Malaysia
 mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja 
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai
 Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan 
syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem 
Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di 
dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif 
(pentadbiran).
Malaysia juga merupakan sebuah negara 
yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. 
Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau 
Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, 
Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep 
penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah 
menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, 
pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang 
telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh 
Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan 
negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan 
Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah 
Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas 
dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah 
Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan 
menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau 
Ketua-ketua Menteri.
 Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia merupakan lambang 
struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui 
perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan 
penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga 
komponen utama:
| 1. | Yang Di-Pertuan Agong | 
| 2. | Dewan Negara | 
| 3. | Dewan Rakyat | 
Berikutan pilihan raya umum yang pertama
 selepas negara mencapai kemerdekaan, Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen
 Pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 11 September 1959 di 
Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada tarikh tersebut, Dewan 
Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang serentak di
 Dewan Tunku Abdul Rahman. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah 
pemilihan Yang Di-Pertua bagi kedua-dua Dewan tersebut. Ini diikuti oleh
 majlis mengangkat sumpah oleh kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli
 Dewan Rakyat.
Pada 16 September 1963, Malaysia telah 
terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi sebahagian 
daripadanya. Berikutan itu, nama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah
 bertukar kepada Parlimen Malaysia. Tarikh tersebut juga mencatat satu 
lagi sejarah penting apabila persidangan Parlimen diadakan di bangunan 
baharunya sendiri yang tersergam indah dalam kawasan Taman Tasik Perdana
 dengan keluasan 16.2 hektar.
Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas 
bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan 
Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung 
tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang 
demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.
BANGUNAN PARLIMEN
 
Sejarah Awal
Sebelum bangunan Parlimen seperti sedia 
ada dibina, Persidangan Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah 
diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman yang sekarang dikenali sebagai 
Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) pada 11 September 
1959.  Dewan Tunku Abdul Rahman yang terletak di Jalan Ampang ini dibina
 pada tahun 1935 dan asalnya ialah kediaman En. Eu Tong Sen, seorang 
pelombong dan pengusaha lading getah yang kaya dan terkenal di Kuala 
Lumpur.  Ia telah diubahsuai dan ditokok tambah oleh tukang-tukang atau 
“master builders” yang diupah khas.
Persidangan Pertama Parlimen Persekutuan
 Tanah Melayu yang diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul 
Rahman merupakan sejarah penting tanahair kerana buat julung kalinya 
Parlimen Persekutuan telah bersidang dengan ahli-ahlinya.  Persidangan 
Parlimen tersebut telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang 
di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamed.
YTM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri 
Malaysia yang pertama, telah menyuarakan pandangannya bahawa sebuah 
bangunan khusus perlu didirikan sebagai Parlimen.
Ekoran dari itu, pada tahun 1959, satu kawasan berkeluasan 16.2 hektar berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak yang sesuai. Kawasan tersebut dipilih kerana lokasinya yang strategik iaitu, terletak di atas sebuah bukit dan berhampiran dengan pusat bandaraya.
Ekoran dari itu, pada tahun 1959, satu kawasan berkeluasan 16.2 hektar berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak yang sesuai. Kawasan tersebut dipilih kerana lokasinya yang strategik iaitu, terletak di atas sebuah bukit dan berhampiran dengan pusat bandaraya.
Pada 31 Ogos 1962, Tuanku Syed Putra 
Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong 
yang ketiga, telah berkenan untuk meletakkan batu asas bagi membina 
bangunan Parlimen di kawasan tersebut.
Kerja-kerja pembinaan dimulakan selepas 
upacara meletak batu asas tersebut.  Kemuncak bukit mula diratakan pada 
paras 61 meter dari aras laut pada  bulan September 1962.  Kerja-kerja 
pembinaan Parlimen yang terdiri dari sebuah bangunan tiga tingkat dan 
sebuah bangunan menara 17 tingkat telah mengambil masa hampir setahun.
Keseluruhan belanja untuk membina 
Parlimen ini ialah RM 18 juta.  Bagi melengkapkan jalan ke Parlimen, 
satu jambatan telah dibina untuk menghubungkan terus Bukit Parlimen 
dengan Pusat Bandar.
Bangunan Parlimen telah dirasmikan oleh 
Yang di-Pertuan Agong ketiga Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum 
Syed Hassan Jamalullail pada 2 November 1963.
 
Bangunan UtamaBangunan utama juga disebut bangunan ibu merupakan bangunan tiga tingkat, bersaiz 380 kaki X 290 kaki, amat unik rekabentuknya di mana bumbungnya terdapat bentuk sebelas segitiga yang bersusun. Di bawah bumbung bersegitiga itulah terletaknya Dewan Rakyat. Keseluruhan bangunan mempunyai rekabentuk kerawang seperti sarang lebah yang berfungsi sebagai kawalan terhadap sinaran matahari kepada bangunan yang diliputi oleh kaca.
Bangunan utama ini mempunyai tiga 
tingkat.  Tingkat pertama terdapat Dewan Rakyat, Dewan Negara, 
Kafeteria, pejabat pos, klinik, sudut sidang media, bilik Sekretariat, 
bilik Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, 
bilik-bilik timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, 
pejabat menteri – menteri mengikut kementerian, coffee house Ahli 
Parlimen Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta lobi bagi kedua-dua dewan.
Di tingkat dua terdapat bilik – bilik 
Menteri, dewan taklimat serta bilik Jawatankuasa 1 dan 2 serta Pejabat 
Kira – Kira Wang Negara.  Di tingkat bawah bangunan pula terdapat bilik 
diRaja, dewan bankuasi, pusat sumber, bilik penyelidik dan surau bulat 
yang panjang garisan pusatnya 36 kaki dan boleh membuatkan 100 jemaah.
Manakala di tingkat tiga bangunan ibu 
ini terletaknya Galeri Awam bagi kedua-dua dewan yang memuatkan 
kira-kira 120 orang tetamu bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.  Sebuah 
Pusat Media telah dibina dengan menempatkan ruang kerja untuk semua 
pengamal media massa arus perdana serta dua buah mini studio, mini 
studio RTM dan TV3.
Bangunan Menara
Bangunan Menara
Bangunan menara 17 tingkat, bersaiz 80 
kaki persegi dan berketinggian 250 kaki, terletak berhadapan bangunan 
utama.  Terdapat dua jambatan sepanjang 166 kaki yang menghubungkan 
bangunan menara dengan bangunan utama.  Pada asalnya, bangunan menara 
menempatkan pejabat para menteri dan ahli-ahli parlimen.  Namun, apabila
 bilangan kakitangan Parlimen bertambah, bangunan menara telah diubah 
menjadi pejabat untuk kakitangan.  Walau bagaimanapun, beberapa ruang 
pejabat masih dikekalkan seperti Pejabat Perdana Menteri di tingkat 2, 
pejabat Timbalan Perdana Menteri di tingkat 3, Pejabat Menteri yang 
menjaga  hal ehwal Parlimen di tingkat 15, dan pejabat Ketua Pembangkang
 di tingkat 14.
Di tingkat 17, tingkat yang teratas, 
terdapat ruang terbuka yang seringkali digunakan untuk majlis-majlis 
jamuan. Ruang ini juga dikenali sebagai Anjung Parlimen.  Pemandangan 
dari tingkat 17 amat menarik, berlatar belakangkan permandangan 
bangunan-bangunan pencakar langit dan panorama ibu kota Kuala Lumpur.
 
Dewan Bankuet
Dewan Bankuet atau dewan jamuan ini 
mempunyai saiz yang sama dengan Dewan Rakyat di atasnya.  Ia dapat 
memuatkan 500 orang tetamu pada satu-satu masa.  Dewan Bankuet ini 
digunakan buat pertama kalinya untuk Majlis Jamuan Negara pada 18 
September 1963.  Ia juga pernah digunakan sebagai tempat untuk istiadat 
penghormatan terakhir bekas Perdana Menteri Malaysia sebelum 
dikebumikan.  Antaranya ialah Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana 
Menteri Malaysia yang kedua.
Keistimewaan Bangunan Parlimen
Keseluruhan kompleks bangunan Parlimen 
ini ditutupi dengan kaca yang boleh menyerap haba panas dan meresapkan 
cahaya.  Kawalan terhadap sinaran matahari dilakukan dengan menutup 
seluruh binaan ini dengan Kerawang berukir (Shield) yang diperbuat 
daripada batu konkrit buatan tempatan yang dipasang sebahagian demi 
sebahagian.  Tiap-tiap bahagian, berukuran 11 kaki tinggi dan 40 inci 
lebar, dipasang dengan menggunakan satu kerin menara khas.  Kerawang 
yang berbentuk seperti sarang lebah itu menambahkan lagi hebatnya 
bangunan ini.
Satu lagi keistimewaan bangunan ini 
ialah sistem pembahagian air yang membekalkan kolam dan pancurannya.  
Air itu beredar melalui dua sistem yang berangkai dan yang bermula di 
bahagian bumbung bangunan ini membawa ke seluruh kompleks hingga ke 
parit yang terletak di bawah bangunan menara itu.  Lebih kurang 250,00 
gelen air terus beredar dengan kadar 42,000 gelen sejam.  Air yang 
diwarnakan biru ini diolah untuk menjauhkan lumut dan Lumpur.
Pada keseluruhannya, lebih dari satu 
juta batu bata, 2,200 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit 
simen dan 300 tan kaca digunakan untuk membina projek gergasi ini.
Selain itu, kompleks Parlimen turut 
dihiasi dengan beberapa jenis tumbuhan dan binatang peliharaan.  
Pohon-pohon kayu yang jarang ditemui ditanam di kawasan sekitar.  Di 
dalam kawasan kompleks Parlimen juga terdapat kawasan lapang yang 
dijadikan Taman Rusa, berpuluh-puluh ekor rusa juga dipelihara di sini.
Di dalam kompleks Parlimen ini juga 
turut ditempatkan beberapa prasana beriadah seperti gelanggang tennis,  
badminton, futsal, bolatampar, gymnasium, bilik sauna di mana ianya 
terletak di bangunan Dewan Serbaguna untuk kemudahan ahli-ahli parlimen 
dan kakitangan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan