai kejadian  negatif  akan  cepat  mudah  meletus.  Apabila  
tercetusnya pertelingkahan,  permusuhan  dan  dendam,  sudah  pasti  
akan meletuslah perbalahan  yang  akhirnya hanya memusnahkan sebahagian 
besar makhluk di muka bumi.
Dapat
  difahami daripada ayat di atas, Allah berhak untuk menurunkan apa juga
  ujian  ke  atas  hamba-Nya  yang tidak bersyukur dengan nikmat 
dan kurniaan-Nya.  Bahkan  melakukan  perbuatan  yang  sentiasa  
mengundang kemurkaan Allah.
Ada
  waktunya  Allah hanya menurunkan malapetaka kecil. Ia adalah 
amaran daripada Allah agar manusia segera menghentikan daripada berbuat 
sesuatu yang  boleh  mengundang  kemarahan-Nya. Tetapi, apabila datang 
bala yang lebih  besar,  maka ia bukan lagi sebagai ingatan dan amaran, 
sebaliknya adalah bencana yang sengaja diturunkan Allah untuk memberi 
pembalasan di atas kerakusan manusia.
Lebih
  malang,  apabila  berlaku bencana Allah, ramai manusia yang 
tidak berdosa  akan  turut  menjadi  korban.  Di  sinilah  pentingnya  
konsep ‘berpesan-pesan  dengan  kebenaran  dan berpesan-pesan dengan 
kesabaran’ sebagaimana ingatan Tuhan dalam surah al-Asr.
Allah  Taala berfirman melalui surau Hud, ayat 52 yang bermaksud: 
“Wahai kaum-Ku,
  mintalah  ampun dari Tuhanmu, kemudian kembalilah mentaati-Nya agar  
diturunkan  hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada  
dan  janganlah  kamu  membelakangi  seruan-Ku  dengan terus 
menerus melakukan dosa.”
Keengganan
  menunaikan  tuntutan  agama  seperti mengeluarkan zakat juga adalah  
salah  satu hal yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Antaranya melalui
 kejadian kemarau panjang.
Dalam  hal  ini  Rasulullah  SAW  bersabda  melalui  hadis  Baginda yang diriwayatkan  oleh Muslim yang bermaksud: 
“Tidak
 menghalang sesuatu kaum itu  daripada  mengeluarkan  harta  mereka  
melainkan  mereka menghalang langit  daripada  menurunkan  hujan. 
Kalaulah tidak kerana binatang yang ada  di  muka bumi ini, nescaya 
langit pasti tidak akan menurunkan hujan buat selama-lamanya.”
Daripada  Tarmidzi,  Rasulullah  SAW  bersabda  yang bermaksud: 
“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka iaitu:
- Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.
- Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.
- Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
- Apabila anak menderhakai kedua ibu bapanya.
- Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
- Apabila suami terlalu mentaati isteri.Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.
- Apabila pemimpin sesebuah kaum itu adalah orang dihina oleh kaumnya sendiri.Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.
- Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.
- Apabila ramai lelaki memakai sutera.
- Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.
- Apabila wanita mula bermain alat muzik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Mohon kongsi artikel di atas..... harap balas ya....
BalasPadam