TANDA-TANDA ANDA MENDAPAT JANGKITAN.
| 
Jangkitan Seksual (STI) 
Apakah Jangkitan Seksual(STIs)?
 
Jangkitan  Seksual 
(STIs) adalah penyakit berjangkit melalui perhubungan seksual. Ada juga 
 di antara penyakit ini yang boleh merebak melalui penggunaan jarum 
secara  rambang. 
Penyakit  ini merebak melalui darah dan bendalir tubuh badan. 
Bagaimana anda mendapat STIs?
 
Anda  boleh mendapat STIs dari mereka yang dijangkiti melalui : 
Perhubungan seks yang tidak       selamat tanpa langkah-langkah pencegahan samada melalui vagina, dubur atau       seks oral Ciuman Menyentuh kawasan yang       dijangkiti Berkongsi jarum (AIDS dan Hepatitis B) 
Bagaimana anda melindungi diri  anda? 
Cara yang paling baik adalah       dengan mengelakkan diri dari perhubungan seks.Jika anda berumur 
16 tahun       ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi 
undang-undang       kecuali anda telah berkahwin.  
Undang-undang 
Malaysia        menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja 
perempuan yang berumur        16 tahun dan ke bawah, samada dengan 
persetujuan atau tidak, akan        mengakibatkan lelaki berkenaan 
disabitkan kesalahan merogol.  Jika anda aktif melakukan       perhubungan seks, amalkan perhubungan seks yang selamat.
Taat pada seorang pasangan.        Elakkan daripada bertukar pasangan. Gunakan kondom. 
Walau        bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam 
pencegahan STI's,        tetapi ianya mampu mengurangkan risiko 
jangkitan. Elakkan dari pengambilan        alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
 
Apakah tanda dan gejala STIs?
 
Wanita  mengalami gejala jangkitan yang lebih kerap dan teruk. Ini termasuklah : 
Bendalir yang berbau busuk       dari vagina atau saluran kencing Sakit semasa kencing Ulser di mulut atau alat       kelamin Gatal pada kawasan kemaluan Sakit di bahagian bawah       abdomen Bengkak pada pangkal peha Kulit yang berkutil atau       berketuat 
Bukan  semua jangkitan di bahagian alat kelamin disebabkan oleh STIs (contohnya :  jangkitan kulat candidiasis di vagina). 
Apakah jenis STIs yang biasa  berlaku?Berikut  adalah jenis-jenis STIs yang biasa berlaku :
 
Human Immunodeficiency Virus       / Acquired Immune Deficiency Syndrome (HIV/AIDS)  
                      
                        | 
Chlamydia Gonorea Herpes Genital Sifilis Ketuat Genital Pediculosis         pubis (lice atau "kutu" di kawasan seksual) Hepatitis Human         Papilloma Viruses (HPVs) |  | 
  
                          Jangkitan herpes di mulut |  
Bolehkah anda pulih dari STIs?Pencegahan  adalah lebih mudah daripada merawat STIs.
 
Hanya  STIs akibat jangkitan bakteria mungkin boleh dipulihkan sepenuhnya. 
STIs  akibat 
jangkitan virus kadangkala berada di dalam badan untuk selamanya.  
Contohnya : AIDS, Herpes dan Human Papilloma Viruses. 
Mereka  yang aktif 
dalam perhubungan seks, perlu membuat pemeriksaan doktor secara  berkala
 supaya penyakit STIs dapat dikesan dan dirawat pada peringkat awal. 
Jika anda  mengidap STIs adalah penting untuk memberitahu pasangan anda supaya beliau juga  boleh mendapat rawatan. 
Apakah komplikasi STIs?STIs  boleh mengakibatkan :
 
Penyakit Radangan Pelvik       (PID) Kemandulan Kandungan di luar rahim Kanser servik Jangkitan kepada bayi semasa       proses kelahiran Keguguran, kematian janin       dan kecacatan pada bayi yang baru lahir Kematian, contohnya : AIDS  
 | 
                |  | 
 |  |  |  |  |  |  | 
|  | 
 
 
 
 
          
      
 
 
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan