Sabtu, 12 Mac 2011

SEJARAH PERJUANGAN MELAYU PATTANI.

Sejarah perjuangan Patani Pergerakan menuntut pembebasan di kalangan orang Melayu Islam di Patani bertambah di tengah-tengah tentangan terhadap dasar kerajaan siam mahu mengasimilasikan mereka dalam budaya Buddha/Siam. Gerakan penentangan itu mulanya dipimpin oleh golongan istana. Ia kemudian beralih kepada golongan pemimpin agama yang menjadi tulang belakang politik pemisahan di Patani dalam tahun-tahun 1970-an. Sejarahnya dapat disusur kembali kepada sekitar 200 tahun lalu sejak kerajaan Siam menjajah kerajaan Patani, yang kini terdiri daripada empat wilayah di selatan Thailand. Kebangkitan semangat kebangsaan Melayu Islam di selatan Thailand dapat dibahagikan kepada empat zaman. 1: PERLUASAN KUASA KERAJAAN SIAM (1785-1867) Pada tahun 1785: Di bawah pemerintahan Rama I, Siam menakluki Patani. Kedah ditawan semula, Kelantan dan Terengganu menjadi wilayah pinggiran (tributary states). Pada tahun 1789-1791: Pemberontakan di Patani. Patani dipecahkan kepada tujuh wilayah: Patani, Saiburi (Teluban), Nongchik, Yaring, Yala, Rahman dan Rangae. Pada tahun 1832: Rahman (dekat sempadan Thailand-Perak), mengisytiharkan menjadi republik. Wilayah lain, kecuali Yaring, ikut memberontak, tetapi dipatahkan. Pada tahun 1838: Pemerintah Nongchik, Yala, Rahman dan Rangae bekerjasama dengan pemberontak Kedah. Pada tahun 1839: Kedah dipecahkan kepada empat kawasan: Kedah, Kubangpasu, Perlis dan Satun. Pemecahan Pattani dan Kedah melemahkan kedua-dua negeri itu. 2: PENTADBIRAN BIROKRATIK SIAM (1868-1931) Integrasi secara paksa bermula. Pada tahun 1897: Siam dan Britain menandatangani satu persetujuan secara rahsia. Bangkok berjanji tidak akan memberi keistimewaan kepada sebarang kuasa asing tanpa persetujuan Britain; Britain pula menyokong kekuasaan Siam ke atas negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1901: Tujuh wilayah Melayu di selatan disatukan, berpusat di Pattani. Bangkok campur tangan dalam pemilihan raja di wilayah selatan. Tengku Abdul Kadir, Raja Patani, ketuai bantahan dan usaha mendapatkan simpati Britain. Pada tahun 1902: Tengku Abdul Kadir ditangkap. Pada tahun 1906: Tujuh wilayah di selatan disusun semula menjadi empat wilayah: Patani, Yala, Saiburi (Teluban) dan Narathiwat. Pada tahun 1909: Britain mendesak Siam menandatangani Perjanjian Anglo-Siam. Hasilnya, kuasa Siam ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis diserahkan kepada Britain. Sebagai gantinya, Britain mengiktiraf kedaulatan Siam ke atas negeri Melayu di utara Malaya. Pada tahun 1922: Petani di wilayah Patani bersatu menentang kerajaan Siam. Pada tahun 1932: Siam menjadi negara raja berperlembagaan. Setiap wilayah di selatan dianggap hanya sebuah daerah Thailand dan diletakkan di bawah penyeliaan Kementerian Dalam Negeri di Bangkok. 3: SIAM DI BAWAH SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN (1932-1948) Siam mengasimilasikan orang Melayu yaitu menyerap orang Melayu dalam budaya Buddha Siam melalui dasar mengajar sejarah dan bahasa Siam di sekolah. Pada tahun 1938: pemerintahan tentera pimpinan Phibul Songkhram memaksa asimilasi dengan cara : a. Bahasa dan budaya Melayu ditindas. b. Hukum perkahwinan dan faraid diketepikan. c. Pakaian Melayu diharamkan dan pakaian Barat diwajibkan. d. Penduduk Melayu dipaksa mempunyai nama Siam. e. Mengunyah sirih diharamkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin