
Perkahwinan juga akan melengkapkan segala kekurangan pada diri. Allah 
S.W.T datangkan jodoh kita untuk sering melengkapi. Kemungkinan si 
Zaujah kurang pemahaman agama si Zauj yang akan melengkapkan dan 
mengjaranya. Kerana dengan perkahwinan akan ada sifat yang akan timbul 
antara pasangan adalah saling nasihat menasihati kearah kebaikan. Allah 
menjadikan hambanya dengan penuh hikmah dan memberikan jodohnya dengan 
penuh lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Ana hanya ingin katakan, tiada benda dalam dunia ini yang tidak mustahil
 untuk kita kecapi, bahkan Allah itu lagi Maha Mengetahui akan tiap-tiap
 makhluk ciptaanNya. walaupun sesusah mana berkenaan hantaran insyaALLAH
 ALLAH pasti mempermudahkan. almaklumlah zaman sekarang terkenal dengan 
hantaran yang beribu-ribu sedangkan Allah kata mahar paling rendah itu 
lebih bagus.
Sabda Nabi SAW bermaksud:
"Satu dinar engkau belanjakan di jalan Allah dan satu dinar engkau
 belanjakan buat memerdekakan budak, dan satu dinar engkau belanjakan 
buat anakmu. Yang paling utama daripada semua itu ialah satu dinar yang 
engkau belanjakan buat anakmu. 
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Jika ayah dan ibu sanggup belanja berpuluh-puluh ribu untuk anaknya 
kejar fadhu kifayah, tidak mampukah ayah dan ibu membelanjakan walaupun 
seribu untuk anaknya berkahwin. Dah kahwin itu adalah fadhu bagi mereka 
yang mampu dan jika ana kata ana mampu, ana wajib untuk berkahwin.
Daripada Abi Umamah al Bahili r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sebesar-besar perkara yang mendapat faedah setelah bertakwa 
kepada Allah ialah isteri yang solehah di mana bila suami 
memerintahkannya  nescaya akan taat kepadanya, dan jika suami 
memandangnya dia akan berhias justeru menggembirakannya, dan jika 
suaminya bersumpah ke atasnya nescaya dia menunaikannya dan jika 
suaminya tiada, dia akan menjaga diri serta maruahnya dan harta 
suaminya."  (Riwayat Ibn Majah ). 
Satu lagi Hadis Nabi s.a.w. maksudnya:
"Berkahwin itu satu keberkatan dan anak itu suatu rahmat, maka 
muliakanlah anak-anak kamu, maka sesungguhnya memuliakan anak-anak itu 
ibadat." 
( Hadis ini tercatat dalam "mutiara Hadis Nabi-  Penawar Jiwa" karangan as Syeikh Muhiyuddin Acheh, seorang wali Allah).
Oleh itu, jika seseorang berkemampuan dari segi fizikal dan mental serta
 ditakuti melakukan perbuatan nista seperti zina, maka wajib ia kahwin. 
Jika tidak ada hal ditakuti tadi, sedangkan ia mampu dan sanggup 
berkahwin, maka hukumnya sunat, tetapi tidak digalakkan dalam Islam. 
Makruh seseorang berkahwin jika dia tidak mampu atau sanggup memberi 
nafkah selepas berkahwin.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan