KITAB fikah menyebut
 syahid terbahagi dua iaitu jenis berperang dan jenis tidak berperang. 
Jenis mayat berperang terbahagi kepada:
(a) Syahid dunia dan akhirat
Mereka
 adalah orang yang mati dalam peperangan kerana menegak agama Islam 
dengan ikhlas tanpa berhajat untuk membolot harta rampasan dalam 
peperangan itu.
(b) Syahid dunia:
Mereka
 adalah orang yang mati dalam peperangan dengan tujuan utamanya membolot
 harta rampasan di samping berperang menegak agama Islam.
Jenis tidak berperang:
(c) Mereka yang mati kebakaran
(d) Mati mengejut terkena wabak
(e) Mati beranak,
(f) Mati sedang belajar dan sebagainya.
Hukum
 terhadap orang yang mati syahid bahagian (a) dan (b) tidaklah wajib 
disembahyang dan dimandikan sekalipun berada dalam hadas kecil atau 
besar.
Perkara itu seperti arahan Rasulullah SAW ke atas syuhada perang Uhud.
Sabda
 Baginda, maksudnya: "Jangan kamu mandikan mereka kerana setiap luka dan
 darah itu adalah wangi semerbak pada hari Kiamat dan tidaklah payah 
sembahyang ke atas jenazah mereka."
Jadi kepada mereka ini dua perkara yang wajib dikerjakan iaitu kafan dan kebumikan.
Disunatkan mengkafan mayat berkenaan bersama pakaian yang dipakai ketika mati dalam peperangan itu.
Ada pun syahid akhirat, mereka akan mendapat pahala di akhirat kelak.
Bagi
 golongan (c), jenazah mereka perlu dilaksanakan sebagai orang meninggal
 biasa dengan wajib mandi, kafan, sembahyang dan dikebumikan.
Untuk
 lelaki atau perempuan yang mati dalam keadaan janabah (berhadas besar),
 maka ia tidak dituntut dimandikan lagi dengan mandi janabah selepas 
dilaksanakan mandi mayat.
Memandikan mayat mengikut syarat mandi mayat sudah dikiira mencukupi.
Walaupun
 mungkin keluar dari perut mayat berkenaan sesuatu yang kotor selepas ia
 dimandikan atau ketika dikafankan, maka ia juga tidak dituntut 
dimandikan semula, tetapi memadai membersihkan kesannya benda itu.
Adakah boleh jenazah boleh ditayamumkan? Perkara ini dibenarkan dengan syarat:
 - Ketiadaan air.
- Badannya terlalu uzur (seperti orang yang mati terbakar dan sebagainya), kalau dimandikan akan hancur daging badannya.
- Mayat lelaki yang mati di tempat yang terpencil sedang di tempat kematiannya tidak ada melainkan golongan perempuan saja (yang bukan muhrimnya).
- Mayat seorang perempuan yang tidak ada di tempat matinya melainkan kaum lelaki saja (yang bukan muhrimnya).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan