Khamis, 17 Mac 2011

PENDUDUKAN SIAM DI KEDAH.

Perkataan "Songkran" adalah dari bahasa Sanskrit yang membawa maksud peralihan atau hijrah dalam bahasa Arab. Hari Songkran merupakan hari peralihan tahun atau tahun baru mengikut kalendar lama Siam. Kebiasaan hari Songkran disambut pada 13 April bersamaan "khen 1 kham dean 5" (mengikut kalendar lama Siam) setiap tahun. Pesta sambutan hari Songkran ini di rai begitu meriah sekali oleh masyarakat Siam di seluruh dunia. Di Malaysia, pesta ini disambut di kawasan penempatan masyarakat Siam iaitu di bahagian Utara Semenanjung Malaysia seperti di negeri Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.
Pesta Songkran pernah diiktiraf oleh kerajaan negeri sebagai salah satu kebudayaan Malaysia dan boleh dijadikan daya tarikan pelancong ke Malaysia. Pesta ini juga pernah dicatat dalam kalendar pelancongan di negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sempena tahun melawat negeri masing-masing. Pesta Songkran memang dinanti-nantikan oleh masyarakat Siam dan menjadi kemestian kepada mereka untuk menyambutnya.
Secara tradisi, pesta Songkran di sambut dengan golongan muda termasuk kanak-kanak memohon maaf serta meminta restu terutama daripada ibu bapa, guru dan sami. Sebagai lambang kemaafan, golongan tua akan dimandikan dengan menyiram air bersih dan wangi-wangian di atas tapak tangan, kaki dan seterusnya anggota badan yang lain. Bagaimanapun golongan muda perlu meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.
Sewaktu dimandikan golongan tua akan mendoakan kebahagian terhadap generasi muda atau anak cucu mereka. Selepas itu golongan tua akan dikenakan pakaian baru dan bersih.
Walau bagaimanapun tradisi ini sudah tidak diamalkan lagi hanya memadai meminta maaf serta menyiram air ke tapak tangan dan kaki orang tua terutamanya sami. Penggunaan air dan wangi-wangian sebagai lambang kemaafan menyebabkan pesta Songkran sering dianggap sebagai "Pesta Air". Lebih-lebih lagi anak muda akan menggunakan peluang pada hari ini untuk menyimbah air kepada rakan-rakan untuk berseronok.
Bagi memeriahkan lagi pesta Songkran, pelbagai acara di susun termasuk pertandingan Ratu Songkran, pertandingan bola sepak, pertandingan seni budaya, gerai jualan serta pertunjukan kebudayaan dengan kemuncak acara ialah perarakan Ratu Songkran. Ratu Songkran terdiri daripada 12 anak gadis bersamaan 12 nama bintang yang dijadikan nama tahun megikut kalendar lama Siam. Sesiapa yang memenangi pertandingan tersebut akan digelar "Ratu Songkran" dan di arak mengelilingi kampung oleh orang ramai dengan kereta berhias.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin