Walaupun saya sebagai seorang anak kepada allah swt.Setiap kebaikan yang kita lakukan selama ini pasti ada ganjaran yang lebih baik lagi, kita 
mesti yakin bahawa Allah s.w.t pasti akan membalas dengan ganjaran yang 
lebih baik. Yakinlah, "what you give, you get back". Itu hukum 
sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Begitu juga dalam bekerja, 
sekiranya kita membuat suatu kerja dengan ikhlas dan gigih. Allah pasti 
akan membalaskan kebaikan kita. Walaupun Allah tidak membalas ganjaran 
kepada kita sendiri, tetapi mungkin Allah bagi ganjaran kepada orang 
lain yang dekat dengan kita. Boleh jadi kepada anak-anak kita, keluarga 
kita dan sebagainya.  Contohnya, kita sentiasa berusaha gigih dalam 
bekerja, tetapi usaha kita dipersiakan Mungkin kita kecewa sebab tidak 
dinaikkan pangkat dan sebagainya. Tetapi, kita tidak tahu, barangkali 
Allah bagi ganjaran kepada anak-anak kita. Katalah, anak-anak kita semua
 nya belajar universiti. Itu pun dah satu ganjaran bagi kita. Yang mana 
kita hendak? Hendak naik pangkat atau hendak tengok anak-anak berjaya? 
La tahzan! Janganlah bersedih. 
Seperkara lagi, sekiranya kita melakukan
 kebaikan kepada orang lain. Jangan sesekali mengharapkan balasan 
daripada orang tersebut. Allah akan balas, tetapi mungkin bukan melalui 
orang yang kita buat kebaikan tadi. 
Metafora atau analoginya begini. kita 
sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh 
sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi 
isyarat untuk masuk ke lorong kita, kita pun beralah, lalu memberi 
laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita. 
Kemudian kita terus memandu ke hadapan. 
Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer kemudian, 
tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu 
isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya, logikkah kalau kita 
mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk 
kita?
Tidak logik bukan?? Sebab kereta yang 
kita bantu tadi entah ke mana perginya. Tetapi, ada kereta lain yang 
simpati dan kemudian memberi laluan untuk kita. Padahal, kereta itu 
tidak pernah sekalipun kita tolong. Allah telah menggerakkan hati 
pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri 
kebaikkan, tidak ada disitu untu membalas kebaikan kita. Tetapi Allah 
menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah berasa kebaikan kita 
untuk membalas kebaikkan kita tadi. Subhanallah! Renungkanlah.. 
bagaimana yang berlaku dalam litar jalan raya begitu jualah litar dalam 
kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A 
yang membalas kebaikan kita tetapi boleh jadi B atau C atau D atau 
lain-lain yang membalasnya. Ini lah hakikat yang berlakku dalam 
kehidupan ini dan kita tidak boleh kecewa jika keikhlasan kita 
dipersiakan. 
p/s: Setiap kali kita membuat kebaikan, jangan lah mengharap balasan sesama manusia. Berharaplah dengan Allah swt. InsyaAllah...Allah swt pasti membalasnya. Renung-renungkan dan selamat beramal.
p/s: Setiap kali kita membuat kebaikan, jangan lah mengharap balasan sesama manusia. Berharaplah dengan Allah swt. InsyaAllah...Allah swt pasti membalasnya. Renung-renungkan dan selamat beramal.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan