Khamis, 17 Mac 2011

PANDUAN PENCEGAHAN JEHAYAH.

PECAH RUMAH.
BAGAIMANA MENCEGAHNYA?
CARA MENCEGAHNYA:
· Pasangkan door viewer, penyelak pintu utama.
· Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
· Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
· Simpan tangga dan alat - alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakannya untuk memasuki rumah anda.
· Potong ranting - ranting pokok dan semak - samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
· Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.


LANGKAH BERJAGA - JAGA:
· Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
· Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter di luar rumah anda.
· Jangan tinggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
· Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
· Hentikan hantaran ( contoh: suratkhabar ) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
· Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
· Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti keselamatan.
· Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.

ROMPAK.
CEGAHILAH ROMPAKAN DI RUMAH:
· Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
· Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
· Kenal pasti pelawat door viewer dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali.
· Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.

ROMPAKAN DI TEMPAT AWAM:
· Berwaspadalah apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang selalu berpeleseran di kawasan lif.
· Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan. Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.
· Apabila anda dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan dengan panel kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak diingini.
· Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.
· Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi.

APA ANDA PERLU LAKUKAN APABILA DIROMPAK:
· Anda perlu bertenang. Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.
· Perhatikan gerak - geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku, pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
· Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna dan jenis kereta. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
· Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi pondok polis yang berdekatan dengan segera.

PERAGUT RANTAI DAN BEG TANGAN.
DI MANAKAH PERAGUT DAN PENYELUK SAKU BERTINDAK:
· Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
· Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motosikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.


BAGAIMANA BOLEH BERLAKU:
· Memakai barang - barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan ramai.
· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
· Berebut - rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat - tempat sibuk dan sesak.
· Meninggalkan beg - beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli - belah semasa masuk membeli - belah.
· Menyimpan beg duit di kocek - kocek belakang yang tidak berbutang.

LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN DARI RAGUT:
· Sentiasa membawa wang secara minima.
· Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
· Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
· Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat - tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
· Jangan mendedahkan barang - barang kemas yang dipakai.
· Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
· Elakkan dari memakai barang - barang kemas yang berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
· Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
· Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.
AWAS, PENYELUK SAKU.
BERIKUT ADALAH BEBERAPA CARA UNTUK MENGHINDARI PENYELUK SAKU:
· Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khayalak ramai. Anda boleh membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit.
· Silangkan beg anda di hadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya. Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan.
· Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli di pusat membeli - belah.
· Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.
· Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.
· Jangan tidur dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi.

ROGOL.
CARA - CARA MENGELAK DARI KEJADIAN ROGOL:
· Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
· Memberi pendidikan kepada kanak - kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
· Memberi pendidikan agama dan moral tentang kekejian dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
· Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tisak melebihi batas.
· Tidak mudah mempercayai janji kepada bomoh atau singseh. telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tapi satu penipuan.
· Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
· Tidak mudah menurut pelawaan orang - orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar - siar atau pergi ke bilik / rumah mereka.
· Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
· Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat - tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
· Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
· Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
· Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
· Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.

MENGATASI ANCAMAN ROGOL:
· Undang - undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada rogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang ( perogol ) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
· Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
· Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu - buru.
· Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar - benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
· Camkan muka dan tanda - tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.

KECURIAN KERETA DAN MOTOSIKAL.
TEMPAT - TEMPAT DI MANA KECURIAN BERLAKU:
· Tempat letak kereta awam, kompleks membeli - belah, di depan rumah, tepi jalan raya dan tempat letak kereta di hotel menjadi tempat sering berlakunya jenayah.

CARA - CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN KERETA:
· Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera yang baik.
· Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan clutch.
· Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
· Sentiasa letak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang / berlampu.
· Jangan serahkan kunci kepada jockey kereta.
· Mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta (sand blasting).

CARA - CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN MOTOSIKAL:
· Letak motosikal di tempat yang dikhaskan.
· Patikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
· Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang / berlampu.
· Merantai dan menggunakan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
· Ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian - bahagian yang penting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin