Rasulullah  saw  bersabda  bermaksud: 
“Apabila Allah menurunkan azab keatas dunia untuk satu-satu kaum, maka azab itu akan menimpa ke atas mereka yang berada sama dalam masyarakat kaum itu, kemudian apabila mereka dibangkitkan di akhirat nanti maka kedudukan mereka adalah mengikut taraf keimanan serta amal kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini”. (Hadis Riwayat: Al Bukhari).
Hadis
  di atas bermaksud apabila Allah mahu menurunkan bala atau bencana ke  
atas  satu-satu  kaum  di  dunia ini kerana ada di kalangan kaum 
itu melakukan  kejahatan atau maksiat, maka azab yang diturunkan itu 
menimpa ke  atas  kaum  yang  beriman  dan juga kepada mereka yang 
kufur. 
Tetapi apabila
  mereka berada di hari Akhirat nanti, mereka akan ditempatkan ditempat 
 yang  sesuai  dengan kedudukan mereka mengikut keimanan dan 
amal kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini.
Allah
  yang Maha Berkuasa, melakukan sesuatu mengikut kehendak-Nya 
tanpa mengira  sesiapa. Allah melakukan itu dengan kehendak dan 
kekuasaan-Nya. Dialah  yang  menjadikan segala-galanya dan Dialah yang 
menjadikan siang dan  malam,  panas,  sejuk,  ribut dan sebagainya. Di 
samping itu, Allah menurunkan  rahmat  dan  Dia  juga menurunkan bala 
kepada mereka yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya,
  Allah  itu  bersifat  pemurah  kepada  sekalian  makhluk termasuk  jin
  dan manusia, sama ada makhluk itu beriman kepada-Nya atau makhluk  itu
  kufur  kepada-Nya.  Allah  memberi  banyak  nikmat  kepada hamba-Nya  
di  dunia  ini  sama ada nikmat yang mereka rasakan itu telah diusahakan
  ataupun  tidak.  Akan  tetapi  pada hari Akhirat nanti Allah tidak  
akan  memberikan  nikmat  kepada hamba-Nya yang kufur, 
sebaliknya memberikan nikmat kepada mereka yang beriman saja.
Namun
  begitu  Allah  menurunkan  nikmat  atau bala secara khusus 
kepada hamba-Nya  di  dunia  ini  disebabkan  kezaliman  mereka  atau  
kerana keingkaran  mereka.  Di  samping  itu,  Allah telah menurunkan 
bala atau bencana  secara  umum  ke  atas  satu-satu  kaum  disebabkan  
ada  dalam masyarakat kaum itu melakukan kemaksiatan dan kemungkaran.
Dengan
 demikian, apabila Allah murka kepada sebahagian daripada kaum 
itu kerana kejahatan yang dilakukan oleh mereka, maka Ia menurunkan bala
 dan bencana  ke  atas kaum itu secara umum tanpa memilih sama ada 
mereka itu terdiri dari dari orang kafir atau pun dari mereka yang 
beriman.
Sungguhpun
  begitu,  setiap  mereka yang beriman telah dijanjikan dengan nikmat  
syurga  manakala  bagi mereka yang kafir telah dijanjikan dengan balasan
 neraka di akhirat kelak.
Kita
  sebagai  umat Nabi Muhammad SAW sungguh bernasib baik kerana 
Allah tidak  memberi  hukuman  yang sewajarnya kepada hamba-Nya yang 
melakukan maksiat  di  dunia ini sekalipun seseorang itu telah melakukan
 dosa yang besar.
Balasan
  yang  diberi  kepada  mereka  di dunia ini hanya kecil saja. Ia boleh 
 dianggap  sebagai  pengajaran serta menjadi teladan kepada mereka yang 
 hidup  di  dunia  ini supaya insaf dan berhenti daripada 
melakukan sebarang kemungkaran.
Sebaliknya
  balasan yang wajar diberikan kepada mereka yang bersalah itu adalah  
di  akhirat  kelak  sekiranya  mereka  mati  belum  sempat 
untuk bertaubat.
Dengan
 demikian, kita sebagai umat Muhammad patut bersyukur kepada 
Allah kerana Ia telah memberikan taufik hidayah kepada kita di mana kita
 dapat beriman kepada-Nya serta berpegang dengan agama-Nya.
Pada
  masa  dulu,  sebelum  adanya  syariat  Nabi  Muhammad  SAW 
seperti berlakunya  ke  atas nabi terdahulu seperti nabi Nuh, Ibrahim, 
Musa, Isa dan  lain-lain  yang  mana  pada  zaman  itu, jika ada mereka 
yang tidak beriman  atau mereka yang melakukan perbuatan mungkar dan 
apabila mereka diberi  amaran  supaya  mematuhi  suruhan dari Allah 
tetapi mereka masih 
lagi  enggan,  Allah  menurunkan ke atas mereka dengan azab yang sungguh dahsyat bagi membinasakan kaum itu.
Bala
  atau  bencana yang diturunkan itu bermacam-macam rupa seperti 
yang berlaku ke atau kaum Nabi Nuh yang berupa banjir yang sangat besar.
Hal
  sama  juga  berlaku  kepada  umat  Nabi  Musa yang mana kaum 
Firaun tenggelam  dalam  sungai Nil. Bala yang menimpa Nabi Lut pula 
berlaku dimana bumi mereka diterbalikkan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan