Ustaz Love menerima pertanyaan haryz khairuddin :
“salam alaika ustaz.
saya mungkin hadapi masalah sama macam laila. mungkin ada yang kata 
perangai macam tu masih normal. tapi bagi kami sekeluarga, itu dah obses
 namanya. sebab tak pernah sekalipun mak saya akan puji cara anak2nya 
mengemas. pasti ada je yang tak bersih di matanya walaupun kami dah puas
 mengemas sebersih mungkin (sehingga saya rasakan ISO yang mak saya 
tetapkan terlampau tinggi). dan kadang2 yang buatkan kami tak tahan, 
hanya disebabkan kotor sedikit saja (mungkin disebabkan habuk di atas 
meja) habis satu rumah teruk dimarahnya. mungkin sebagai anak, kita tak 
patut menyindir ibu atau bapa. tak elok mengguris hati mereka. tapi 
pernah tak ibu bapa terpikir kadang2 ada kata2 mereka yang menyakitkan 
hati anak2???“
Ustaz Love tak berhajat nak sentuh lagi pasal cerita obses kebersihan ni.. rasanya dah cukup dah Ustaz Love ulas dalam entry lalu.. Ustaz Love cuma nak ulas part akhir tu je.. wajarkah ibu bapa menyakitkan hati anak2?
 Seorang Muslim adalah dilarang 
menyakiti Muslim yang lain.. tak kira la menyakitinya dari sudut fizikal
 ke, mental ke.. juga tak kira la sama beliau itu saudara mara ke, 
kawan2 ke, orang asing ke.. juga kita dilarang menyakiti sesama manusia,
 haiwan dan tumbuhan tanpa sebab yg dibenarkan syarak.
Jika ibu bapa memang saja2 je nak 
menyakiti hati anak, sama la situasinya.. itu juga dilarang.. kecuali la
 kalau ibu bapa tak berniat pun nak sakitkan hati anak, tapi anak tu yg 
terlalu sensitif.. tegur sikit dah tecit hati.. terus keluar rumah la, 
masam muka dengan mak ayah la..
Dalam Islam, hak ibu bapa itu lagi besar
 daripada hak anak2.. maknanya, tahap ibu bapa itu lagi tinggi.. jika 
seorang anak membunuh bapanya, maka anaknya itu boleh dikenakan hukuman 
qisas (bunuh balas).. tetapi jika bapa membunuh anaknya, maka bapa itu 
tak dikenakan hukum qisas.. sbb bapa itu dikira usul (tunjang) 
keluarga..
Begitu juga dalam bab harta.. anak2 
tidak boleh mengambil harta ibu bapa (spt yg banyak berlaku sekarang 
ni.. harta bapa ditukar nama, kemudian sang bapa dihantar ke rumah orang
 tua), tetapi bapa boleh mengambil harta anak2nya walaupun tanpa 
pengetahuan anaknya.. Kiranya untuk bapa ini, hartanya adalah hartanya, 
harta anaknya juga adalah hartanya.. Ustaz Love tak berhajat nak 
panjangkan huraian tentang perkara ini.. sekadar nak menunjukkan, bahawa
 melakukan perbandingan antara anak dan ibu bapa merupakan suatu 
perbandingan yang salah.
Buat la baik mcm mana pun, ia langsung 
tak dapat menyamai kebaikan ibu bapa.. Jahat la ibu bapa macam mana pun,
 ianya tidak menghakis pengorbanan besar yg mereka telah lakukan 
terhadap anak2.
Jika kita sibuk memikirkan persoalan 
hati kita, pernahkah kita bayangkan persoalan hati ibu bapa? Kita bukan 
lahir2 1 2 jam dah boleh berjalan macam anak lembu.. ambil masa 
berbulan, baru bleh meniarap.. bertahun baru boleh berjalan.. bertahun 
juga baru bercerai susu dan lampin.. itu pun kerja dok terkencing atas 
tilam je masa mula2 belajar tak pakai pampers.. Siapa agaknya yg tolong 
basuhkan berak, cucikan pakaian dan tilam yg terkena najis anak2.. 
siapkan susu.. tak tido malam sbb anak2 menangis nak susu, nak ajak main
 dsb? Ibu tak terasa hati pun dengan semua tu, walaupun beliau masih 
lagi lemah (sbb darah nifas masih keluar), tido tak tentu masa.. semua 
tu dilakukan dengan penuh kasih sayang.. anak berak pun dikatakan 
comel.. berapa lama agaknya masa kasih sayang itu berterusan?
Bila kita dah besar sikit (dan 
sepatutnya menggalas tanggungjawab untuk membantu mengurus rumah), kita 
selalu sakit hati dengan kata2 ibu dan bapa.. padahal mereka cuma 
berkata2.. mereka tak kencing kat baju kita.. mereka tak suruh pun kita 
basuh punggung mereka.. mereka tak kencing merata2 nak buat kita susah 
nak cuci.. mereka juga tak minta kita suapkan makanan, pakaikan lampin..
 tolong buatkan susu tengah malam dsb..
Mereka cuma berkata2 je.. dan kebanyakan
 kata2 mereka itu memang betul dan kena tepat atas batang hidung kita.. 
itu yang buat kita tak puas hati.. sampai kita plak terasa nak 
membalasnya supaya ibu bapa sedar diri.. padahal sepatutnya yg kena 
sedar diri di sini adalah kita, bukan mereka.. sbb ibu bapa kedudukannya
 sangat tinggi, dan anak yg bertahap rendah ni tak payah la perasan dah 
cukup bagus untuk mengecilkan hati mereka.
Kalau bos bagi arahan kat pejabat, cepat
 je kita buat.. sbb kita sedar ‘tahap’ bos tu kat mana, ‘tahap’ kita ni 
kat mana.. Tapi kalau ibu bapa yg suruh dan bagi arahan, jangan kata nak
 buat, kita pertikaikan lagi.. kalau buat pun, dengan muka yg tak puas 
hati..
Kalau mak marah, apa salahnya kita diam 
dan dengar.. perangai mak2 memang macam tu.. Kadang2 kita tak tahu apa 
yg ditanggung oleh mak.. bila rumah tak kemas, mungkin ayah tengok dan 
marah kat mak.. sbb mak tak pandai nak urus rumah.. kita memang la tak 
tahu, sbb ayah marah mak dalam bilik.. jadi bila mak marah kita balik, 
memang padan la sbb yg buat sepah itu adalah kita sendiri.
Tak perlu nak kecik2 hati dengan mak.. 
jika betul kita sayangkan mak, kasih sayang itu lebih besar daripada 
rasa kecik hati kita.. mak buat apa pun, insyaAllah kita takkan terasa 
hati..
Bila mak marah, apa kata terus pergi 
peluk mak kuat2.. cakap kat mak “i love u”.. insyaAllah, akan terpadam 
la api kemarahannya.. dan mungkin beliau akan berkata : “Apa kao dah 
buang tebiat?”.. kihkih
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan