Apabila seseorang itu telah 
   melakukan kesalahan ataupun dosa-dosa maka hendaklah dia segera 
   memohon keampunan, bertaubat dan kembali kepada jalan yang diredhai 
   Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini telah diperintah oleh 
   Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana firman-Nya:
   يَا أَيُّهَا 
   الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ 
   رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ 
   
   وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ 
   لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ 
   نُورُهُمْ 
   يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا 
   أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ 
   قَدِيرٌ 
   Maksudnya:
   Wahai orang-orang yang beriman! 
   Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", 
   mudah-Mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu 
   dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya 
   beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan 
   orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan 
   amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah 
   kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika 
   orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan 
   kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah 
   keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap 
   sesuatu". 
   - Al-Tahriim 
   [66] : 8
   Di antara perkara yang disyaria’tkan 
   bagi mereka yang ingin bertaubat adalah mengerjakan solat Taubat.
   v 
   DALIL DISYARI’ATKAN 
   SOLAT TAUBAT
   Solat Taubat ini dikerjakan sebanyak 
   dua rakaat dan ianya disandarkan kepada hadis daripada ‘Ali 
   radhiallahu’ anh, dia berkata:
   
   وَإِنَّهُ حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرٍ وَصَدَقَ أَبُو بَكْرٍ قَالَ: 
   سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
   
   يَقُولُ: 
   مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا ثُمَّ يَقُومُ فَيَتَطَهَّرُ ثُمَّ 
   يُصَلِّي ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ لَهُ 
   
   ثُمَّ قَرَأَ 
   هَذِهِ الْآيَةَ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا 
   أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ إِلَى آخِرِ الْآيَةِ. 
   Maksudnya:
   Abu Bakar telah menceritakan kepadaku (sesuatu hadis) dan Abu 
   Bakar radhiallahu’ anh adalah seorang yang benar (al-Shiddiq), dia 
   berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi 
   wasallam bersabda: Tidak seorang hamba pun yang telah mengerjakan 
   sesuatu dosa, lalu dia mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia 
   mendirikan solat dua rakaat, setelah itu (menyelesaikan solat 
   tersebut) dia memohon ampun kepada Allah (atas dosanya 
   tersebut), maka Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian baginda 
   membaca ayat:
   وَالَّذِينَ 
   إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ 
   فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ 
   وَمَنْ 
   يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا 
   فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ 
   Maksudnya:
   Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, 
   atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu 
   memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang 
   mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak 
   meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang 
   mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya) (Aali Imran 
   (3) : 135).
   - Hadis riwayat Imam 
   al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab Tafsir al-Qur’an,  no: 
   2932.
   v 
   WAKTU 
   PERLAKSANAANNYA
   Solat Taubat ini sebaik-baiknya 
   dikerjakan sesegera mungkin setelah seseorang itu melakukan apa jua 
   jenis dosa dan ingin bertaubat darinya. Ianya boleh dilaksanakan 
   walaupun pada waktu-waktu yang diharamkan solat. Menurut Syaikh 
   al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu’ al-Fatawa 
   (jilid 23, ms. 215):
   Seorang 
   Muslim boleh sahaja mengerjakan solat Taubat pada waktu terlarang 
   sebab taubat harus segera dilaksanakan setelah seseorang terjerumus 
   ke dalam dosa, sementara untuk mengerjakan solat dua rakaatnya 
   adalah hal yang disunnahkan.
   – rujuk Sholaatul Mu’min 
   karya Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, ms. 317-318.
   v 
   RINGKASAN TATACARA 
   MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT
Rakaat Pertama
   1)     
   Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat
   2)     
   Takbiratul
   Ihram
   3)     
   Doa Iftitah
   4)     
   Membaca surah al-Fatihah
   5)     
   Membaca Surah al-Qur’an
   6)     
   Rukuk
   7)     
   Iktidal
   8)     
   Sujud
   9)     
   Duduk antara dua sujud
   10) 
     Sujud kali kedua
   11)   
   Bangun untuk rakaat kedua
   Rakaat Kedua
   1)     
   Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
   2)     
   Duduk untuk tahiyyat akhir
   3)     
   Memberi salam ke kanan dan ke kiri
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan