Ahad, 13 Mac 2011

15 SEBAB ALLAH TURUNKAN BALA.

Mengapa Manusia Ditimpa BALA Bencana? Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.11. Apabila arak menjadi minuman biasa.12. Apabila lelaki memakai sutera.13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin