Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. 
Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato’ Onn bin 
Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC
 dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti 
Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang 
dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan 
dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman 
menjadi Ketua Menteri yang pertama.
Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu 
Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal 
perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali 
sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian 
terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang 
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan 
diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.
Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan 
Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 
Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku 
Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah 
Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.
 Pengisytiharan Kemerdekaan 
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah 
Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan 
dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri 
lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan 
stadium itu dinamakan ‘Stadium Merdeka’. Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 
Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato’ Abdul Razak yang melawat 
Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah 
padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato’ 
Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan 
dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya. 7.00 pagi, hujan mulai reda. 
Dato’ Razak menalipon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau 
mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan 
Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam. 9.00 pagi, langit mulai cerah, 
rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut 
dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah 
bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, 
berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok 
songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak. Di Stadium Merdeka, Tunku
 berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian
 istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. ‘God Save The 
Queen’ berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik 
Queen Elizabeth II masuk da mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh 
Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. Raja-raja Melayu 
pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong 
pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke. Duke
 kemudiannya menyerah ‘Instrumen Kemerdekaan’ yang mana merupakan suatu 
pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan 
Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 
‘perlindungan’ yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu. Tunku 
kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya 
menyebut “Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya 
sebuah negara yang demokratik dan Merdeka”. Acapkali suaranya tenggelam 
dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru 
yang lahir dari suatu perjuangan yang suci. Seorang anak bangsa yang 
menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan 
renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi
 pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari 
setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. 
Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan 
dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki ‘Merdeka! Merdeka! Merdeka!  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan