Sabtu, 12 Mac 2011

SEJARAH PATTANI.

Ramai orang melayu tidak tahu sejarah kejatuhan empayar dan kerajaan melayu disekitar segenting kera satu persatu sejak dua ratus lima puluh tahun lalu.Kerajaan-kerajaan melayu dahulu yang di kenali dengan nama Ligor, Rundung,Terang,Cahaya, Gherbi, Bukit Ujung Salang, Bendelung dan Singgora sekarang telah berubah menjadi Nakhorn Sri Thamarat, Ranong, Chaya, Trang, Krabi, Phuket, Patthalung dan Songkhla. Kesemuanya hanya berlaku dalam masa 250 tahun. Begitu juga Patani mula jatuh pada tahun 1786 .Tapi masih tidak berhenti berjuang hingga sekarang.Peperangan sekarang bukanlah yang terhebat pernah berlaku pada bumi Patani. Pada tahun 1831-32 penjajah Siam mengerah 300,000 tentera untuk berperang dengan Patani. Kerajaan British membantu dengan menyekat jalan laut Kedah-Trang, kerana Patani dibantu oleh Kedah Kelantan dan Trengganu untukmenyerang ikut jalan laut. Penjajah British telah bersengkongkol dengan Siam membahagi-bahagikan bumi Patani pada tahun 1902 - 1909 dalam perjanjian Anglo-Bangkok treaty. Orang-orang melayu diluar masih tidak peka dengan apa yang berlaku di Patani. Dan kalau ada yang tahu pun menganggap bahawa masalaah Patani tak ada kena mengena dengan mereka. Memang dhaif sungguh nasib bangsa melayu yang berada di Patani atau luar Patani. Peperangan dengan orang-orang siam sudah berlanjutan sejak zaman Langkasuka yaitu zaman Patani sebelum islam lagi. Sudah lebih enam ratus tahun berjuang dan tidak akan jemu berjuang selagi bumi Patani masih dijajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin